Thursday, June 26, 2014

Muara Berlumpur

Setiap kali Didin  keluar dari pusat serenti, pasti akan berlaku kecurian dalam kampung.Semua orang kampung menuduh dan  mengesaki Didin.Kekadang ibu Didin menangis sendirian kerana tidak tahan  mendengar umpatan  orang kampung yang menuduh anaknya memecah masuk rumah orang kampung. “ Didin ,mak tak sanggup mendengar banyak orang kampung menuduh Didin mencuri barang tembaga milik Mak Ensah semalam, betul ke Didin? Tanya ibu kepada Didin. “Sumpah mak, Didin tak curi barang tembaga Mak Ensah,lagi pun Didin nak jual ke mana?” Didin cuba membela dirinya.” Jangan main dengan sumpah Didin, nanti sumpah tu makan diri kamu,” ibu meragui jawapan Didin.” Semasa Didin di pusat serenti mak, banyak ilmu yang Didin pelajari daripada ustaz,Didin akan cuba  baiki diri Didin, tapi masyarakat memandang serong kepada Didin.Didin masih ingat lagi mak, kata ustaz orang akan memandang hina kepada penagih dadah kerana mereka menganggap penagih dadah itu seperti seekor anjing yang dijauhkan dengan najis tetapi apabila berjumpa dengan najis ia akan makan atau menjilat najis..kata ustaz lagi mak adakah kamu mahu dianggap seperti anjing apabila keluar daripada pusat serenti?” jelas Didin untuk menyakinkan ibunya. Ibu Didin mula mempercayai sedikit perubahan sikap anaknya terhadap najis dadah.
  Didin dibesarkan dalam keluarga yang merokok.Tabiat merokok telah diteladani anak-anak. Termasuk Didin yang merokok sejak dari sekolah rendah dan terperangkap dengan najis dadah apabila dia bertemu dengan kawan-kawan yang terlibat dengan najis dadah.Agak sukar untuk berhenti kerana telah menjadi ketagihan. Ayah  Didin telah lama meninggal dunia akibat barah paru-paru.Ayah Didin adalah perokok tegar. Ketagihan rokok menggunakan pelbagai istilah perokok tegar yang dikaitkan perkataan putus berhubung yakni menghisap rokok tanpa henti dengan merokok tiga atau empat kotak sehari.Ada juga ungkapan yang menyatakan ketagihan rokok dengan ungkapan biar putus kawan jangan putus rokok.Abang Didin juga seorang perokok tegar. Rakan Didin pernah mencabar Didin “ kalau lelaki tak merokok tiada gentlemen”.Cabaran itu menyebabkan Didin juga menjadi perokok tegar dan akhirnya terjebak dalam kancah najis dadah.
   Semasa di pusat serenti ramai remaja Melayu yang layu dengan dadah.Kenapa ramai Melayu? Didin pernah bertanya dalam hatinya.Siapa yang merancang kehancuran remaja Melayu? Didin bertanya lagi tapi tiada jawapan.Kemana hala tuju masa depan remaja Melayu seperti aku? Bisik hati Didin terasa malu.Didin terbayang masa persekolahan banyak Didin menipu ibunya.Didin ponteng sekolah kerana terikut-ikut cara ponteng rakan-rakan di sekolah.Ponteng dan melepak di stesyen bas dan di bawah jambatan. Merokok dan bertukar sebatang rokok adalah agenda utama ponteng sekolah.Dia pernah ditangkap ponteng sekolah oleh sekumpulan guru kaunseling bersama PIBG dan pasukan polis yang membuat gerak gempur ponteng sekolah. Didin telah diambil tindakan tatatertib kerana sering ponteng sekolah dan ponteng kelas.Bayangan kesilapan Didin sering datang semasa di pusat serenti.Ustaz yang membimbing Didin di pusat renti banyak mengubah sikap Didin.
   ” Kami tidak boleh menangkap budak ponteng”, kata wakil polis yang hadir dalam satu mensyuarat bersama pihak polis di sekolah Didin. “ Gerakan Anti Dadah Kebangsaan peringkat daerah wajar diperkasakan dengan melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta” jelas pegawai anti dadah daerah dalam mesyuarat itu.” Dengan ada kerjasama polis, gerakan kita akan lebih berkesan” sambung pegawai itu. “ Kita ada pegawai perhubungan polis setiap sekolah, gunakalah khidmat pegawai perhubungan polis untuk mengatasi masalah pelajar ponteng, namun begitu kami perlukan kerjasama PIBG sekolah untuk bersama-sama membenteras ponteng sekolah”, sambung lagi pegawai anti dadah daerah.” Tuan pegawai polis, saya pernah mendengar tindakan pihak polis yang berkesan bersama PIBG sekolah di mana pihak polis menangkap pelajar yang ponteng dan dibawa ke balai polis. Apabila sampai di balai polis, pelajar tersebut dikena denda membaca buku.Tindakan ini pernah berlaku dalam sebuah daerah di negara kita”, jelas wakil PIBG Sekolah yang membawa satu contoh.” Itu yang saya kata awal tadi, pihak polis tiada kuasa menangkap pelajar ponteng, baik yang melepak,merokok, menghidu gam dan yang terbaru menghisap daun ketum.Namun begitu atas dasar kerjasama, insyaAllah pihak polis akan cuba membantu”, balas wakil polis.Perbincangan ahli jawatan anti dadah daerah sebelum diadakan gerak gempur penangkapan pelajar ponteng sekolah, termasuk yang tertangkap dalam gerak gempur itu adalah Didin.

   Didin dilahirkan dalam muara berlumpur.Keluarganya termasuk arwah ayah dan abangnya adalah perokok tegar.”Didin, ibu harap cuba dekati Allah, insyaAllah akan melembutkan hati dan fikiran kamu supaya lebih cintakan kehidupan tanpa rokok dan tanpa najis dadah..dulu atok kamu pernah berpesan pada ibu..carilah kawan-kawan yang baik..insyaAllah hidup kamu menjadi baik..jika berkawan dengan rakan yang jahat..sedikit sebanyak kejahatan kawan kamu itu akan berpindah kepada kamu”, nasihat ibu sebelum melelapkan mata untuk tidur malam itu.Tiba-tiba pintu rumah Didin di ketuk dengan kuat.”Buka pintu makcik, mana Didin”, suara itu bertalu-talu dengan kuat.Didin dan ibunya bingkas bangun.”Ini anak makcik dia baru nak tidur..dia bersembang dengan selepas kami menunaikan solat isyak tadi,dia tidak ke mana-mana malam ini”, jelas ibu Didin.Didin tunduk dia sering dicemuh dan dituduh sebegitu.” Habis siapa yang memecah kedai saya tadi, banyak barang kedai saya yang hilang”, tengking taukeh kedai itu.” Abang Adam..ini budak yang memecah kedai abang”, tiba-tiba datang suara ramai dari halaman rumah Didin.Mereka dapat menangkap pencuri sebenar iaitu Tausi yang sering melakukan kecurian apabila Didin pulang dari pusat serenti.Dia mengambil peluang melakukan kecurian apabila Didin pulang dari pusat serenti supaya tiada orang menyesaki Tausi sebaliknya Didin yang jadi mangsa. ”Minta maaf makcik..selama ini kami menyangkakan Didin yang mencuri di kampung kita”, Taukeh kedai memohon maaf kepada ibu Didin.”Aku telah lama memaafkan kamu semua..hari ini kamu baru tahu siapa yang selama ini mencuri di kampung kita.. kamu menuduh,menghina dan mencemuh anak aku.....”, ibu Didin tidak dapat meneruskan ungkapannya dan menangis teresak-esak.Didin kaku dan memeluk ibunya.” Kami semua minta maaf makcik”, suara ramai di halaman rumah Didin.Pencuri sebenar di bawa ke rumah Tok Ketua Kampung.