Friday, December 20, 2013

Anugerah Maal Hijrah 1435 Hijrah

Tiba-tiba ustaz Rosmadi mengambil contoh diri ku.Aku terkejut.Kawan-kawan dalam bilik mesyuarat memandang ke arah aku.Cikgu Pian menghantar sms tahniah kepada aku."Sebaik-baiknya calon tokoh maal hijrah adalah seorang yang telah mencapai sesuatu kejayaan di peringkat antarabangsa" kata ustaz bagi menggalakkan pencalonan tokoh maal hijrah 1435 peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Tokoh Maal Hijrah ini bukan calang-calang orang. Terasa diri ini begitu kerdil. Masih ramai lagi tokoh kepimpinan terdapat dalam negeri Perak ,apatah lagi Malaysia. " Nah cikgu..cuba isi borang ini " ustaz menghulurkan borang pencalonan tokoh maal hijrah.Aku terus menerimanya rasakan bagaikan terpukau dan bermimpi."Terima kasih ustaz" jawab aku ringkas.Balik rumah aku berbincang dengan isteri.Isteri tersenyum bagaikan tidak percaya pencalonan ini.Aku tidak berlengah mengumpul semua maklumat penglibatan aku sepanjang perkhidmatanku sebagai pendidik dan guru besar.Aku kumpul maklumat penglibatan aku dalam badan NGO di peringkat kampung, kelompok ,daerah dan negeri.Kumpul punya kumpul..wah banyak juga penglibatan aku baik di peringkat sekolah mahu pun luar sekolah.Aku mula mengisi borang itu memakan masa  hampir dua minggu baru siap.Setelah siap aku menghantar borang kepada ustaz. Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Perak..nama aku dan Ustaz Taufik Suhaimi diumumkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah 2013 masehi peringkat JPN Perak.Aku tertanya-tanya kemana perginya pencalonan peringkat kebangsaan." Hanya ada 5 negeri yang menghantar pencalonan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia" celah ustaz Taufik bila aku mengajukan persoalan." Jadi oleh kerana banyak negeri tidak menghantar pencalonan.., pencalonan yang ada dijadi tokoh maal hijrah peringkat negeri sahaja" sambung ustaz lagi. Walaubagaimana pun anugerah ini besar maknanya kepada aku yang kerdil ini. Syukur alhamdulillah Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah kategori kepimpinan sekolah aku terima dengan senang hati.Terima Kasih Ustaz Rosmadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan Pengarah JPN Perak.