Tuesday, October 16, 2012

Lagu Sigai

Sifir..sifir.., hafal sifir bijak darab, sifir..sifir..,hafal sifir bijak darab.Rangkap pertama dinyanyikan murid-murid Tahun 6 SK.Kati.Lagu ini ku cipta liriknya berdasarkan keperluan dan tema lagu inovasi sigai.Aku minta Cikgu Abduulah Zaini menggubah lagunya.Cikgu Abdullah cuba mencari irama yang sesuai sambil memainkan pianonya.Rentak sederhana bernada tinggi sesuai untuk murid perempuan. Rangkap kedua diteruskan. Sifir..sifir..sifir garis macam tangga, Sifir..sifir..hibur hati didik jiwa.Benarlah sifir garis ini seperti tangga kayu.Tangga seperti ini ada juga di sebut sigai.Sigai digunakan untuk memanjat pokok untuk menebang,mengambil madu lebah,memetik buah kabung.Isi buah kabung boleh dijadikan buah kantau.Ada simpulan bahasa menyebut seperti kabung mencari sigai sama seperti perigi mencari timba.Lagu sigai dinyanyikan terus oleh murid-murid tahun 6 seramai 13 orang dengan penuh keriangan.Apa tidaknya mereka akan mempersembahkan lagu sigai ini sempena Pertandingan Kuiz Matematik dan Bijak Sifir Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 31.10.2012 bertempat di SK.Karai.Harapan kami persembahannya menarik,menghibur hati dan mendidik jiwa. Rangkap chorus nada suara semakin meninggi.Mari-mari kawan kita congak,2 X 3 berapa,jika tak hafal jika tak ingat,cuba sifir garis sigai kit.Agak sukar nak menghafal sifir 2 hingga 9 kerana perlu daya ingatan yang kukuh.Penghafalan boleh dilakukan dengan menghafal secara lisan atau tulisan tetapi bila tidak atau jarang digunakan hafalan akan hilang.Satu inovasi mengatasi masalah itu dengan menggunakan sifir garis yang ku ciptakan untuk murid atau pelajar yang sukar menghafal sifir.Itulah Sigai namanya.Singkatan Si=Sifir, Ga=Garis, I=Itamta.Sigai Kit adalah alat bantu belajar yang mempunyai 19 keping bahan lutsinar yang dapat memudahkan murid bagi pengiraaan atau operasi darab. Untuk menarik perhatian dimasukkan rap yang diungkapkan beriringan rangkap kedua. "2 garis menegak,3 garis melintang, cantum dan bilang, kira titik-titik silang, 1,2,3,4,5,6, betul tak kawan-kawan, 2 X 3 jawabnya 6 Rangkap akhir bernada seperti rangkap pertama dan kedua.Sifir...sifir..Sifir garis didik hibur, sifir..sifir..Sifir garis SIGAI namanya.Wajah riang murid-murid mengakhiri lagu inovasi sigai.Cikgu Abdullah Zaini menutup lagu dengan nada piano riang.Terima kasih Cikgu Abdullah bin Abdul Razak yang pernah bersama-sama ku mengikuti kursus muzik di Taiping,Perak.

No comments:

Post a Comment