Monday, November 12, 2012

Sigai Juaramu Tanpaku Disisimu


6 November,2012 tepat jam 6.11 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon."Assalamuaalaikum cikgu", suara itu seperti aku kenali."Waalaikummusalam,ustazah",lantas aku menjawab."Cikgu berita amat gembira,semalam Sigai diumumkan sebagai Juara Anugerah Inovasi Negara,tapi sayang cikgu tak ada,kalau tak pasti cikgulah orang yang paling gembira", sambung ustazah.Air jernih mengalir dipipiku kerana aku terlalu gembira."Syukur alhamdulillah Sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara kategori sekolah,terima kasih ustazah,waalaikummusalam",aku menjawab salam ustazah.Aku terus menghantar sms kepada semua yang sering bertanya perkembangan sigai. Sigai adalah singkatan Sifir Garis Itamta yang mengambil sempena penggunaan garis melintang, menegak dan namaku sendiri.Kebetulan bentuk Sigai seperti tangga yang digunakan untuk memanjat sebatang pokok.Dalam kamus pelajar pun sigai bermakna sebatang buluh yang dijadikan tangga dengan menggunakan anak kayu atau pasak untuk dijadikan anak tangga.Dalam bahasa Tamil pula sigai bermakna andaman rambut. Tepat jam 7.01 pagi aku menerima panggilan telefon daripada Ustaz Taufik memaklumkan berita yang sama.Ucapan tahniah berulang-ulang melalui sms yang kuterima.Tahniah juga harus dan wajar diberikan kepada 3 pelajar dan 2 guru pengiring dan pembimbing dari SABK Addiniah AlIslamiah bersama Ustaz Taufik yang telah membawa Kaedah Sigai dan Sigai Kit ke peringkat akhir pertandingan tersebut pada malam 6 November,2012. Aku pulang awal dari KLCC pada petang 5 November,2012 kerana mendapat jemputan daripada wakil PPD Kuala Kangsar untuk merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat daerah Kuala Kangsar di SK.Kati.250 murid Tahun 6 daerah Kuala Kangsar berkumpul di Dewan SK.Kati mendengar ceramah dan diakhiri dengan Majlis Khatam AlQuran perdana." Hari ini sepatutnya saya berada di KLCC untuk membimbing dan membantu peserta Pertandingan Anugerah Inovasi Negara,tetapi sebagai tuan rumah dan perasmi Majlis ini saya perlu mengutamakannya,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga inovasi Sigai di nobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara.Ustaz Taufik Suhaimi sebagai Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak,kini berada di KLCC turut membimbing perserta dari SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas yang menyertai pertandingan tersebut berharap agar guru-guru agama dapat mencontohi seorang guru agama di SK.Seri Selamat Manjung yang mencipta inovasi Kaedah Elit dalam pembacaan Al-Quran yang menjadi juara di peringkat IPG di Melaka baru-baru ini",aku cuba menyelitkan harapanku dan pesanan ustaz semasa aku merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana. 7 November,2012 peserta team Sigai membawa kemenangan dengan merangkul tropi kejuaraan,wang tunai RM10,000.00 dan sijil-sijil ke SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas.11 November,2012 berita tersiar dalam akhbar Berita Harian.12 November,2012 terpampang 2 muka surat akhbar Utusan Melayu dalam ruangan sisipan mega.Aku melihat gambar di puncak kegemilangan Sigai dalam sisipan mega.Aku terbaca ulasan Ustaz Taufik yang mengiktiraf Sigai.Sekali lagi air jernih mengalir di pipi kerana pengiktirafan Sigai. Sigai yang ku lahir menempa sejarah kejuaraan tanpaku disisimu pada malam itu .Demi keberkatan ilmu dan nama baik sigai yang insyaAllah akan diguna pakai untuk insan sejagat semoga jasadmu terus disisiku dan roh ilmu berkembang seluruh Malaysia,Taiwan,Korea...

Saturday, October 20, 2012

Dangau kecil Pondok tua

Semasa aku kecil waktu usia kanak-kanak, aku suka bermain dangau dengan kakak dan rakan-rakan sebaya.Aku masih ingat kakakku membuat dangau daripada 4 batang buluh untuk dijadikan tiang.Dangau beratapkan daun pisang dan berdindingkan plastik.Bentuk bembung atap dangau seperti bentuk bumbung atap rumah moden sekarang.Waktu itu kami panggil bentuk lepap.Agaknya mungkin jurutera yang mencipta bentuk lepap itu pernah bermain dangau seperti aku.Yang paling aku tidak lupakan sampai sekarang dalam dangau itu aku disandingkan dengan rakan 2 tahun lebih muda daripada aku.Rakan aku itu tidak ada jodoh dengan aku, sekarang dia cukup bahagia dengan pasangan.Jodoh ditangan Tuhan.Kini aku ditemukan dengan pasangan yang telah ditentukan Allah.Alhamdulilah aku juga bahagia dan dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.Zuriatku berkembang puteri sulungku telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 1 putera.Syukur aku bergelar datok dan isteri ku bergelar opah kerana mempunyai 1 cucu setakat ini. Apabila aku sudah tua begini, aku ditemukan dengan seorang rakan yang lebih tua daripada aku."Baru-baru ni kami dapat 20 lot tanah.Setiap lot berukuran 10 kaki x 10 kaki.Kami akan mendirikan pondok setiap lot" cerita kawan selepas solat Maghrib di masjid baru Kg.Kota Lama Kiri."Ada ke lot yang kosong?" tanya aku mencelah."Sudah penuh, setiap lot dikenakan bayaran sebanyak RM15,000.00.Pihak kontruktur terpilih akan membina pondok.Kami akan tinggal di situ dan seterusnya mendalami ilmu akhirat sebelum kita sampai ke sana,"jawab rakan panjang lebar."Tanah itu sudah saya wakafkan" balas seorang lagi rakanku." Itulah kemanisan iman yang dikecapi oleh seorang yang telah menggengam ijazah taqwa..hatinya suci,ikhlas dan menolak semua sumpahan dan janji syaitan kepada manusia,"tiba-tiba aku mencelah lagi.Telah lama hasrat hati hendak mendirikan pondok tapi tak kesampaian.Inilah kaedah mendirikan pondok untuk melengkap diri di usia tua.Dangau kecil Pondok tua.Aminnn

Tuesday, October 16, 2012

Lagu Sigai

Sifir..sifir.., hafal sifir bijak darab, sifir..sifir..,hafal sifir bijak darab.Rangkap pertama dinyanyikan murid-murid Tahun 6 SK.Kati.Lagu ini ku cipta liriknya berdasarkan keperluan dan tema lagu inovasi sigai.Aku minta Cikgu Abduulah Zaini menggubah lagunya.Cikgu Abdullah cuba mencari irama yang sesuai sambil memainkan pianonya.Rentak sederhana bernada tinggi sesuai untuk murid perempuan. Rangkap kedua diteruskan. Sifir..sifir..sifir garis macam tangga, Sifir..sifir..hibur hati didik jiwa.Benarlah sifir garis ini seperti tangga kayu.Tangga seperti ini ada juga di sebut sigai.Sigai digunakan untuk memanjat pokok untuk menebang,mengambil madu lebah,memetik buah kabung.Isi buah kabung boleh dijadikan buah kantau.Ada simpulan bahasa menyebut seperti kabung mencari sigai sama seperti perigi mencari timba.Lagu sigai dinyanyikan terus oleh murid-murid tahun 6 seramai 13 orang dengan penuh keriangan.Apa tidaknya mereka akan mempersembahkan lagu sigai ini sempena Pertandingan Kuiz Matematik dan Bijak Sifir Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 31.10.2012 bertempat di SK.Karai.Harapan kami persembahannya menarik,menghibur hati dan mendidik jiwa. Rangkap chorus nada suara semakin meninggi.Mari-mari kawan kita congak,2 X 3 berapa,jika tak hafal jika tak ingat,cuba sifir garis sigai kit.Agak sukar nak menghafal sifir 2 hingga 9 kerana perlu daya ingatan yang kukuh.Penghafalan boleh dilakukan dengan menghafal secara lisan atau tulisan tetapi bila tidak atau jarang digunakan hafalan akan hilang.Satu inovasi mengatasi masalah itu dengan menggunakan sifir garis yang ku ciptakan untuk murid atau pelajar yang sukar menghafal sifir.Itulah Sigai namanya.Singkatan Si=Sifir, Ga=Garis, I=Itamta.Sigai Kit adalah alat bantu belajar yang mempunyai 19 keping bahan lutsinar yang dapat memudahkan murid bagi pengiraaan atau operasi darab. Untuk menarik perhatian dimasukkan rap yang diungkapkan beriringan rangkap kedua. "2 garis menegak,3 garis melintang, cantum dan bilang, kira titik-titik silang, 1,2,3,4,5,6, betul tak kawan-kawan, 2 X 3 jawabnya 6 Rangkap akhir bernada seperti rangkap pertama dan kedua.Sifir...sifir..Sifir garis didik hibur, sifir..sifir..Sifir garis SIGAI namanya.Wajah riang murid-murid mengakhiri lagu inovasi sigai.Cikgu Abdullah Zaini menutup lagu dengan nada piano riang.Terima kasih Cikgu Abdullah bin Abdul Razak yang pernah bersama-sama ku mengikuti kursus muzik di Taiping,Perak.

Thursday, September 27, 2012

Taipei Ku Tidur Malammu Bersama Sigai


Sekali lagi Ustaz Taufik memberi peluang kepada aku dan kumpulan sigai mempamerkan kehebatan sigai.Hatiku risau meninggalkan isteri tersayang di tanah air."Boleh ke isteri saya ikut ustaz", tanya aku apabila ustaz mempelawa aku menyertai kumpulan sigai di Taiwan."Maaf cikgu..pakej kita hanya kumpulan sigai saja..isteri saya pun tak ikut", balas ustaz menutup harapanku."Tak apelah ustaz..saya ikut kumpulan sigai", jawabku yang tidak melepaskan peluang.Tanpa sigai aku tidak memijak bumi Taiwan Jam 4.00 pagi kumpulan sigai bergerak dari SABK Addiniah Alislamiah Padang Rengas dengan menaiki van Jabatan Pelajaran Perak.Siang tadi aku bersama cikgu Azim menyembah Tuan Hj Zainun memohon belas ehsan untuk menumpung tambang 3 pelajar dalam kumpulan sigai."JPN tak bantu apa-apa ke..dah dapat johan inovasi terbaik peringkat kebangsaan".tanya Tuan Hj.Zainun." Takat ni tiada..kami biayaai sendiri..tambang RM3260 seorang darab dengan 6 orang dalam kumpulan sigai",jawab aku sambil mengeluh."Tak apelah.. Dato Seri sumbang RM1000 untuk pelajar", sambung Tuan Hj Zainun yang begitu simpati.Perjalanan kami membelah malam yang hampir ke subuh.Kami singgah R & R Ulu Bernam menunaikan solat subuh.Sampai di LCCT jam 8.00 pagi."Assalamualikum Prof", sapa ustaz kepada Prof Ruzaidi yang sedang menunggu kami di Lapangan Terbang LCCT, ."Waalaikum salam", balas Prof. Kami terus ke bahagian pembungkusan barang dan melalui pintu masuk untuk menaiki Air Asia dengan menghulur paspot antarabangsa di bahagian Imigresen.Penerbangan sepatutnya jam 10.00 pagi oleh kerana cuaca buruk ditunda ke jam 11.00 pagi.Hujan renyai-renyai mengiringi kami menaiki pesawat Air Asia.Ramai pelancong berbangsa Cina.Hanya kami berenam dan kumpulan SMA Taayah Ipoh dan kumpulan Tawau yang kelihatan pelancong Melayu.Arah tuju pun ke Taiwan sesuai dengan bangsa Cina.Aku dan kumpulan sigai dan 2 kumpulan lagi ke Taiwan kerana menyertai 2012 Taipei International Invention Show & Technomart dengan berbekal inovasi sigai dan 4 inovasi lagi termasuk inovasi daripada Prof Ruzaidi UniMap Perlis. Pertengahan jalan cuaca begitu buruk,terasa gegaran tiupan angin.Kecut juga perut.Syukur akhirnya kami sampai di bumi Taiwan tepat jam 5.00 petang.Hari sudah hampir senja kerana waktu petang yang pendek di Taiwan.21 hingga 23.9.2012 persembahan sigai terus mendapat sambutan bersama 1000 inovasi seluruh dunia.Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah terus melayan pengunjung pameran. Para hakim menilai kehebatan sigai.Mereka memuji kehebatan sigai.Akhirnya jam 8.00 malam diumumkan sigai mendapat medal gangsa dan penghargaan special award daripada negara Kanada dan Korea Esoknya jam 4.00 petang kami berangkat pulang ke tanah air.Jam 8.00 malam kami sampai di LCCT." Tok..tok", tiba suara memanggil ke arah ku.Aku memandang ke arah suara itu.Rupanya anakku Nina,Jon,Nadia dan cucuku Aidiff menunggu kepulanganku.Aku terus mendukung cucuku sambil mencium pipinya."Sa..yang Atok",Aku menghadiahkan cucu lego,kapal terbang kertas dan sehelai pakaian.3 helai baju T ku hadiahkan untuk Nina,Jon dan Nadia. Helicopter mainan pun ada..tapi tunggu kita main di kampung.Aku bersalaman dengan anak-anak dan cucu.Kami menaiki van JPN Perak pulang ke kampung. "Cikgu tolong bank in RM3260 untuk tambang dan perbelanjaan ke Taiwan sebab KPM tidak ada peruntukan", sms Ustaz Taufik kepada aku.Inovasi sigai(sifir garis)pernah ku tiduri malam-malammu di Taipei Taiwan

Tuesday, August 21, 2012

Homestay Itra

Homestay Itra bukan sebuah CERPEN tapi sebuah inap desa yang boleh menerima sesiapa sahaja yang memerlukan tempat penginapan.Pada Hari Raya ketiga pada 22.8.2012 sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur telah menginap di Homestay Itra.23.10.2012 seorang pensyarah Uitm Arau menginap.25.10.2012 sekeluarga dari Putrajaya menginap.11-12.1.2014 sekeluarga dari Ipoh menginap di sini.Mereka amat berpuas hati layanan dan kemudahan menginap di Homestay Itra.InsyaAllah pada 8-9 dah ada sekumpulan gadis Kuala Lumpur nak menginap.Maklumat lengkap seperti berikut; 1. Nama : Homestay Itra 2.Alamat : No.92, Kg.Kuala Karai,33600 Enggor, Perak 3.Kemudahan penginapan: 2 bilik tidur (berhawa dingin),1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air dan luas ruang parking kereta.(Bangunan batu dan baru dibina dalam tahun 2012 ) 4.Bayaran sewa : RM160.00 ( sehari semalam) ( 1 bilik RM80.00) 5.Hubungi untuk tempahan: En.Itamta 0125780975 dan Pn.Rabiatul Adawiah 0125149039 6.Email: itamtaharun@yahoo.com.my 7.Jarak masa dari Kuala Kangsar dengan kenderaan : 10 minit ( 3 minit ke Pekan Karai) 8.Keistimewaan: Menikmati keindahan suasana desa dan kenyamanan udara segar serta jauh dari hirok pikuk kota.Boleh melawat Jambatan Victoria (Jambatan keretapi) semasa melalui Pekan Karai yang tidak jauh dari Homestay Itra. Selamat Datang Tuan/Puan ke Home Stay Itra

Sunday, August 19, 2012

Ramadan Pergi Syawal Menanti

Sebulan menjalani ibadah Ramadan bagi seorang ayah memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam setiap detik dilalui terutamanya waktu siang hari.Apa tidaknya kekadang mulut,telinga dan seluruh anggota perlu dikawal supaya tidak menjejaskan pahala puasa.Ujian dalam madrasah Ramadan lebih mencabar kerana latihan lebih kepada pembinaan jiwa dan rohani ke arah muslim sejati."Bulan Ramadan kita harus mengawal suara,diam kita penuh dengan zikir" kata ustaz yang diimpot dari Indonesia dalam majlis tazkirah Jumaat. Pada 7.8.2012 Masjid Jamek Kg. Loh Karai telah dipilih sebagai tempat persinggahan Kembara Jalur Gemilang Ramadan yang melibatkan 20 tenaga belia berkonvoi dari Kg.Perik ke Kg.Loh Karai.Mereka menunggang motosikal mengiringi 8 kenderaan pemacu 4 roda yang membawa jalur Gemilang dari Ipoh. Pengerusi K1M menyambut ketibaan kumpulan kembara di halaman Masjid Jamek Kg.Loh Karai bersama penduduk 3 kampung iaitu Kg.Loh Karai,Kg.Periang dan Kg.Enggor. Perasmian dilakukan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sg.Siput(U).Sumbangan dihulurkan kepada fakir miskin,ibu tunggal,warga emas,anak yatim dan para belia.Program ini dapat mengeratkan silatulrahim dan mendekatkan para belia kepada program ihyah Ramadan di masjid.Mereka menunggu sehingga majlis berbuka puasa, 2 tazkirah, solat maghrib,isyak,tarawih dan solat sunat witir
Solat sunat tarawih 8 rokaat dan solat sunat witir 3 rokaat yang disempurnakan di Masjid Jamek Kg.Loh Karai sepanjang Ramadan nampak ada peningkatan baik para jemaahnya mahu pun para imam yang mengimamkan solat, kebetulan ada seorang pelajar hafiz dari Thailand dapat bersama hingga 15.8.2012. Terasa kekusyukan semasa mengerjakan solat isyak,solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Sepanjang Ramadan masjid dihiasi dengan bacaan Al-Quran yang kebetulan ramai pekerja Indonesia turut sama bertadarus.Kutipan mengaji roh disedekahkan kepada yang terlibat tadarus Al-Quran.Majlis Khatam Quran diakhiri dengan majlis tahlil.Ramai penduduk kampung membawa air dalam majlis tahlil.Air itu akan disiram dipusara pada pagi raya 1 Syawal.Takbir, tahmid dan tahlil berimbauan..Allahuakbar Allahuakbar..Allahuakbar.... ziarah dari rumah ke rumah (berderau)..

Friday, January 20, 2012

Gong Pesaka

Hari Anugerah Cemerlang untuk menilai dan menghargai kejayaan murid-murid dihiasi dengan persembahan dikir barat.Pukulan gong menambahkan seri lagi persembahan dikir barat." Ini gong yang saya pinjam daripada abang ipar saya pagi tadi",Cikgu Azmil menghulurkan gong kepada cikgu Azrul.
"Wah, gong antik..pasti bunyinya sedap, terimakasih Mil', balas cikgu Azrul." Selepas persembahan nanti, cikgu bawa balik...sebab saya kena pulang awal ada urusan keluarga",sambung cikgu Azmil. " Okay..beres..janji persembahan dikir barat dapat menambat hati ibubapa", balas cikgu Azrul dalam nada kegembiraan.
Kehadiran ibubapa memenuhi ruangan dewan. Murid-murid sudah bersedia dari awal untuk menerima hadiah dan membuat persembahan dikir barat. Selepas ucapan guru besar dan perasmi,diikuti penyampaian hadiah dan persembahan dikir barat. Apabila gong dipalu bagi mengiringi nyanyian dikir barat, kehadiran ibubapa semakin bertambah hingga melimpah ruang dewan.Terpaksa pekerja menambah bilangan kerusi di luar dewan. Tapi yang pelik kehadiran ibubapa bukan dikalangan ibubapa yang mempunyai anak di sekolah itu. "Makcik ada ke anak yang belajar di sekolah ini?", tanya cikgu Zaharah kepada salah seorang ibu yang baru tiba." Makcik datang ni sebab Makcik dengar bunyi gong di sekolah ini..Makcik macam dipanggil-panggil untuk datang", jelas ibu yang separuh umur itu tanpa menghiraukan pertanyaan cikgu Zaharah. Ibubapa yang duduk berdekatan di luar dewan turut mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah jawapan ibu tadi sama seperti mereka.
Apabila selesai Hari Anugerah Cemerlang, cikgu Azrul terus membawa pulang gong ke rumahnya. " Ayah..apa ni?", tanya Adam anak cikgu Azrul yang baru berusia lima tahun. " Inilah gong..gong ini kawan ayah yang punya". jawab cikgu Azrul sambil membelai rambut anaknya dan terus menyimpan gong dalam setor. Apabila malam menjelma Adam tidak dapat tidur, dia asyik menangis. " Kenapa Adam..Adam sakit perut ke?", tanya cikgu Azrul kepada anaknya. Adam menggelengkan kepala tapi tangannya menunjuk ke arah setor tempat menyimpan gong. Bulu tengok cikgu Azrul terasa sedikit mengermang. Isterinya memandang ke arah wajah cikgu Azrul. " Abang..itulah jangan bawa barang-barang pelik ke rumah", tegur isteri Azrul dalam wajah kebimbangan. "Barang apa..itu cuma gong", ujar cikgu Azrul. Tiba-tiba satu detuman benda jatuh dalam setor. Isteri dan anak Azrul berpelukan. " Takut..mak.." suara Adam terketar-ketar. Cikgu Azrul terus menelefon cikgu Azmil. " Mil..apa benda gong kamu ni..kami sekeluarga tak dapat tidur..kau datang cepat ke rumah ku",pinta cikgu Azrul " Ha..ha..ha...tak sangka cikgu muzik pun takutkan alat muzik..kau nak tahu gong itu adalah gong pesaka", cikgu Azmil terus mengusik sambil memberi penjelasan kepada cikgu Azrul.

Tuesday, January 17, 2012

Kehilangan Bicara

Salman yang begitu penyayang terhadap keluarga tidak mengaharapkan sebarang balasan.Sebagai manusia biasa Salman juga memerlukan sedikit imbuhan buat pengubat hati dan emosi.Salman terus membiarkan keadaan itu berlarutan. "Hendak merajuk siapa nak pujuk. Hendak meminta siapa yang simpati", hati Salman berdetik.Kata-katanya tersimpan dalam sanubarinya.Terpendam dan terpadam begitu sahaja.Hari ini,esok dan selamanya dapatkah Salman bertahan dengan membisu seribu bahasa.Pesan ibu kalau marah jangan dibalas dengan kemarahan,elok beredar atau buat sesuatu yang lain.Pesan bapa kesabaran kunci utama menjadi manusia penyayang. Pesan azimat daripada ibu dan bapa tetap menjadi tangkal kehidupan Salman.
Hari demi hari telinga Salman seperti ditulikan.Hari demi hari suara Salman seperti dibisukan.Dayuskah Salman seperti tunggul di tengah laman yang hanya sebagai penyeri tetapi tiada bau dan aura.Salman cuba melihat wajahnya dicermin. "Akukah itu dalam cermin, atau imej akukah di luar cermin", hati berbisik kepiluan.Entahlah tiada jawapan yang pasti. Atau ada jawapan tetapi tiada siapa yang mengendahkan jawapan itu.Kalau pun diberi jawapan, jawapan itu akan kembali menikam dirinya. Lebih baik Salman terus menyengap dan berdiam diri.
Salman tidak pernah menyuarakan isi hatinya baik kepada rakan mahu pun pakar motivasi.Salman yakin cahaya solat dan doa dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan hati dalam mencari sinar dek kehilangan bicara.

Friday, January 13, 2012

Sigai

Pohon besar yang ingin di tebang memerlukan sebilah beliung dan sigai. Beliung hampir sama dengan kapak cuma bezanya dari segi bentuk mata dan ulu. Sigai pula di buat daripada sebatang buluh yang menggunakan kayu-kayu kecil untuk dijadikan anak tangga.Anak-anak tangga itu dipasang pada batang buluh tadi. Sigai akan disandarkan pada pohon besar dan seterusnya para penebang pokok akan memanjat menggunakan sigai untuk menebang menggunakan beliung.Sigai juga adalah singkatan cantuman perkataan sifir garis dan namaku iaitu si itu singkatan perkataan sifir, ga singkatan perkataan garis dan i singkatan namaku itamta.
Aku dan Encik Mohd Fadli hampir setiap Sabtu menziarahi sekolah-sekolah di bawah 50% penguasaan Matematik dalam peperiksaan akhir tahun.Program ziarah ini telah dirancang oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku tertanya-tanya kenapa bangsaku lemah Matematik jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain. Bangsa Cina dipengaruhi suasana keluarga yang berkait rapat dengan aktiviti matematik iaitu perniagaan. Bangsaku jarang membicarakan dunia matematik, apatah lagi dunia perniagaan. Sebenarnya di sekeliling kita di penuhi dengan dunia matematik jika kita bijak memanfaat. lihat syiling ada bentuk segiempat,lihat tudung saji seperti kon, lihat air dalam kolah ada isipadu. Malah hampir keseluruhan hidup kita dipenuhi dengan dunia matematik.
"Cikgu, macam mana jika murid tak dapat menghafal sifir?" tiba-tiba terpancul soalan daripada seorang guru pengirng yang turut sama dalam Program Ziarah. Aku tergamam nak menjawabnya. "Cuba hafal berkali-kali,kemudian minta murid itu membaca secara lisan tanpa melihat sifir', aku cuba menjawab pertanyaan cikgu.Perbincangan dengan murid terhenti seketika. " Saya dah cuba cara itu, tetapi tidak berkesan", balas cikgu itu tanpa menghargai cadangan ku. " Kalau begitu,cikgu minta murid menyalin sambil menghafal", aku cuba memperkukuhkan cadanganku. " Tak mahu..saya dah cuba semuanya", balas cikgu itu lagi. Pertanyaannya satu tamparan yang hebat kepadaku kerana murid-murid yang bermasalah dalam hafalan sifir ada di hadapanku. " Tak apa cikgu bagi saya tempoh seminggu untuk mencari formula menghafal sifir yang berkesan", aku sambut cabaran itu.
Malam itu aku lewat tidur. Aku cuba berfikir dan menganalisis jadual sifir 0 hingga 12. Sifir 0 jawapan semua 0, sifir 1 semua jawapan kembali kepada nombor yang di darab. Sifir 2 perlu hafal 2 X 2 = 4 hingga 2 X 9 = 18. Begitulah sehingga sifir 9 hanya perlu hafal 9 X 9 = 81. Sifir 10.11 dan 12 tidak perlu hafal kerana sifir 10 adalah sifir 1 dan 0, sifir 11 adalah sifir 1 dan sifir 12 hanya perlu hafal sifir 1 dan 2.Inilah sifir tirus yang pernah ku temui dalam sebuah buku matematik.Ini pun kaedah menghafal sifir. Murid-murid tidak mahu mengafal sifir secara lisan dan bertulis.
Aku cuba melakar dan menggaris di atas kertas. Sifir 2 ku garis 2 garisan. Aku cuba cantumkan garis itu dengan menindih 3 garis yang menjadi 2 X 3 = 6. Enam itu datangnya daripada jumlah titik-titik persilangan. Murid-murid suka melukis dan menggaris dengan pensel warna. Aku sudah dapat formula menghafal sifir tanpa lisan dan tulisan tetapi perlu melukis beberapa garisan. Aku namakan Sifir Garis. Aku tidak sabar-sabar lagi menelefon cikgu yang mencabar minda dan perasaan aku dengan memberi satu tamparan yang hebat kepadaku siang tadi. Aku sahut cabaran itu.Aku terlalu gembira kerana mendapat ilham yang bakal menjadi inovasi dalam rekreasi matematik . Aku pamerkan persembahan sifir garis kepada guru pengiring bersama-sama murid yang menyertai Program Ziarah hari Sabtu yang berikutnya. Murid juga turut gembira dan seronok belajar Kaedah Sigai..Sifir Garis Itamta..berbantukan Sigai Kit..
Alhamdullilah Kaedah Sigai pernah dibentang semasa aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UPSI, Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Hotel Alison Negeri Sembilan, Program Nilam di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Kursus Linus di Pantai Dalam Resort Pulau Pangkor.Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan terciptanya inovasi Kaedah Sigai dan Sigai Kit.Sigai Kit dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh Perak. Tiba-tiba telefon di mejaku berdering."Assalamualaikum, cikgu..apa khabar?" suara itu seperti pernah aku dengari. "Waalaikumussalam..oh Ustaz Taufik Suhaimi..alhamdullillah sihat," jawabku kepada ustaz yang merupakan bekas anak didikku semasa di SK Rambai Tujuh.Kini beliau memegang jawatan penting di Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Perbualan kami diteruskan tentang inovasi sigai. Keesokan harinya beliau berkunjung ke sekolahku untuk membawa sigai ke persada antarabangsa. Aku bersetuju sigai menyertai International Engineering Invention and Innovation Enhibition (I-Envex 2012) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 26 hinggga 28.4.2012 bertempat di Dewan 2020 Kangar Perlis.Penyertaan ini memerlukan wakil pelajar sekolah menengah. SABK Ad-Diniah Al-Islamiah Padang Rengas dipilih mewakili Jabatan Pelajaran Perak. Siti Syafiqah, Nurul Atikah dan Kaiyisah merupakan pelajar bertuah membentangkan Sigai.Aku bersama cikgu Wahida,cikgu Mohd Faris, cikgu Hazim dan cikgu Esmalia sebagai penasihat dan pembimbing mengiringi ketiga-tiga pelajar.Para hakim bertubi-tubi mengajukan pelbagai soalan kepada ketiga-tiga pelajar.Siti Syafiqah pintar meningkah hebat menjawab soalan Sigai Darab dan Bahagi.Nurul Atikah dan Kaiyisah bijak berbicara mengukuhkan pemahaman konsep Kaedah Sigai.Para berkunjung tidak jemu-jemu datang dengan penuh minai sambil membeli Sigai Kit.Pada hari kemuncak 29.4.2012 diumumkan pengiktirafan sigai sebagai inovasi peringkat 'high school' menerima sebutir medal emas dan dua anugerah daripada Korea Invention News dan Asia Invention Association.Sigai juga menerima 2 pingat emas dan inovasi terbaik peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Inovasi dan penyelidikan di UPM. Pada 19 hingga 24.9.2012 sigai akan terbang ke Taipei Taiwan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah tersenyum lebar merangkul anugerah tertinggi dan teristimewa.Sigai di Taiwan mendapat hadiah pingat gangsa dan anugerah best award daripada Taiwan,Korea dan Kanada.Kemuncak kejayaan sigai pada 6.11.2012 sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara daripada Mosti KLCC K.Lumpur.Baru-baru ini PPD K.Kangsar memberi anugerah khas (inovasi dan kreatif) sempena mesyuarat bulanan di Resort Sg.Perak K.Kangsar pada 11.12.2012.Satu lagi anugerah sedang menunggu di peringkat penciptaan dunia.Inikah yang dikatakan guru inovatif sempena Hari Guru 2012?