Tuesday, April 2, 2013

Generasi Z

Orang muda generasi Z berbeza cara bertindak dan berfikir jika dibandingkan dengan mereka dalam kumpulan generasi x dan y.Aku dilahirkan dalam kumpulan generasi x.Anak-anakku ada yang generasi y dan z.Yang lahir sebelum 1980 adalah generasi x.Yang lahir 1981 hingga 1990 adalah genarasi y.Yang lahir selepas 1990 adalah genarasi z. Aku cuba cantumkan ketiga-tiga generasi agar selari tindakan,sederap langkah dan seaura pemikiran.Bagaimana? "abang anak-anak kita nampaknya masih dapat dikawal dan mendengar kata serta mentaati kehendak kita",celah isteriku."Deme nak jaga hati kita",balas aku sambil membaca akhbar." Tak abang,kita lihat anak-anak kita tidak merokok,tidak pulang jauh malam dan tidak berfoya-foya..syukur alhamdulillah abang",tingkah isteriku."Cuba abang lihat ramai anak muda hari ini yang berempit dan melepak....syukur anak kita tidak terlibat", sambung isteriku."Deme tu ikut abang...abang masa muda dulu pun tak suka melepak",sahut aku."hepp..kalau tak ada saya yang kawal dan berleter macam ni..... tak tahulah anak kita", tambah isteriku." Angkatlah bakul tinggi-tinggi", balas aku sambil berseloroh. Syukur alhamdulilah yong dan angah sudah bekerja.Abang, abangcik dan adik masih belajar.Yong sudah berumahtangga dan menimang cahaya mata.Cucuku juga dalam generasi z. Jangan lebih zzzzzzz sudahlah tetapi bangun bersama negara yang maju, berpendapatan tinggi dan akhlak pun tinggi.Cemerlang dunia gemilang akhirat.