Friday, January 13, 2012

Sigai

Pohon besar yang ingin di tebang memerlukan sebilah beliung dan sigai. Beliung hampir sama dengan kapak cuma bezanya dari segi bentuk mata dan ulu. Sigai pula di buat daripada sebatang buluh yang menggunakan kayu-kayu kecil untuk dijadikan anak tangga.Anak-anak tangga itu dipasang pada batang buluh tadi. Sigai akan disandarkan pada pohon besar dan seterusnya para penebang pokok akan memanjat menggunakan sigai untuk menebang menggunakan beliung.Sigai juga adalah singkatan cantuman perkataan sifir garis dan namaku iaitu si itu singkatan perkataan sifir, ga singkatan perkataan garis dan i singkatan namaku itamta.
Aku dan Encik Mohd Fadli hampir setiap Sabtu menziarahi sekolah-sekolah di bawah 50% penguasaan Matematik dalam peperiksaan akhir tahun.Program ziarah ini telah dirancang oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku tertanya-tanya kenapa bangsaku lemah Matematik jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain. Bangsa Cina dipengaruhi suasana keluarga yang berkait rapat dengan aktiviti matematik iaitu perniagaan. Bangsaku jarang membicarakan dunia matematik, apatah lagi dunia perniagaan. Sebenarnya di sekeliling kita di penuhi dengan dunia matematik jika kita bijak memanfaat. lihat syiling ada bentuk segiempat,lihat tudung saji seperti kon, lihat air dalam kolah ada isipadu. Malah hampir keseluruhan hidup kita dipenuhi dengan dunia matematik.
"Cikgu, macam mana jika murid tak dapat menghafal sifir?" tiba-tiba terpancul soalan daripada seorang guru pengirng yang turut sama dalam Program Ziarah. Aku tergamam nak menjawabnya. "Cuba hafal berkali-kali,kemudian minta murid itu membaca secara lisan tanpa melihat sifir', aku cuba menjawab pertanyaan cikgu.Perbincangan dengan murid terhenti seketika. " Saya dah cuba cara itu, tetapi tidak berkesan", balas cikgu itu tanpa menghargai cadangan ku. " Kalau begitu,cikgu minta murid menyalin sambil menghafal", aku cuba memperkukuhkan cadanganku. " Tak mahu..saya dah cuba semuanya", balas cikgu itu lagi. Pertanyaannya satu tamparan yang hebat kepadaku kerana murid-murid yang bermasalah dalam hafalan sifir ada di hadapanku. " Tak apa cikgu bagi saya tempoh seminggu untuk mencari formula menghafal sifir yang berkesan", aku sambut cabaran itu.
Malam itu aku lewat tidur. Aku cuba berfikir dan menganalisis jadual sifir 0 hingga 12. Sifir 0 jawapan semua 0, sifir 1 semua jawapan kembali kepada nombor yang di darab. Sifir 2 perlu hafal 2 X 2 = 4 hingga 2 X 9 = 18. Begitulah sehingga sifir 9 hanya perlu hafal 9 X 9 = 81. Sifir 10.11 dan 12 tidak perlu hafal kerana sifir 10 adalah sifir 1 dan 0, sifir 11 adalah sifir 1 dan sifir 12 hanya perlu hafal sifir 1 dan 2.Inilah sifir tirus yang pernah ku temui dalam sebuah buku matematik.Ini pun kaedah menghafal sifir. Murid-murid tidak mahu mengafal sifir secara lisan dan bertulis.
Aku cuba melakar dan menggaris di atas kertas. Sifir 2 ku garis 2 garisan. Aku cuba cantumkan garis itu dengan menindih 3 garis yang menjadi 2 X 3 = 6. Enam itu datangnya daripada jumlah titik-titik persilangan. Murid-murid suka melukis dan menggaris dengan pensel warna. Aku sudah dapat formula menghafal sifir tanpa lisan dan tulisan tetapi perlu melukis beberapa garisan. Aku namakan Sifir Garis. Aku tidak sabar-sabar lagi menelefon cikgu yang mencabar minda dan perasaan aku dengan memberi satu tamparan yang hebat kepadaku siang tadi. Aku sahut cabaran itu.Aku terlalu gembira kerana mendapat ilham yang bakal menjadi inovasi dalam rekreasi matematik . Aku pamerkan persembahan sifir garis kepada guru pengiring bersama-sama murid yang menyertai Program Ziarah hari Sabtu yang berikutnya. Murid juga turut gembira dan seronok belajar Kaedah Sigai..Sifir Garis Itamta..berbantukan Sigai Kit..
Alhamdullilah Kaedah Sigai pernah dibentang semasa aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UPSI, Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Hotel Alison Negeri Sembilan, Program Nilam di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Kursus Linus di Pantai Dalam Resort Pulau Pangkor.Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan terciptanya inovasi Kaedah Sigai dan Sigai Kit.Sigai Kit dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh Perak. Tiba-tiba telefon di mejaku berdering."Assalamualaikum, cikgu..apa khabar?" suara itu seperti pernah aku dengari. "Waalaikumussalam..oh Ustaz Taufik Suhaimi..alhamdullillah sihat," jawabku kepada ustaz yang merupakan bekas anak didikku semasa di SK Rambai Tujuh.Kini beliau memegang jawatan penting di Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Perbualan kami diteruskan tentang inovasi sigai. Keesokan harinya beliau berkunjung ke sekolahku untuk membawa sigai ke persada antarabangsa. Aku bersetuju sigai menyertai International Engineering Invention and Innovation Enhibition (I-Envex 2012) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 26 hinggga 28.4.2012 bertempat di Dewan 2020 Kangar Perlis.Penyertaan ini memerlukan wakil pelajar sekolah menengah. SABK Ad-Diniah Al-Islamiah Padang Rengas dipilih mewakili Jabatan Pelajaran Perak. Siti Syafiqah, Nurul Atikah dan Kaiyisah merupakan pelajar bertuah membentangkan Sigai.Aku bersama cikgu Wahida,cikgu Mohd Faris, cikgu Hazim dan cikgu Esmalia sebagai penasihat dan pembimbing mengiringi ketiga-tiga pelajar.Para hakim bertubi-tubi mengajukan pelbagai soalan kepada ketiga-tiga pelajar.Siti Syafiqah pintar meningkah hebat menjawab soalan Sigai Darab dan Bahagi.Nurul Atikah dan Kaiyisah bijak berbicara mengukuhkan pemahaman konsep Kaedah Sigai.Para berkunjung tidak jemu-jemu datang dengan penuh minai sambil membeli Sigai Kit.Pada hari kemuncak 29.4.2012 diumumkan pengiktirafan sigai sebagai inovasi peringkat 'high school' menerima sebutir medal emas dan dua anugerah daripada Korea Invention News dan Asia Invention Association.Sigai juga menerima 2 pingat emas dan inovasi terbaik peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Inovasi dan penyelidikan di UPM. Pada 19 hingga 24.9.2012 sigai akan terbang ke Taipei Taiwan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah tersenyum lebar merangkul anugerah tertinggi dan teristimewa.Sigai di Taiwan mendapat hadiah pingat gangsa dan anugerah best award daripada Taiwan,Korea dan Kanada.Kemuncak kejayaan sigai pada 6.11.2012 sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara daripada Mosti KLCC K.Lumpur.Baru-baru ini PPD K.Kangsar memberi anugerah khas (inovasi dan kreatif) sempena mesyuarat bulanan di Resort Sg.Perak K.Kangsar pada 11.12.2012.Satu lagi anugerah sedang menunggu di peringkat penciptaan dunia.Inikah yang dikatakan guru inovatif sempena Hari Guru 2012?

7 comments:

  1. Hebat cikgu Itamta. Anugerah ilham Sigai yg Allah s.w.t beri membawa inovasi cikgu ke persada dunia...Tahniah guru inovatif 2012.

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdullillah..anugerah Ilahi berkat kerjasama semua yang terlibat.terima kasih selangit kpd semua yang membantu dan membawa kejayaan sigai di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa..timekasih Farizal Lazim

    ReplyDelete
  3. Tahniah co. Teruskan usaha membantu anak bangsa.

    ReplyDelete
  4. slm..kat mane ye sy blh dptkn sigai kit?

    ReplyDelete
  5. terimakasih cecibomerah n pausbiru...mf x pasti mavy anak sdra or cucu..nadi berminat sigai kit..leh cal 0125780975 or email:itamtaharun@yahoo.com.my. tuk makluman 6.11.2012 sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara n baru-baru keluar tv9

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu, saya pelajar tahun akhir di ipg kampus darulaman... saya berminat untuk jadikan kaedah cikgu sbgai kajian tindakan aya.... boleh x saya nak hubungi cikgu untuk mendapatkan maklumat dgn lebih lanjut mengenai sigai...tq cikgu

    ReplyDelete