Sunday, August 19, 2012

Ramadan Pergi Syawal Menanti

Sebulan menjalani ibadah Ramadan bagi seorang ayah memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam setiap detik dilalui terutamanya waktu siang hari.Apa tidaknya kekadang mulut,telinga dan seluruh anggota perlu dikawal supaya tidak menjejaskan pahala puasa.Ujian dalam madrasah Ramadan lebih mencabar kerana latihan lebih kepada pembinaan jiwa dan rohani ke arah muslim sejati."Bulan Ramadan kita harus mengawal suara,diam kita penuh dengan zikir" kata ustaz yang diimpot dari Indonesia dalam majlis tazkirah Jumaat. Pada 7.8.2012 Masjid Jamek Kg. Loh Karai telah dipilih sebagai tempat persinggahan Kembara Jalur Gemilang Ramadan yang melibatkan 20 tenaga belia berkonvoi dari Kg.Perik ke Kg.Loh Karai.Mereka menunggang motosikal mengiringi 8 kenderaan pemacu 4 roda yang membawa jalur Gemilang dari Ipoh. Pengerusi K1M menyambut ketibaan kumpulan kembara di halaman Masjid Jamek Kg.Loh Karai bersama penduduk 3 kampung iaitu Kg.Loh Karai,Kg.Periang dan Kg.Enggor. Perasmian dilakukan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sg.Siput(U).Sumbangan dihulurkan kepada fakir miskin,ibu tunggal,warga emas,anak yatim dan para belia.Program ini dapat mengeratkan silatulrahim dan mendekatkan para belia kepada program ihyah Ramadan di masjid.Mereka menunggu sehingga majlis berbuka puasa, 2 tazkirah, solat maghrib,isyak,tarawih dan solat sunat witir
Solat sunat tarawih 8 rokaat dan solat sunat witir 3 rokaat yang disempurnakan di Masjid Jamek Kg.Loh Karai sepanjang Ramadan nampak ada peningkatan baik para jemaahnya mahu pun para imam yang mengimamkan solat, kebetulan ada seorang pelajar hafiz dari Thailand dapat bersama hingga 15.8.2012. Terasa kekusyukan semasa mengerjakan solat isyak,solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Sepanjang Ramadan masjid dihiasi dengan bacaan Al-Quran yang kebetulan ramai pekerja Indonesia turut sama bertadarus.Kutipan mengaji roh disedekahkan kepada yang terlibat tadarus Al-Quran.Majlis Khatam Quran diakhiri dengan majlis tahlil.Ramai penduduk kampung membawa air dalam majlis tahlil.Air itu akan disiram dipusara pada pagi raya 1 Syawal.Takbir, tahmid dan tahlil berimbauan..Allahuakbar Allahuakbar..Allahuakbar.... ziarah dari rumah ke rumah (berderau)..

No comments:

Post a Comment