tag:blogger.com,1999:blog-5147226549634225772024-02-06T22:33:12.141-08:00CERPENItamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.comBlogger43125tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-79331608771877933162015-06-24T21:21:00.001-07:002015-06-29T15:53:20.715-07:00Main Pentas

Bila ramadan menjelma terasa sesuatu keseronokan datang dalam jiwaku dan kawan-kawanku. Man, Hasan,Hot,Puat,Din dan Doin telah lama menunggu di pangkin halaman rumahku.kakakku telah membersihkan halaman rumah sebelum menjelang ramadan.Malahan tiada sehelai rumput pun tumbuh di halaman rumahku, habis dicangkul oleh kakakku..

" Tam,Tam" panggil salah seorang kawanku dari halaman rumah."Tunggu", balas ku sambil menjenguk melalui tingkap rumah.Aku turun tangga. "Nak ke mana tu Tam", tanya ibu dari ruang dapur. "Apa lagi nak merayau-rayau ler tu", sampuk kakakku. " Ingat..hari ini puasa...jangan puasa yok-yok", sambung ibuku lagi. " Baik ler mak, Tam nak jumpa kawan di bawah, deme dah lama menunggu Tam", balasku dengan sopan.

Aku terus menghampiri kawan-kawanku yang berlonggok dan ada yang duduk di pangkin halaman rumahku. " Abang Bashir,abang Harun dan abang Bidi semalam dah main pentas di kampung sebelah hulu.Apa kata kita buat pentas dekat rumah acik Konek,".kata Hasan memulakan perbualan."Yer,yer..aku pun dengar semalam", aku mencelah.. "Rasanya boleh dekat laman rumah acik Konek sebab laman rumahnya luas, nanti aku jumpa acik Konek lepas ini", sambung Puat mewakili kampung sebelah baruh."Abang Bashir selalu buat cerita lakonan purbawara, kita nak buat cerita apa", tanya Hot." Kita buat nyanyian dan lawak jenaka", celah Din. "Kalau nak buat nyanyian kita buat macam apak aku", sambung Man." Itu persembahan pak tutuh". sampuk Doin sambil beseloroh. "Jangan kata pak tutuh kecil hati Man..apak dia ada pancaragam Puspa Dewi Bendang Kering", sambung Din lagi." Kalau gitu mari kita cuba main pak tutuh di bawah rumahku", aku mengajak rakan-rakan bermain pak tutuh yang bermain ala sebuah kumpulan gitar rancak yang sering aku bermain-main dengan kawan-kawanku.Drum dibuat daripada peti pengempuk padi dan tin minyak tanah, gitar dibuat daripada papan lantai dan talinya daripada tali nilan (nylon), alat genderangnya daripada botol, tin susu dan buluh.Kumpulan ini diberi nama ' The Star '.Apabila bermain, bergemoyaplah bunyi bising di bawah rumahku.Bapa,ibu, abang, kakak dan adik-adikku sudah lali dengan bunyi bising dan riuh rendah di bawah rumahku.

" Berhenti sekejap, gitar kita ni tak cantik, apa kata kita buat gitar daripada kayu pokok pulai", usul Puat dalam riuh rendah kumpulan 'The Star'. "Di mana kita nak cari pokok pulai?", tanya Hot. "Ada dekat pancur, aku pernah tengok pokok pulai sebelah kawasan pancur di hilir kampung yang tidak jauh dari Batu Mat Riah", sambung Puat. Nama pancur itu berkemungkinan diambil daripada pancuran air yang keluar daripada Batu Mat Riah.

Aku mengambil sebilah parang dan terus bersama kawan-kawan menebang pokok pulai di kawasan pancur.Kami bergilir-gilir menebang pokok pulai yang berbatang lempung (lembut).

"Hoi bebudak, buat apa kamu tebang pokok pulai tu?", tegur tuan tanah Tuan Haji Abbas yang lalu berhampiran kawasan itu. " Pak Alang,kami tebang pokok ni,,nak buat gitar", kata aku kepada Tuan Haji Abbas. " Kamu me ijak ke tahu, pokok pulai ni, biasanya tempat hantu berbuai", balas Tuan Haji Abbas.

" Hantu.., hantu..,hantu..", suara gementar aku dan kawan-kawan.Habis semuanya lari lintang pukang.Tuan Haji Abbas tersenyum memerhatikan gelagat kami..Hajat kami hendak membuat gitar seperti sebuah gitar karen (eletrik) daripada kayu pokok pulai tidak kesampaian.Kami pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan letih dan kehausan.

"Kemana kamu Tam berpeluh-peluh ni, tadi kan mak dah kata, hari ini hari kedua kita berpuasa, tahan ke puasa hari ini?" tanya ibu, sesampaiku di rumah." Itu nak cari jalan nak berbuka puasa ler tu", usik kakakku." Mak, tadi Tam dengan kawan-kawan pergi menebang pokok pulai Pak Alang Abbas, tengah menebang Pak Alang datang, dia bagi tahu pokok pulai tu tempat hantu berbuai, apa lagi kami pun lari ler mak", aku bercerita panjang dengan ibu. "Itu ler, lain kali nak tebang tu minta dulu pada tuannya...bulan puasa ni mana ada hantu..semua hantu sudah kena ikat", usik kakak lagi sambil menasihatiku." Betul kata kak kamu tu Tam, kerang ajak kawan-kawan kamu pergi minta maaf kepada Pak Alang", nasihat ibuku.

Tekak yang kering aku cuba tahan untuk meneruskan puasa.Dengan perasaan malu bercampur takut, petang itu aku dan kawan-kawan pergi ke rumah Tuan Haji Abbas.."Hei..kawan-kawan,..kakak ku kata bulan puasa ni, semua hantu kena ikat,kenapa kita lari tadi, sepatutnya kita terus tebang pokok pulai tadi", kata aku kepada kawan-kawan sambil menuju ke rumah Tuan Hj Abbas." Betul juga". balas Din. " Tapi aku tak berani, nanti lepas puasa, hantu itu cari kita", sambung Doin menakutkan juga kami.

" Assalamualaikum Pak Alang", serentak kami memberi salam. "Waalikumsalam, oh..kamu yang menebang pokok pulai aku tadi, naik naik lah rumah Pak Alang", balas Tuan Haji Abbas sambil mempelawa kami naik ke rumahnya." Kami datang nak minta maaf pada Pak Alang sebab menebang pokok pulai Pak Alang tadi tidak minta kebenaran Pak Alang", rayu aku mewakili kawan-kawan."Tak Apa, lagi pun pokok pulai tu memang Pak Alang nak tebang, buat apa kamu me kayu pulai tu?", tanya Tuan Haji Abbas," Kami nak buat gitar Pak Alang", jawab Man ringkas." Oh..gitu..sebenarnya atas pokok tu tiada hantu,,saja Pak Alang cakap tadi supaya lain kali mesti minta dulu, kalau kamu me nak kayu pulai tu ambillah, Pak Alang benarkan dan apa yang berlaku Pak Alang maafkan dan jangan buat lagi yak" ."Terima kasih Pak Alang", balas aku dan kawan-kawan.Aku dan kawan-kawan meninggalkan rumah Tuan Haji Abbas. Hasrat kami hendak membuat gitar daripada kayu pulai tidak diteruskan kerana masa main pentas sudah hampir tiba.Aku dan kawan-kawan menggunakan gitar papan lantai yang sedia ada.

Setelah mendapat kebenaran acik Konek, kami pun mendirikan pentas yang diperbuat daripada empat batang buluh aur, beratapkan plastik, berdindingkan guni dan berlantai peti pengempuk padi..Pentas dihiasi dengan lampu pelita minyak tanah. Selepas solat isyak kami bersama kumpulan "The Star" bergemoyap bermain pentas dengan nyanyian dan lawak jenaka.Ramai penonton dikalangan kanak-kanak.Main pentas ini berlaku di Kampung Bendang Kering sekitar penghujung tahun 60an..

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-74564857653003225542015-01-30T08:41:00.002-08:002015-01-30T09:10:36.847-08:00Pelamin Persaraan

Tinggal beberapa jam lagi aku akan menempuh alam persaraan.Persaraan wajib bukan pilihan.Apabila genap 59 tahun 11 bulan 29 hari usiaku, aku akan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam atau guru besar di SK.Kati.Aku telah berkhidmat selama 35 tahun 8 bulan 10 hari sebagai seorang pendidik.10 tahun sebagai guru biasa dan selebihnya adalah sebagai guru besar.Aku berkhidmat sebagai guru biasa di SK Rambai Tujuh selama 2 tahun dan SK.Menora selama 8 tahun.Kemudian dinaikkan pangkat 2 hari sebagai PKHem SK Basia Felda dan sebagai guru besar pertama di SK Bongor,Gerik selama 4 tahun.SK Sg Siput(U) 6 tahun,SK.Manong 2 tahun,SK.Talang 9 tahun,SK.Bendang Kering 1 tahun dan selebihnya di SK.Kati.Aku menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam pada 27.1.2015.Usiaku genap 60 tahun pada 28.1.2015.

Apabila membuka fb ,ramai kawan-kawan, kenalan dan bekas murid-murid mengucapkan selamat bersara dan selamat hari lahir.Aku terharu ada juga yang mendoakan kesejahteraanku menempuh alam persaraan. Lebih 200 yang suka dan komen dalam fb.Ada yang mengembalikan nostalgiaku semasa di awal aku menjadi guru.

"Terimakasih cikgu,kalau cikgu tak rotan saya mungkin saya tidak menjadi seperti sekarang".kata seorang murid yang sudah lama tidak ku temui."Cikgu telah mengajar saya di kelas malam,terima kasih cikgu".kata seorang lagi anak didikku yang telah mengikut jejak langkahku.

Penolong-Penolong Kanan dan guru-guru serta pekerja sedang sibuk membuat persiapan persaraanku.Aku tidak dibenarkan melihat pentas dalam dewan.Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan kepada aku.Aku ikut saja sebab ini persiapan terakhir bagi meraikan persaraanku."26.1.2015 cikgu akan belanja murid dan guru menikmati jamuan pagi".kata aku dalam perhimpunan pagi minggu kedua sebelum berakhir perkhidmatan ku."Cikgu akan hadiahkan sebuah basikal untuk murid-murid yang dianugerah tokoh nilam 2015".sambung aku lagi.26.1.2015 dilancarkan Program Nilam peringkat SK.Kati dengan gimik penyampaian sebuah basikal kepada cikgu Azmira dan 100 buah buku sigai darab dan sigai bahagi kepada murid Tahun 5 dan 6.

Aku memilih tema persaraanku " Segunung budi selangit kasih".Bukan budi aku dan bukan kasih aku tapi ada budi dan kasih orang yang pernah menabur jasa dan bakti dalam kehidupanku. Aku amat menghargai perjuangan mereka.Ibu,ayah,guru,pemimpin dan isteriku telah berkorban dan berjuang tanpa mengira masa dan tenaga dengan penuh kasih sayang sehingga aku bergelar seorang pendidik.Tanpa mereka siapalah aku.

Tanggal 27.1.2015 jam 10 pagi cikgu Meor dan cikgu Mohd Amin datang mengambil aku,isteri dan 2 anak lelaki dengan menaiki kereta khas.2 anak aku mengekori dari belakang.Sampai di laman perhimpunan aku disambut 2 anak comel mengiring aku ke dewan dengan paluan kompang dan dipayungi dengan payung kuning seolah-olah raja sehari.Kiri kanan jalan laluanku dengan barisan murid-murid SK.Kati yang melambai tangan hingga ke perkarangan makmal komputer.Dua pasang pasukan silat sending yang diketuai en.Azman yang merupakan salah seorang pekerja keselamatan SK.Kati bersalaman dengan aku.Aku berhenti seketika bersama isteriku memerhatikan persembahan pencak silat.Sampai pintu masuk dewan aku diminta memalukan gong sebagai tanda selamat sampai.

Dalam dewan ramai dif-dif kehormat,tetamu,rakan guru besar dan pengetua bangun menyambut kedatangan ku.Aku bersalaman dengan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak Tn Hj.Mat Lazim bin Idris,YDH Toh Maharaja Indera Dato Hj Khairudin b. Hj Arshad obj 16 dan ketua 1 Lepas Perak,Encik Zairi penyelia sekolah rendah mewakli Ketua PPD Kuala Kangsar, Hj Arshad YDP MGB Perak dan Encik Zakaria YDP MGB KK.Aku melambai tangan kepada semua.Aku terus ke pelamin persinggahan.Kemudian dikipas dua puteri Tahun 6 seperti pengantin baharu.Lagu negaraku bergema.Kami menyanyi bersama-sama.

Selang beberapa ucapan aku diminta bersemayam di pelamin persaraan di atas pentas bersama isteriku.Aku diminta berucap.. agak panjang juga ucapan ku..aku sediakan hampir 7 halaman.Diakhirnya aku membaca untaian sajak yang ku cipta khas berdasarkan tajuk tema persaraanku..aku dendangkan sebahagian lagu kopratasa berjudul permata untuk isteri..penutupnya aku berpantun 6 kerat..

kalau ada sejarum patah

jangan dibawa ke SK.Kati

usah disimpan takut berkarat

kalau ada silap dan salah

jangan disimpan di dalam hati

mohon maaf dunia akhirat

Kek hari jadi pun dipotong, isteriku menyuapkan sepotong kek ke mulutku. hadiah menimbun begitu banyak aku terima.Jamuan tengah hari dihidangkan di khemah istimewa, sekali lagi seperti pengantin baharu.Nostalgia 35 tahun yang lalu kembali mengimbau.Esoknya 28.1.2015 hari jadi aku, diraikan sekali lagi bersama cikgu Mohd Amin yang dinaikkan pangkat sebagai PKKK SK.Temin dan Ustazah Jamilah bertukar ke SK Perempuan, Padang Rengas.Majlis ketiga persaraanku diadakan di Perdana Hotel Taiping.Segunung budi selangit kasih kepada semua yang meraikan persaraanku.Budi Tuan Puan rasa nak junjung.Kasih Tuan Puan tidak dapat dibalas,hanya Allah saja yang membalas jasa baik Tuan Puan.

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-2509909934280900402015-01-07T07:12:00.003-08:002015-01-08T06:21:46.006-08:00Bah Naik Kolam Tenggelam

26.12.2014.Hujan renyai-renyai tidak berhenti-henti.Air Sungai Perak semakin naik.Malam beransur melabuhkan tirai.Aku tidak dapat melelapkan mata.Apa tidaknya berita televisyen,radio dan sistem pesanan ringkat terus memperingatkan aku supaya berjaga-jaga.Ini bermakna aku tak boleh tidur.Aku perlu mempastikan keselamatan isteri, anak-anak dan cucu-cucu.Anakku yang sulung masih dalam pantang.Aku menerima seorang cucu lagi.Aku terfikir jika berlaku banjir mengejut..macam mana..aku akan cuba menggunakan sampan yang terbiar sebelah rumah sewaku.Atau aku mengajak keluargaku naik kereta unser dan memecut ke sebuah bukit berhampiran rumahku.Sedang aku memikirkan musibah itu,aku tidak sedar mataku terlelap juga.

Keesokan pagi aku cuba meninjau di pekan Karai.Ramai orang berkumpul berhampir Jambatan Victoria.Memang air sungai semakin naik.Tiba-tiba telefon berdering dan aku meleret di skrin handphoneku.

." Helo assalamualaikum cikgu". "waalaikumussalam, ada apa Nasa", aku terus menjawab dan bertanya. " Cikgu kolam kita semakin dinaiki air,apa kita nak buat" tanya Nasa. " Cuba tenang,sikit lagi saya sampai,cuba cari orang yang boleh menjala ikan,cuba pakat dengan cikgu Syed"" Baik cikgu". Aku terus bergegas ke kolam ikan talipia milik Koperasi Kg.Bendang Kering.

Sesampai di kolam,sudah ramai ahli koperasi menunggu.Jalan raya sudah mula dinaiki air.Kereta aku terpaksa diletakkan di tepi jalan utama sebelum tiba di kolam.Aku terpaksa menumpang kereta cikgu Syed yang mampu meredah air.Apa lagi operasi menjala ikan diteruskan.Air terus naik.Ikan talipia yang diternak sebanyak 2080 ekor hanya dapat ditangkap lebih kurang 200 ekor.Ikan di bahagikan kepada ahli-ahli yang berdekatan di kampung.Ada yang dijadikan pekasam.Ada yang dijadikan lauk pauk untuk makan malam.

Kerugian pasti berlaku kerana apabila air naik banyak ikan yang keluar kolam.Selang beberapa hari aku datang semula ke tepian kolam.Aku cuba menabur makanan ikan tetapi tidak ada seekor ikan pun yang menyambar makanan.Ini bermakna ikan-ikan telah keluar dari kolam.Aku redha menerima bencana ini.Ahli-ahli koperasi juga perlu redha terhadap ujian Allah dalam musibah ini.

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-67531448359356063702014-06-26T21:31:00.003-07:002014-06-26T21:31:23.570-07:00Muara Berlumpur

Setiap kali Didin keluar dari pusat serenti, pasti akan berlaku
kecurian dalam kampung.Semua orang kampung menuduh dan mengesaki Didin.Kekadang ibu Didin menangis
sendirian kerana tidak tahan mendengar
umpatan orang kampung yang menuduh
anaknya memecah masuk rumah orang kampung. “ Didin ,mak tak sanggup mendengar
banyak orang kampung menuduh Didin mencuri barang tembaga milik Mak Ensah
semalam, betul ke Didin? Tanya ibu kepada Didin. “Sumpah mak, Didin tak curi
barang tembaga Mak Ensah,lagi pun Didin nak jual ke mana?” Didin cuba membela
dirinya.” Jangan main dengan sumpah Didin, nanti sumpah tu makan diri kamu,”
ibu meragui jawapan Didin.” Semasa Didin di pusat serenti mak, banyak ilmu yang
Didin pelajari daripada ustaz,Didin akan cuba
baiki diri Didin, tapi masyarakat memandang serong kepada Didin.Didin
masih ingat lagi mak, kata ustaz orang akan memandang hina kepada penagih dadah
kerana mereka menganggap penagih dadah itu seperti seekor anjing yang dijauhkan
dengan najis tetapi apabila berjumpa dengan najis ia akan makan atau menjilat
najis..kata ustaz lagi mak adakah kamu mahu dianggap seperti anjing apabila
keluar daripada pusat serenti?” jelas Didin untuk menyakinkan ibunya. Ibu Didin
mula mempercayai sedikit perubahan sikap anaknya terhadap najis dadah.<o:p></o:p>

Didin dibesarkan dalam keluarga yang merokok.Tabiat merokok telah
diteladani anak-anak. Termasuk Didin yang merokok sejak dari sekolah rendah dan
terperangkap dengan najis dadah apabila dia bertemu dengan kawan-kawan yang terlibat
dengan najis dadah.Agak sukar untuk berhenti kerana telah menjadi ketagihan.
Ayah Didin telah lama meninggal dunia
akibat barah paru-paru.Ayah Didin adalah perokok tegar. Ketagihan rokok
menggunakan pelbagai istilah perokok tegar yang dikaitkan perkataan putus
berhubung yakni menghisap rokok tanpa henti dengan merokok tiga atau empat
kotak sehari.Ada juga ungkapan yang menyatakan ketagihan rokok dengan ungkapan
biar putus kawan jangan putus rokok.Abang Didin juga seorang perokok tegar. Rakan
Didin pernah mencabar Didin “ kalau lelaki tak merokok tiada gentlemen”.Cabaran
itu menyebabkan Didin juga menjadi perokok tegar dan akhirnya terjebak dalam
kancah najis dadah.<o:p></o:p>

Semasa di pusat serenti ramai remaja Melayu yang layu dengan
dadah.Kenapa ramai Melayu? Didin pernah bertanya dalam hatinya.Siapa yang
merancang kehancuran remaja Melayu? Didin bertanya lagi tapi tiada
jawapan.Kemana hala tuju masa depan remaja Melayu seperti aku? Bisik hati Didin
terasa malu.Didin terbayang masa persekolahan banyak Didin menipu ibunya.Didin
ponteng sekolah kerana terikut-ikut cara ponteng rakan-rakan di sekolah.Ponteng
dan melepak di stesyen bas dan di bawah jambatan. Merokok dan bertukar sebatang
rokok adalah agenda utama ponteng sekolah.Dia pernah ditangkap ponteng sekolah
oleh sekumpulan guru kaunseling bersama PIBG dan pasukan polis yang membuat
gerak gempur ponteng sekolah. Didin telah diambil tindakan tatatertib kerana
sering ponteng sekolah dan ponteng kelas.Bayangan kesilapan Didin sering datang
semasa di pusat serenti.Ustaz yang membimbing Didin di pusat renti banyak
mengubah sikap Didin.<o:p></o:p>

” Kami tidak boleh menangkap budak ponteng”, kata wakil polis yang hadir
dalam satu mensyuarat bersama pihak polis di sekolah Didin. “ Gerakan Anti
Dadah Kebangsaan peringkat daerah wajar diperkasakan dengan melibatkan semua
agensi kerajaan dan swasta” jelas pegawai anti dadah daerah dalam mesyuarat
itu.” Dengan ada kerjasama polis, gerakan kita akan lebih berkesan” sambung pegawai
itu. “ Kita ada pegawai perhubungan polis setiap sekolah, gunakalah khidmat
pegawai perhubungan polis untuk mengatasi masalah pelajar ponteng, namun begitu
kami perlukan kerjasama PIBG sekolah untuk bersama-sama membenteras ponteng
sekolah”, sambung lagi pegawai anti dadah daerah.” Tuan pegawai polis, saya
pernah mendengar tindakan pihak polis yang berkesan bersama PIBG sekolah di
mana pihak polis menangkap pelajar yang ponteng dan dibawa ke balai polis.
Apabila sampai di balai polis, pelajar tersebut dikena denda membaca buku.Tindakan
ini pernah berlaku dalam sebuah daerah di negara kita”, jelas wakil PIBG
Sekolah yang membawa satu contoh.” Itu yang saya kata awal tadi, pihak polis
tiada kuasa menangkap pelajar ponteng, baik yang melepak,merokok, menghidu gam
dan yang terbaru menghisap daun ketum.Namun begitu atas dasar kerjasama,
insyaAllah pihak polis akan cuba membantu”, balas wakil polis.Perbincangan ahli
jawatan anti dadah daerah sebelum diadakan gerak gempur penangkapan pelajar
ponteng sekolah, termasuk yang tertangkap dalam gerak gempur itu adalah Didin.<o:p></o:p>

Didin dilahirkan dalam muara berlumpur.Keluarganya
termasuk arwah ayah dan abangnya adalah perokok tegar.”Didin, ibu harap cuba
dekati Allah, insyaAllah akan melembutkan hati dan fikiran kamu supaya lebih
cintakan kehidupan tanpa rokok dan tanpa najis dadah..dulu atok kamu pernah
berpesan pada ibu..carilah kawan-kawan yang baik..insyaAllah hidup kamu menjadi
baik..jika berkawan dengan rakan yang jahat..sedikit sebanyak kejahatan kawan
kamu itu akan berpindah kepada kamu”, nasihat ibu sebelum melelapkan mata untuk
tidur malam itu.Tiba-tiba pintu rumah Didin di ketuk dengan kuat.”Buka pintu
makcik, mana Didin”, suara itu bertalu-talu dengan kuat.Didin dan ibunya
bingkas bangun.”Ini anak makcik dia baru nak tidur..dia bersembang dengan
selepas kami menunaikan solat isyak tadi,dia tidak ke mana-mana malam ini”,
jelas ibu Didin.Didin tunduk dia sering dicemuh dan dituduh sebegitu.” Habis
siapa yang memecah kedai saya tadi, banyak barang kedai saya yang hilang”,
tengking taukeh kedai itu.” Abang Adam..ini budak yang memecah kedai abang”,
tiba-tiba datang suara ramai dari halaman rumah Didin.Mereka dapat menangkap
pencuri sebenar iaitu Tausi yang sering melakukan kecurian apabila Didin pulang
dari pusat serenti.Dia mengambil peluang melakukan kecurian apabila Didin
pulang dari pusat serenti supaya tiada orang menyesaki Tausi sebaliknya Didin
yang jadi mangsa. ”Minta maaf makcik..selama ini kami menyangkakan Didin yang
mencuri di kampung kita”, Taukeh kedai memohon maaf kepada ibu Didin.”Aku telah
lama memaafkan kamu semua..hari ini kamu baru tahu siapa yang selama ini
mencuri di kampung kita.. kamu menuduh,menghina dan mencemuh anak aku.....”,
ibu Didin tidak dapat meneruskan ungkapannya dan menangis teresak-esak.Didin
kaku dan memeluk ibunya.” Kami semua minta maaf makcik”, suara ramai di halaman
rumah Didin.Pencuri sebenar di bawa ke rumah Tok Ketua Kampung. <o:p></o:p>

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-80790184613899003332014-02-01T07:56:00.000-08:002014-02-01T08:01:17.482-08:00Hantu Air Aku pernah terserempak dengan hantu raya. Ada ceritanya dalam blog ini.Kini aku ingin beralih cerita hantu air.Kira-kira 48 tahun yang lalu. Waktu itu aku masih di alam kanak-kanak.Cerita hantu ini sering aku dengari.Ada cerita hantu punjut, ada cerita hantu raya, ada cerita hantu yang tiada namanya dan ada cerita hantu air.
Aku dan rakan karib sering mandi-manda di Sungai Perak. Bila mandi terlalu lama tapak tangan jadi kecut dan mata jadi merah, Kadang-kadang kami terjun junam ke dalam sungai melalui sebatang pokok yang dahan julainya ke arah air sungai.Pernah seorang rakanku terjun ke dalam sungai dan kepalanya terkena jangkor buluh yang terdapat di dasar sungai,kami cemas kerana banyak darah yang keluar.Rakanku di bawah pulang dan di rawat dirumahnya.
"Semalam aku bermimpi berjumpa ikan duyung",celah salah seorang rakanku yang lain. "waw..bertuahlah engkau,bukan senang nak jumpa ikan duyung,cantik ke?" tanya aku untuk mengetahui cerita selanjutnya."Memang cantik..tapi sayang aku tak sempat nak tanya apa-apa pun", balas rakanku." Macam mana kita tanya tok...sebab tok kita tu ada ilmu peruang air", usul aku untuk mendapat kepastian." Moh, kita pergi rumah tok sekarang", rakanku tidak membantah.
Tok memang terkenal dengan ilmu peruang air.Pernah tok menahan bubu dalam air, bubunya dipasang dalam air sedalam 4 meter.Tok mengikat bubu dalam air melebihi 15 minit tanpa menggunakan sebarang alat bantuan penafasan tetapi boleh bekerja dalam air.Biasanya tok akan letakkan sebatang galah buluh disisinya.Cuma orang dipermukaan air akan menggoyangkan galah itu, apabila galah itu dibalas goyangan, ini menandakan tok masih bernafas.
Tok juga pernah membantu seorang tentera yang kehilangan senjata api akibat terjatuh dalam Sungai Perak.Tok dapat menemukan semula dalam beberapa minit sahaja.Siapakan yang membantu Tok.Tiada yang berani nak bertanya kepada Tok.
Aku dan rakanku cuba memberanikan diri berjumpa dengan Tok.Kebetulan tok ada di rumah.Tapi sayang apabila aku menjenguk pintu, aku lihat ramai orang duduk menghampiri Tok. Mereka semua membawa air selabu dan beberapa helai sirih bersama gambir, kapur dan pinang.Mereka meminta air penawar kepada Tok. " Lain kali ler kita jumpa Tok ",ujar aku kepada rakanku.Rakanku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.
Malam Tahun Baru Cina 2014 aku menyaksikan cerita China di mana seekor Ular Putih menyelamatkan seorang pemuda yang jatuh ke dalam air.Ular Putih itu menjelma menjadi seorang perempuan cantik..lalu terjun ke dalam air..menyelamatkan pemuda itu..cerita ini mengingatkan aku kembali cerita hantu air..
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-72376740728755789182014-01-31T05:26:00.002-08:002014-01-31T05:26:25.800-08:00Melangkah Usia 2aku Belum sempat aku merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiranku pada 28.1.2014.Dua tiga orang rakan fb mula mengucapkan happy birtday,selamat hari lahir dan bermacam ucapan dan doa kesejahteraan hidup.Amin..dan terima kasih kekawan fb. Kalau tak fb cuma anak-anak yang mengucapkan selamat hari jadi.Ada juga anak-anak yang dah kerja memberi hadiah.Terima kasih Nina..Yong,Nadia..Angah, Asyril..Abang, Ainal..Bangcik, Nadhirah..Adik.
Aku telah menempah nasi ayam untuk guru dan staf sekolah ku.27.1.2014 aku minta pkhem mewakiliku menjemput guru dan staf makan nasi ayam sebagai tanda kesyukuran. 27.1.2014 aku pk1 dan pap hadir ke taklimat pencen di dewan jubli perak kuala kangsar.28.1.2014 sampai di sekolah, ramai guru dan pk dan staf termasuk staf swasta pun ucap selamat hari jadi.Malam sebelum 28.1.2014, aku terima bertalu-talu ucap selamat daripada anak,adik,anak saudara, cucu,anak murid, rakan-rakan melalui fb.Adikku Aien Jamli dan anak murid hantar gambar kek.Yang menarik anak muridku Al-Khair menghantar kad kreatif lengkap 2 gambar aku dalam fb.Aku share.Aku juga menghantar gambar terbaharu.Wah melebihi 50 yang like dan ucap selamat.Termasuk isteri kesayanganku Pn.Rabiatul Adawiah yang baru bersara pada 1.12.2013.
Pagi 28.1.2014 sempat aku bersama pkhem dan guru kaunselur ke RHB bank mengambil wang bantuan awal persekolah sebanyak RM100 setiap murid.Jam 12.00 tengahari majlis penyampaian mok cek disempurnakan oleh yb tn Hj. Zainun bin Mat Nor Adun Kawasan Chenderuh.Aku makan bersama yb,pkhem dan pkkk.Ramai ibubapa yang hadir.Kuso Bagan memasukkan peristiwa ini ke dalam fbnya..Sk.Kati diserang oleh ibubapa kerana menyambut hari jadi guru besar..sebenar ibubapa datang mengambil wang RM100.00
Syukur alhamdulillah dapat aku meraikan hari melangkah usia 2aku dengan penuh rasa terharu kerana masih ramai lagi yang mahu berhubung dan mengucapkan Selamat Hari Lahir.Semalam 31.1.2013 tepat jam 12.20 tengah malam anakku Angah yang baru pulang dari Putrajaya mengejutkan dari tidur."Ayah Selamat Hari Jadi,,ini hadiah untuk ayah".aku terkejut dari tidur.Ku lihat hadiah sebuah cover hp." Terimakasih Angah" aku hantar bersama gambar cover hp berlapikkan t-shirt yang dihadiahkan kepada aku sebelum ini melalui wattsap pukul 5.00 pagi sebelum aku terus kebilik air untuk mandi dan bersiap sedia solat subuh.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-67437877898656795702013-12-20T08:03:00.000-08:002013-12-21T06:16:51.033-08:00Anugerah Maal Hijrah 1435 HijrahTiba-tiba ustaz Rosmadi mengambil contoh diri ku.Aku terkejut.Kawan-kawan dalam bilik mesyuarat memandang ke arah aku.Cikgu Pian menghantar sms tahniah kepada aku."Sebaik-baiknya calon tokoh maal hijrah adalah seorang yang telah mencapai sesuatu kejayaan di peringkat antarabangsa" kata ustaz bagi menggalakkan pencalonan tokoh maal hijrah 1435 peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Tokoh Maal Hijrah ini bukan calang-calang orang. Terasa diri ini begitu kerdil. Masih ramai lagi tokoh kepimpinan terdapat dalam negeri Perak ,apatah lagi Malaysia.
" Nah cikgu..cuba isi borang ini " ustaz menghulurkan borang pencalonan tokoh maal hijrah.Aku terus menerimanya rasakan bagaikan terpukau dan bermimpi."Terima kasih ustaz" jawab aku ringkas.Balik rumah aku berbincang dengan isteri.Isteri tersenyum bagaikan tidak percaya pencalonan ini.Aku tidak berlengah mengumpul semua maklumat penglibatan aku sepanjang perkhidmatanku sebagai pendidik dan guru besar.Aku kumpul maklumat penglibatan aku dalam badan NGO di peringkat kampung, kelompok ,daerah dan negeri.Kumpul punya kumpul..wah banyak juga penglibatan aku baik di peringkat sekolah mahu pun luar sekolah.Aku mula mengisi borang itu memakan masa hampir dua minggu baru siap.Setelah siap aku menghantar borang kepada ustaz.
Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Perak..nama aku dan Ustaz Taufik Suhaimi diumumkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah 2013 masehi peringkat JPN Perak.Aku tertanya-tanya kemana perginya pencalonan peringkat kebangsaan." Hanya ada 5 negeri yang menghantar pencalonan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia" celah ustaz Taufik bila aku mengajukan persoalan." Jadi oleh kerana banyak negeri tidak menghantar pencalonan.., pencalonan yang ada dijadi tokoh maal hijrah peringkat negeri sahaja" sambung ustaz lagi. Walaubagaimana pun anugerah ini besar maknanya kepada aku yang kerdil ini. Syukur alhamdulillah Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah kategori kepimpinan sekolah aku terima dengan senang hati.Terima Kasih Ustaz Rosmadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan Pengarah JPN Perak.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-47851837110938620752013-06-03T08:18:00.002-07:002013-06-03T08:33:00.444-07:00Anugerah Hari Guru 2013Segalanya bermula sebuah ciptaan yang dipanggil sigai.Satu inovasi membantu murid-murid yang kurang atau tidak menguasai sifir.Tahun 2001 sekadar mendapat hadiah saguhati sempena Hari Guru Negeri Perak.Tahun 2002 tercipta sigai kit yang dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh.Tahun 2003 diguna pakai 2 buah sekolah iaitu SK.Talang dan SK.Karai.Tahun 2004 diperkenalkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim.Tahun 2005 dibentang dalam Seminar Kepimpinan Pendidikan di Alison Resort Negeri Sembilan.Tahun 2012 meletop Johan Inovasi Peringkat Kebangsaan anjuran MOSTI Kuala Lumpur dan pingat gangsa peringkat antarabangsa di Taiwan.Kali ini dibantu pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Agama Addiniah AlIslamiah, Padang Rengas.Orang yang bertanggungjawab membawa team sigai ke mercu kegemilangan adalah Ustaz Taufik Suhaimi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai pegawai inovasi di Unit Kualiti Jabatan Pendidikan Perak.Kini aku perkembangkan kaedah sigai kepada anak didik tunas sigai di SK.Kati yang melibatkan sigai darab dan sigai bahagi.
Itulah sebahagian retetan koronologi perkembangan sigai.Sifir garis itamta.Cecelah retetan itu tiada ramai yang tahu bahawa sigai juga dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah bagi mengekalkan hak milik pencipta di mana sigai telah di copy right di Sirim Shah Alam. Di sini aku menjadi serba salah antara penciptaan dan perkembangan sigai.Akhirnya aku memilih penciptaan.Maka dengan penuh kesyukuran proses perkembangan berjalan dengan lancar.Satu liputan sigai dirakamkan oleh TV9 di Sekolah Menengah Agama Addiniah AlIslamiah, Padang Rengas.Aku diperkenalkan oleh TV9 sebagai guru pembimbing.Tak mengapalah kerana aku juga turut membimbing pelajar sekolah tersebut.Sekali lagi aku dibantu Jabatan Pendidikan Perak bagi mengekalkan hak milik penciptaan.Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar memberi pengiktirafan sigai adalah milikku.Nama aku dicalonkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah sebagai penerima pingat penghormatan guru dan Pegawai Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Perak mencalonkan aku sebagai penerima anugerah khas inovasi guru sempena Hari Guru Negeri Perak 2013.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi penerimaan kedua-dua anugerah berganda ini.Syukur alhamdullillah.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-82953630123408962712013-04-02T06:41:00.002-07:002013-04-02T06:46:31.985-07:00Generasi ZOrang muda generasi Z berbeza cara bertindak dan berfikir jika dibandingkan dengan mereka dalam kumpulan generasi x dan y.Aku dilahirkan dalam kumpulan generasi x.Anak-anakku ada yang generasi y dan z.Yang lahir sebelum 1980 adalah generasi x.Yang lahir 1981 hingga 1990 adalah genarasi y.Yang lahir selepas 1990 adalah genarasi z. Aku cuba cantumkan ketiga-tiga generasi agar selari tindakan,sederap langkah dan seaura pemikiran.Bagaimana?
"abang anak-anak kita nampaknya masih dapat dikawal dan mendengar kata serta mentaati kehendak kita",celah isteriku."Deme nak jaga hati kita",balas aku sambil membaca akhbar." Tak abang,kita lihat anak-anak kita tidak merokok,tidak pulang jauh malam dan tidak berfoya-foya..syukur alhamdulillah abang",tingkah isteriku."Cuba abang lihat ramai anak muda hari ini yang berempit dan melepak....syukur anak kita tidak terlibat", sambung isteriku."Deme tu ikut abang...abang masa muda dulu pun tak suka melepak",sahut aku."hepp..kalau tak ada saya yang kawal dan berleter macam ni..... tak tahulah anak kita", tambah isteriku." Angkatlah bakul tinggi-tinggi", balas aku sambil berseloroh. Syukur alhamdulilah yong dan angah sudah bekerja.Abang, abangcik dan adik masih belajar.Yong sudah berumahtangga dan menimang cahaya mata.Cucuku juga dalam generasi z. Jangan lebih zzzzzzz sudahlah tetapi bangun bersama negara yang maju, berpendapatan tinggi dan akhlak pun tinggi.Cemerlang dunia gemilang akhirat.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-31282402218666454142013-02-01T07:16:00.001-08:002013-02-01T07:29:12.803-08:00Orang BendangLuas mata memandang melihat kehijauan bendang yang terbentang indah.Gunung ganang membiru mengelilingi sebahagian bendang. Petani telah pulang ke rumah.Aku masih terpacak di hadapan dangau tepian bendang."Mari pulang Man, tak baik duduk di tepi bendang,matahari sudah hampir di tengah kepala" jerit ibu dari rumah. Ayah pernah berpesan waktu tengah hari tidak baik berada di bendang.Inilah pantang larang yang harus di jaga. Betul juga sebab waktu itu sudah hampir waktu zohor. Waktu maghrib syaitan berkeliaran, pun tidak baik kita bermain atau berjalan-jalan di luar rumah.Apatah lagi waktu malam yang gelap pekat,syaitan, jin mula berkeliaran.Tapi sekarang ramai orang keluar malam adakah mereka sama dengan syaitan dan jin? Pertanyaan itu terhenti seketika tanpa jawapan apabila telinga aku di tarik ibu. "Maaf bu saya berangan-angan tadi" kata ku sambil mengikut ibu."kecik-kecik dah pandai berangan" balas ibu sambil menarik tangan aku.
Ayah sedang mengusap kemiyan.Mulutnya kumat kamit menjampi serapah air dan sireh pinang.Kemudian menghembus daun sireh dan melurut daun sireh ke hujungnya. " Tolonglah tok anak saya demam panas,risau saya di buatnya" pinta seorang ibu kepada ayah yang datang berubat pada petang itu." Tak apa, kau bagi air ni,sireh ni kau bagi dia makan,dia di sampok orang bendang sebab terlalu hingka bermain dekat pokok ara itu, kau tau tak Mah, dekat pokok ara tu ada orang bendang yang berbadan besar berkulit hitam menjaga bendang dekat pokok ara tu", jelas ayah kepada Makcik Mah. Aku memasang telinga perbualan ayah dengan makcik Mah itu. " Orang bendang?" aku bertanya sendirian
"Ibu-ibu betulke ada orang bendang?" tanya aku kepada ibu. "Ya, betul ada..tapi kita tidak nampak", balas ayah dengan suara garaunya di belakang aku."Macam mana ayah nampak?" tanya aku lagi." Ayah nampak dalam mimpi", jawab ayah. " Ada ke lagi orang bendang ayah",aku masih tidak puas mendengar penjelasan ayah."Banyak lagi, di kawasan empang bendang kita ada seorang pemuda yang kacak dan gagah perkasa, di tengah-tengah bendang ada orang bendang yang buta sebelah mata dan jahat", sambung ayah " Tok-tok ada orang mati di tengah-tengah bendang,hidungnya di hurung semut", datang beberapa suara dari bawah rumah.Manusia dan jin hamba Allah.Adakah orang bendang itu jin???Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-77469677363568637862012-11-12T07:53:00.001-08:002014-10-31T07:56:48.308-07:00Sigai Juaramu Tanpaku Disisimu

6 November,2012 tepat jam 6.11 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon."Assalamuaalaikum cikgu", suara itu seperti aku kenali."Waalaikummusalam,ustazah",lantas aku menjawab."Cikgu berita amat gembira,semalam Sigai diumumkan sebagai Juara Anugerah Inovasi Negara,tapi sayang cikgu tak ada,kalau tak pasti cikgulah orang yang paling gembira", sambung ustazah.Air jernih mengalir dipipiku kerana aku terlalu gembira."Syukur alhamdulillah Sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara kategori sekolah,terima kasih ustazah,waalaikummusalam",aku menjawab salam ustazah.Aku terus menghantar sms kepada semua yang sering bertanya perkembangan sigai.
Sigai adalah singkatan Sifir Garis Itamta yang mengambil sempena penggunaan garis melintang, menegak dan namaku sendiri.Kebetulan bentuk Sigai seperti tangga yang digunakan untuk memanjat sebatang pokok.Dalam kamus pelajar pun sigai bermakna sebatang buluh yang dijadikan tangga dengan menggunakan anak kayu atau pasak untuk dijadikan anak tangga.Dalam bahasa Tamil pula sigai bermakna andaman rambut.
Tepat jam 7.01 pagi aku menerima panggilan telefon daripada Ustaz Taufik memaklumkan berita yang sama.Ucapan tahniah berulang-ulang melalui sms yang kuterima.Tahniah juga harus dan wajar diberikan kepada 3 pelajar dan 2 guru pengiring dan pembimbing dari SABK Addiniah AlIslamiah bersama Ustaz Taufik yang telah membawa Kaedah Sigai dan Sigai Kit ke peringkat akhir pertandingan tersebut pada malam 6 November,2012.
Aku pulang awal dari KLCC pada petang 5 November,2012 kerana mendapat jemputan daripada wakil PPD Kuala Kangsar untuk merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat daerah Kuala Kangsar di SK.Kati.250 murid Tahun 6 daerah Kuala Kangsar berkumpul di Dewan SK.Kati mendengar ceramah dan diakhiri dengan Majlis Khatam AlQuran perdana." Hari ini sepatutnya saya berada di KLCC untuk membimbing dan membantu peserta Pertandingan Anugerah Inovasi Negara,tetapi sebagai tuan rumah dan perasmi Majlis ini saya perlu mengutamakannya,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga inovasi Sigai di nobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara.Ustaz Taufik Suhaimi sebagai Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak,kini berada di KLCC turut membimbing perserta dari SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas yang menyertai pertandingan tersebut berharap agar guru-guru agama dapat mencontohi seorang guru agama di SK.Seri Selamat Manjung yang mencipta inovasi Kaedah Elit dalam pembacaan Al-Quran yang menjadi juara di peringkat IPG di Melaka baru-baru ini",aku cuba menyelitkan harapanku dan pesanan ustaz semasa aku merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana.
7 November,2012 peserta team Sigai membawa kemenangan dengan merangkul tropi kejuaraan,wang tunai RM10,000.00 dan sijil-sijil ke SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas.11 November,2012 berita tersiar dalam akhbar Berita Harian.12 November,2012 terpampang 2 muka surat akhbar Utusan Melayu dalam ruangan sisipan mega.Aku melihat gambar di puncak kegemilangan Sigai dalam sisipan mega.Aku terbaca ulasan Ustaz Taufik yang mengiktiraf Sigai.Sekali lagi air jernih mengalir di pipi kerana pengiktirafan Sigai.
Sigai yang ku lahir menempa sejarah kejuaraan tanpaku disisimu pada malam itu .Demi keberkatan ilmu dan nama baik sigai yang insyaAllah akan diguna pakai untuk insan sejagat semoga jasadmu terus disisiku dan roh ilmu berkembang seluruh Malaysia,Taiwan,Korea...

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-54810294478745469272012-10-20T09:42:00.002-07:002012-10-20T09:52:13.371-07:00Dangau kecil Pondok tuaSemasa aku kecil waktu usia kanak-kanak, aku suka bermain dangau dengan kakak dan rakan-rakan sebaya.Aku masih ingat kakakku membuat dangau daripada 4 batang buluh untuk dijadikan tiang.Dangau beratapkan daun pisang dan berdindingkan plastik.Bentuk bembung atap dangau seperti bentuk bumbung atap rumah moden sekarang.Waktu itu kami panggil bentuk lepap.Agaknya mungkin jurutera yang mencipta bentuk lepap itu pernah bermain dangau seperti aku.Yang paling aku tidak lupakan sampai sekarang dalam dangau itu aku disandingkan dengan rakan 2 tahun lebih muda daripada aku.Rakan aku itu tidak ada jodoh dengan aku, sekarang dia cukup bahagia dengan pasangan.Jodoh ditangan Tuhan.Kini aku ditemukan dengan pasangan yang telah ditentukan Allah.Alhamdulilah aku juga bahagia dan dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.Zuriatku berkembang puteri sulungku telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 1 putera.Syukur aku bergelar datok dan isteri ku bergelar opah kerana mempunyai 1 cucu setakat ini.
Apabila aku sudah tua begini, aku ditemukan dengan seorang rakan yang lebih tua daripada aku."Baru-baru ni kami dapat 20 lot tanah.Setiap lot berukuran 10 kaki x 10 kaki.Kami akan mendirikan pondok setiap lot" cerita kawan selepas solat Maghrib di masjid baru Kg.Kota Lama Kiri."Ada ke lot yang kosong?" tanya aku mencelah."Sudah penuh, setiap lot dikenakan bayaran sebanyak RM15,000.00.Pihak kontruktur terpilih akan membina pondok.Kami akan tinggal di situ dan seterusnya mendalami ilmu akhirat sebelum kita sampai ke sana,"jawab rakan panjang lebar."Tanah itu sudah saya wakafkan" balas seorang lagi rakanku." Itulah kemanisan iman yang dikecapi oleh seorang yang telah menggengam ijazah taqwa..hatinya suci,ikhlas dan menolak semua sumpahan dan janji syaitan kepada manusia,"tiba-tiba aku mencelah lagi.Telah lama hasrat hati hendak mendirikan pondok tapi tak kesampaian.Inilah kaedah mendirikan pondok untuk melengkap diri di usia tua.Dangau kecil Pondok tua.AminnnItamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-21868710923281011552012-10-16T07:05:00.001-07:002012-10-16T07:05:19.320-07:00Lagu SigaiSifir..sifir.., hafal sifir bijak darab, sifir..sifir..,hafal sifir bijak darab.Rangkap pertama dinyanyikan murid-murid Tahun 6 SK.Kati.Lagu ini ku cipta liriknya berdasarkan keperluan dan tema lagu inovasi sigai.Aku minta Cikgu Abduulah Zaini menggubah lagunya.Cikgu Abdullah cuba mencari irama yang sesuai sambil memainkan pianonya.Rentak sederhana bernada tinggi sesuai untuk murid perempuan. Rangkap kedua diteruskan. Sifir..sifir..sifir garis macam tangga, Sifir..sifir..hibur hati didik jiwa.Benarlah sifir garis ini seperti tangga kayu.Tangga seperti ini ada juga di sebut sigai.Sigai digunakan untuk memanjat pokok untuk menebang,mengambil madu lebah,memetik buah kabung.Isi buah kabung boleh dijadikan buah kantau.Ada simpulan bahasa menyebut seperti kabung mencari sigai sama seperti perigi mencari timba.Lagu sigai dinyanyikan terus oleh murid-murid tahun 6 seramai 13 orang dengan penuh keriangan.Apa tidaknya mereka akan mempersembahkan lagu sigai ini sempena Pertandingan Kuiz Matematik dan Bijak Sifir Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 31.10.2012 bertempat di SK.Karai.Harapan kami persembahannya menarik,menghibur hati dan mendidik jiwa.
Rangkap chorus nada suara semakin meninggi.Mari-mari kawan kita congak,2 X 3 berapa,jika tak hafal jika tak ingat,cuba sifir garis sigai kit.Agak sukar nak menghafal sifir 2 hingga 9 kerana perlu daya ingatan yang kukuh.Penghafalan boleh dilakukan dengan menghafal secara lisan atau tulisan tetapi bila tidak atau jarang digunakan hafalan akan hilang.Satu inovasi mengatasi masalah itu dengan menggunakan sifir garis yang ku ciptakan untuk murid atau pelajar yang sukar menghafal sifir.Itulah Sigai namanya.Singkatan Si=Sifir, Ga=Garis, I=Itamta.Sigai Kit adalah alat bantu belajar yang mempunyai 19 keping bahan lutsinar yang dapat memudahkan murid bagi pengiraaan atau operasi darab.
Untuk menarik perhatian dimasukkan rap yang diungkapkan beriringan rangkap kedua. "2 garis menegak,3 garis melintang, cantum dan bilang, kira titik-titik silang, 1,2,3,4,5,6, betul tak kawan-kawan, 2 X 3 jawabnya 6
Rangkap akhir bernada seperti rangkap pertama dan kedua.Sifir...sifir..Sifir garis didik hibur, sifir..sifir..Sifir garis SIGAI namanya.Wajah riang murid-murid mengakhiri lagu inovasi sigai.Cikgu Abdullah Zaini menutup lagu dengan nada piano riang.Terima kasih Cikgu Abdullah bin Abdul Razak yang pernah bersama-sama ku mengikuti kursus muzik di Taiping,Perak.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-197881807111354352012-09-27T06:37:00.002-07:002014-10-31T07:36:40.907-07:00Taipei Ku Tidur Malammu Bersama Sigai

Sekali lagi Ustaz Taufik memberi peluang kepada aku dan kumpulan sigai mempamerkan kehebatan sigai.Hatiku risau meninggalkan isteri tersayang di tanah air."Boleh ke isteri saya ikut ustaz", tanya aku apabila ustaz mempelawa aku menyertai kumpulan sigai di Taiwan."Maaf cikgu..pakej kita hanya kumpulan sigai saja..isteri saya pun tak ikut", balas ustaz menutup harapanku."Tak apelah ustaz..saya ikut kumpulan sigai", jawabku yang tidak melepaskan peluang.Tanpa sigai aku tidak memijak bumi Taiwan
Jam 4.00 pagi kumpulan sigai bergerak dari SABK Addiniah Alislamiah Padang Rengas dengan menaiki van Jabatan Pelajaran Perak.Siang tadi aku bersama cikgu Azim menyembah Tuan Hj Zainun memohon belas ehsan untuk menumpung tambang 3 pelajar dalam kumpulan sigai."JPN tak bantu apa-apa ke..dah dapat johan inovasi terbaik peringkat kebangsaan".tanya Tuan Hj.Zainun." Takat ni tiada..kami biayaai sendiri..tambang RM3260 seorang darab dengan 6 orang dalam kumpulan sigai",jawab aku sambil mengeluh."Tak apelah.. Dato Seri sumbang RM1000 untuk pelajar", sambung Tuan Hj Zainun yang begitu simpati.Perjalanan kami membelah malam yang hampir ke subuh.Kami singgah R & R Ulu Bernam menunaikan solat subuh.Sampai di LCCT jam 8.00 pagi."Assalamualikum Prof", sapa ustaz kepada Prof Ruzaidi yang sedang menunggu kami di Lapangan Terbang LCCT, ."Waalaikum salam", balas Prof. Kami terus ke bahagian pembungkusan barang dan melalui pintu masuk untuk menaiki Air Asia dengan menghulur paspot antarabangsa di bahagian Imigresen.Penerbangan sepatutnya jam 10.00 pagi oleh kerana cuaca buruk ditunda ke jam 11.00 pagi.Hujan renyai-renyai mengiringi kami menaiki pesawat Air Asia.Ramai pelancong berbangsa Cina.Hanya kami berenam dan kumpulan SMA Taayah Ipoh dan kumpulan Tawau yang kelihatan pelancong Melayu.Arah tuju pun ke Taiwan sesuai dengan bangsa Cina.Aku dan kumpulan sigai dan 2 kumpulan lagi ke Taiwan kerana menyertai 2012 Taipei International Invention Show & Technomart dengan berbekal inovasi sigai dan 4 inovasi lagi termasuk inovasi daripada Prof Ruzaidi UniMap Perlis.
Pertengahan jalan cuaca begitu buruk,terasa gegaran tiupan angin.Kecut juga perut.Syukur akhirnya kami sampai di bumi Taiwan tepat jam 5.00 petang.Hari sudah hampir senja kerana waktu petang yang pendek di Taiwan.21 hingga 23.9.2012 persembahan sigai terus mendapat sambutan bersama 1000 inovasi seluruh dunia.Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah terus melayan pengunjung pameran. Para hakim menilai kehebatan sigai.Mereka memuji kehebatan sigai.Akhirnya jam 8.00 malam diumumkan sigai mendapat medal gangsa dan penghargaan special award daripada negara Kanada dan Korea
Esoknya jam 4.00 petang kami berangkat pulang ke tanah air.Jam 8.00 malam kami sampai di LCCT." Tok..tok", tiba suara memanggil ke arah ku.Aku memandang ke arah suara itu.Rupanya anakku Nina,Jon,Nadia dan cucuku Aidiff menunggu kepulanganku.Aku terus mendukung cucuku sambil mencium pipinya."Sa..yang Atok",Aku menghadiahkan cucu lego,kapal terbang kertas dan sehelai pakaian.3 helai baju T ku hadiahkan untuk Nina,Jon dan Nadia. Helicopter mainan pun ada..tapi tunggu kita main di kampung.Aku bersalaman dengan anak-anak dan cucu.Kami menaiki van JPN Perak pulang ke kampung. "Cikgu tolong bank in RM3260 untuk tambang dan perbelanjaan ke Taiwan sebab KPM tidak ada peruntukan", sms Ustaz Taufik kepada aku.Inovasi sigai(sifir garis)pernah ku tiduri malam-malammu di Taipei Taiwan

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-21007392493184986522012-08-21T09:10:00.000-07:002014-01-31T04:39:32.143-08:00Homestay Itra

Homestay Itra bukan sebuah CERPEN tapi sebuah inap desa yang boleh menerima sesiapa sahaja yang memerlukan tempat penginapan.Pada Hari Raya ketiga pada 22.8.2012 sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur telah menginap di Homestay Itra.23.10.2012 seorang pensyarah Uitm Arau menginap.25.10.2012 sekeluarga dari Putrajaya menginap.11-12.1.2014 sekeluarga dari Ipoh menginap di sini.Mereka amat berpuas hati layanan dan kemudahan menginap di Homestay Itra.InsyaAllah pada 8-9 dah ada sekumpulan gadis Kuala Lumpur nak menginap.Maklumat lengkap seperti berikut;
1. Nama : Homestay Itra
2.Alamat : No.92, Kg.Kuala Karai,33600 Enggor, Perak
3.Kemudahan penginapan: 2 bilik tidur (berhawa dingin),1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air dan luas ruang parking kereta.(Bangunan batu dan baru dibina dalam tahun 2012 )
4.Bayaran sewa : RM160.00 ( sehari semalam) ( 1 bilik RM80.00)
5.Hubungi untuk tempahan: En.Itamta 0125780975 dan Pn.Rabiatul Adawiah 0125149039
6.Email: itamtaharun@yahoo.com.my
7.Jarak masa dari Kuala Kangsar dengan kenderaan : 10 minit ( 3 minit ke Pekan Karai)
8.Keistimewaan: Menikmati keindahan suasana desa dan kenyamanan udara segar serta jauh dari hirok pikuk kota.Boleh melawat Jambatan Victoria (Jambatan keretapi) semasa melalui Pekan Karai yang tidak jauh dari Homestay Itra.
Selamat Datang Tuan/Puan ke Home Stay ItraItamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-32527229397310294342012-08-19T07:57:00.001-07:002012-09-03T06:28:26.901-07:00Ramadan Pergi Syawal Menanti
Sebulan menjalani ibadah Ramadan bagi seorang ayah memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam setiap detik dilalui terutamanya waktu siang hari.Apa tidaknya kekadang mulut,telinga dan seluruh anggota perlu dikawal supaya tidak menjejaskan pahala puasa.Ujian dalam madrasah Ramadan lebih mencabar kerana latihan lebih kepada pembinaan jiwa dan rohani ke arah muslim sejati."Bulan Ramadan kita harus mengawal suara,diam kita penuh dengan zikir" kata ustaz yang diimpot dari Indonesia dalam majlis tazkirah Jumaat.
Pada 7.8.2012 Masjid Jamek Kg. Loh Karai telah dipilih sebagai tempat persinggahan Kembara Jalur Gemilang Ramadan yang melibatkan 20 tenaga belia berkonvoi dari Kg.Perik ke Kg.Loh Karai.Mereka menunggang motosikal mengiringi 8 kenderaan pemacu 4 roda yang membawa jalur Gemilang dari Ipoh. Pengerusi K1M menyambut ketibaan kumpulan kembara di halaman Masjid Jamek Kg.Loh Karai bersama penduduk 3 kampung iaitu Kg.Loh Karai,Kg.Periang dan Kg.Enggor. Perasmian dilakukan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sg.Siput(U).Sumbangan dihulurkan kepada fakir miskin,ibu tunggal,warga emas,anak yatim dan para belia.Program ini dapat mengeratkan silatulrahim dan mendekatkan para belia kepada program ihyah Ramadan di masjid.Mereka menunggu sehingga majlis berbuka puasa, 2 tazkirah, solat maghrib,isyak,tarawih dan solat sunat witir

Solat sunat tarawih 8 rokaat dan solat sunat witir 3 rokaat yang disempurnakan di Masjid Jamek Kg.Loh Karai sepanjang Ramadan nampak ada peningkatan baik para jemaahnya mahu pun para imam yang mengimamkan solat, kebetulan ada seorang pelajar hafiz dari Thailand dapat bersama hingga 15.8.2012. Terasa kekusyukan semasa mengerjakan solat isyak,solat sunat tarawih dan solat sunat witir.
Sepanjang Ramadan masjid dihiasi dengan bacaan Al-Quran yang kebetulan ramai pekerja Indonesia turut sama bertadarus.Kutipan mengaji roh disedekahkan kepada yang terlibat tadarus Al-Quran.Majlis Khatam Quran diakhiri dengan majlis tahlil.Ramai penduduk kampung membawa air dalam majlis tahlil.Air itu akan disiram dipusara pada pagi raya 1 Syawal.Takbir, tahmid dan tahlil berimbauan..Allahuakbar Allahuakbar..Allahuakbar.... ziarah dari rumah ke rumah (berderau)..

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-34561693355868270922012-01-20T07:01:00.000-08:002012-01-21T05:23:08.573-08:00Gong PesakaHari Anugerah Cemerlang untuk menilai dan menghargai kejayaan murid-murid dihiasi dengan persembahan dikir barat.Pukulan gong menambahkan seri lagi persembahan dikir barat." Ini gong yang saya pinjam daripada abang ipar saya pagi tadi",Cikgu Azmil menghulurkan gong kepada cikgu Azrul.

"Wah, gong antik..pasti bunyinya sedap, terimakasih Mil', balas cikgu Azrul." Selepas persembahan nanti, cikgu bawa balik...sebab saya kena pulang awal ada urusan keluarga",sambung cikgu Azmil. " Okay..beres..janji persembahan dikir barat dapat menambat hati ibubapa", balas cikgu Azrul dalam nada kegembiraan.

Kehadiran ibubapa memenuhi ruangan dewan. Murid-murid sudah bersedia dari awal untuk menerima hadiah dan membuat persembahan dikir barat. Selepas ucapan guru besar dan perasmi,diikuti penyampaian hadiah dan persembahan dikir barat. Apabila gong dipalu bagi mengiringi nyanyian dikir barat, kehadiran ibubapa semakin bertambah hingga melimpah ruang dewan.Terpaksa pekerja menambah bilangan kerusi di luar dewan. Tapi yang pelik kehadiran ibubapa bukan dikalangan ibubapa yang mempunyai anak di sekolah itu. "Makcik ada ke anak yang belajar di sekolah ini?", tanya cikgu Zaharah kepada salah seorang ibu yang baru tiba." Makcik datang ni sebab Makcik dengar bunyi gong di sekolah ini..Makcik macam dipanggil-panggil untuk datang", jelas ibu yang separuh umur itu tanpa menghiraukan pertanyaan cikgu Zaharah. Ibubapa yang duduk berdekatan di luar dewan turut mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah jawapan ibu tadi sama seperti mereka.

Apabila selesai Hari Anugerah Cemerlang, cikgu Azrul terus membawa pulang gong ke rumahnya. " Ayah..apa ni?", tanya Adam anak cikgu Azrul yang baru berusia lima tahun. " Inilah gong..gong ini kawan ayah yang punya". jawab cikgu Azrul sambil membelai rambut anaknya dan terus menyimpan gong dalam setor. Apabila malam menjelma Adam tidak dapat tidur, dia asyik menangis. " Kenapa Adam..Adam sakit perut ke?", tanya cikgu Azrul kepada anaknya. Adam menggelengkan kepala tapi tangannya menunjuk ke arah setor tempat menyimpan gong. Bulu tengok cikgu Azrul terasa sedikit mengermang. Isterinya memandang ke arah wajah cikgu Azrul. " Abang..itulah jangan bawa barang-barang pelik ke rumah", tegur isteri Azrul dalam wajah kebimbangan. "Barang apa..itu cuma gong", ujar cikgu Azrul. Tiba-tiba satu detuman benda jatuh dalam setor. Isteri dan anak Azrul berpelukan. " Takut..mak.." suara Adam terketar-ketar. Cikgu Azrul terus menelefon cikgu Azmil. " Mil..apa benda gong kamu ni..kami sekeluarga tak dapat tidur..kau datang cepat ke rumah ku",pinta cikgu Azrul " Ha..ha..ha...tak sangka cikgu muzik pun takutkan alat muzik..kau nak tahu gong itu adalah gong pesaka", cikgu Azmil terus mengusik sambil memberi penjelasan kepada cikgu Azrul.Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-5241275239247596262012-01-17T07:13:00.000-08:002012-08-25T08:01:44.696-07:00Kehilangan BicaraSalman yang begitu penyayang terhadap keluarga tidak mengaharapkan sebarang balasan.Sebagai manusia biasa Salman juga memerlukan sedikit imbuhan buat pengubat hati dan emosi.Salman terus membiarkan keadaan itu berlarutan. "Hendak merajuk siapa nak pujuk. Hendak meminta siapa yang simpati", hati Salman berdetik.Kata-katanya tersimpan dalam sanubarinya.Terpendam dan terpadam begitu sahaja.Hari ini,esok dan selamanya dapatkah Salman bertahan dengan membisu seribu bahasa.Pesan ibu kalau marah jangan dibalas dengan kemarahan,elok beredar atau buat sesuatu yang lain.Pesan bapa kesabaran kunci utama menjadi manusia penyayang. Pesan azimat daripada ibu dan bapa tetap menjadi tangkal kehidupan Salman.

Hari demi hari telinga Salman seperti ditulikan.Hari demi hari suara Salman seperti dibisukan.Dayuskah Salman seperti tunggul di tengah laman yang hanya sebagai penyeri tetapi tiada bau dan aura.Salman cuba melihat wajahnya dicermin. "Akukah itu dalam cermin, atau imej akukah di luar cermin", hati berbisik kepiluan.Entahlah tiada jawapan yang pasti. Atau ada jawapan tetapi tiada siapa yang mengendahkan jawapan itu.Kalau pun diberi jawapan, jawapan itu akan kembali menikam dirinya. Lebih baik Salman terus menyengap dan berdiam diri.

Salman tidak pernah menyuarakan isi hatinya baik kepada rakan mahu pun pakar motivasi.Salman yakin cahaya solat dan doa dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan hati dalam mencari sinar dek kehilangan bicara.

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-66115511687705313762012-01-13T07:40:00.000-08:002012-12-15T01:17:21.612-08:00SigaiPohon besar yang ingin di tebang memerlukan sebilah beliung dan sigai. Beliung hampir sama dengan kapak cuma bezanya dari segi bentuk mata dan ulu. Sigai pula di buat daripada sebatang buluh yang menggunakan kayu-kayu kecil untuk dijadikan anak tangga.Anak-anak tangga itu dipasang pada batang buluh tadi. Sigai akan disandarkan pada pohon besar dan seterusnya para penebang pokok akan memanjat menggunakan sigai untuk menebang menggunakan beliung.Sigai juga adalah singkatan cantuman perkataan sifir garis dan namaku iaitu si itu singkatan perkataan sifir, ga singkatan perkataan garis dan i singkatan namaku itamta.

Aku dan Encik Mohd Fadli hampir setiap Sabtu menziarahi sekolah-sekolah di bawah 50% penguasaan Matematik dalam peperiksaan akhir tahun.Program ziarah ini telah dirancang oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku tertanya-tanya kenapa bangsaku lemah Matematik jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain. Bangsa Cina dipengaruhi suasana keluarga yang berkait rapat dengan aktiviti matematik iaitu perniagaan. Bangsaku jarang membicarakan dunia matematik, apatah lagi dunia perniagaan. Sebenarnya di sekeliling kita di penuhi dengan dunia matematik jika kita bijak memanfaat. lihat syiling ada bentuk segiempat,lihat tudung saji seperti kon, lihat air dalam kolah ada isipadu. Malah hampir keseluruhan hidup kita dipenuhi dengan dunia matematik.

"Cikgu, macam mana jika murid tak dapat menghafal sifir?" tiba-tiba terpancul soalan daripada seorang guru pengirng yang turut sama dalam Program Ziarah. Aku tergamam nak menjawabnya. "Cuba hafal berkali-kali,kemudian minta murid itu membaca secara lisan tanpa melihat sifir', aku cuba menjawab pertanyaan cikgu.Perbincangan dengan murid terhenti seketika. " Saya dah cuba cara itu, tetapi tidak berkesan", balas cikgu itu
tanpa menghargai cadangan ku. " Kalau begitu,cikgu minta murid menyalin sambil menghafal", aku cuba memperkukuhkan cadanganku. " Tak mahu..saya dah cuba semuanya", balas cikgu itu lagi. Pertanyaannya satu tamparan yang hebat kepadaku kerana murid-murid yang bermasalah dalam hafalan sifir ada di hadapanku. " Tak apa cikgu bagi saya tempoh seminggu untuk mencari formula menghafal sifir yang berkesan", aku sambut cabaran itu.

Malam itu aku lewat tidur. Aku cuba berfikir dan menganalisis jadual sifir 0 hingga 12. Sifir 0 jawapan semua 0, sifir 1 semua jawapan kembali kepada nombor yang di darab. Sifir 2 perlu hafal 2 X 2 = 4 hingga 2 X 9 = 18. Begitulah sehingga sifir 9 hanya perlu hafal 9 X 9 = 81. Sifir 10.11 dan 12 tidak perlu hafal kerana sifir 10 adalah sifir 1 dan 0, sifir 11 adalah sifir 1 dan sifir 12 hanya perlu hafal sifir 1 dan 2.Inilah sifir tirus yang pernah ku temui dalam sebuah buku matematik.Ini pun kaedah menghafal sifir. Murid-murid tidak mahu mengafal sifir secara lisan dan bertulis.

Aku cuba melakar dan menggaris di atas kertas. Sifir 2 ku garis 2 garisan. Aku cuba cantumkan garis itu dengan menindih 3 garis yang menjadi 2 X 3 = 6. Enam itu datangnya daripada jumlah titik-titik persilangan. Murid-murid suka melukis dan menggaris dengan pensel warna. Aku sudah dapat formula menghafal sifir tanpa lisan dan tulisan tetapi perlu melukis beberapa garisan. Aku namakan Sifir Garis. Aku tidak sabar-sabar lagi menelefon cikgu yang mencabar minda dan perasaan aku dengan memberi satu tamparan yang hebat kepadaku siang tadi. Aku sahut cabaran itu.Aku terlalu gembira kerana mendapat ilham yang bakal menjadi inovasi dalam rekreasi matematik . Aku pamerkan persembahan sifir garis kepada guru pengiring bersama-sama murid yang menyertai Program Ziarah hari Sabtu yang berikutnya. Murid juga turut gembira dan seronok belajar Kaedah Sigai..Sifir Garis Itamta..berbantukan Sigai Kit..

Alhamdullilah Kaedah Sigai pernah dibentang semasa aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UPSI, Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Hotel Alison Negeri Sembilan, Program Nilam di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Kursus Linus di Pantai Dalam Resort Pulau Pangkor.Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan terciptanya inovasi Kaedah Sigai dan Sigai Kit.Sigai Kit dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh Perak.
Tiba-tiba telefon di mejaku berdering."Assalamualaikum, cikgu..apa khabar?" suara itu seperti pernah aku dengari. "Waalaikumussalam..oh Ustaz Taufik Suhaimi..alhamdullillah sihat," jawabku kepada ustaz yang merupakan bekas anak didikku semasa di SK Rambai Tujuh.Kini beliau memegang jawatan penting di Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Perbualan kami diteruskan tentang inovasi sigai. Keesokan harinya beliau berkunjung ke sekolahku untuk membawa sigai ke persada antarabangsa. Aku bersetuju sigai menyertai International Engineering Invention and Innovation Enhibition (I-Envex 2012) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 26 hinggga 28.4.2012 bertempat di Dewan 2020 Kangar Perlis.Penyertaan ini memerlukan wakil pelajar sekolah menengah. SABK Ad-Diniah Al-Islamiah Padang Rengas dipilih mewakili Jabatan Pelajaran Perak. Siti Syafiqah, Nurul Atikah dan Kaiyisah merupakan pelajar bertuah membentangkan Sigai.Aku bersama cikgu Wahida,cikgu Mohd Faris, cikgu Hazim dan cikgu Esmalia sebagai penasihat dan pembimbing mengiringi ketiga-tiga pelajar.Para hakim bertubi-tubi mengajukan pelbagai soalan kepada ketiga-tiga pelajar.Siti Syafiqah pintar meningkah hebat menjawab soalan Sigai Darab dan Bahagi.Nurul Atikah dan Kaiyisah bijak berbicara mengukuhkan pemahaman konsep Kaedah Sigai.Para berkunjung tidak jemu-jemu datang dengan penuh minai sambil membeli Sigai Kit.Pada hari kemuncak 29.4.2012 diumumkan pengiktirafan sigai sebagai inovasi peringkat 'high school' menerima sebutir medal emas dan dua anugerah daripada Korea Invention News dan Asia Invention Association.Sigai juga menerima 2 pingat emas dan inovasi terbaik peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Inovasi dan penyelidikan di UPM. Pada 19 hingga 24.9.2012 sigai akan terbang ke Taipei Taiwan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah tersenyum lebar merangkul anugerah tertinggi dan teristimewa.Sigai di Taiwan mendapat hadiah pingat gangsa dan anugerah best award daripada Taiwan,Korea dan Kanada.Kemuncak kejayaan sigai pada 6.11.2012 sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara daripada Mosti KLCC K.Lumpur.Baru-baru ini PPD K.Kangsar memberi anugerah khas (inovasi dan kreatif) sempena mesyuarat bulanan di Resort Sg.Perak K.Kangsar pada 11.12.2012.Satu lagi anugerah sedang menunggu di peringkat penciptaan dunia.Inikah yang dikatakan guru inovatif sempena Hari Guru 2012?

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-51157829455387170042011-12-31T08:36:00.000-08:002012-01-05T08:26:43.701-08:002012 = 5
Tahun 2012 menjelang tiba. Ramai anak muda menunggu saat itu.Detik 12.00 tengah malam akan bergema dengan laungan kegembiraan dan percikan bunga api. Sorak sorai di sana-sini. Pekan kecil dan bandar besar menyambut ketibaan detik itu. Siaran langsung melalui kaca televisyen terus menghiasi sambutan tahun baru 2012.

Aku dan isteri masih bersama komputer riba masing-masing.Aku asyik menaip cerpenterpen dan isteriku sedang menaip tovheadcount. Lima anakku adalah anugerah Ilahi.Yong baru pulang ke Putrajaya bersama anaknya dengan menaiki keretapi laju pagi tadi. Suaminya tiada cuti menunggu di KL Central untuk mengambil mereka untuk di bawa ke Putrajaya.Angah masih belajar di tahun akhir di Uitm Shah Alam. Abang juga baru ku hantar bersama Yong pagi tadi tetapi arahnya menghala ke utara dengan menaiki bas.Kini abang di tahun dua belajar di Uitm Arau Perlis. Anak keempatku abang cik masih bercuti di rumah. Dia belajar di MRSM Taiping. Tahun 2012 naik ke tingkatan lima.Anak yang bongsu merupakan anak kelima juga masih bercuti di rumah dan belajar di MRSM Gerik.Tahun 2012 adik akan belajar di tingkatan dua. Siang tadi mereka belajar tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar Diraja Kuala Kangsar bagi persiapan 2012.

Harapan ku 2012 = 5 adalah kepada kelima-lima anakku akan cemerlang dalam meneruskan perjuangan sebagai ibu hendaknya menjadi ibu yang mithali dan menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suami. Begitu juga anak-anakku yang masih menimba ilmu agar terus mencipta kecemerlangan dan taat kepada perintah Allah.

" 5,4,3,2,1...selamat tahun baru..." pekikan dan laungan orang ramai yang membanjiri Laman Budaya Kuala Kangsar. Laungan dan pekikan itu diikuti pula percikan bunga api yang menghiasi bandar Diraja Kuala Kangsar,Yong ketika itu sedang mengikuti kursus di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai memenuhi syarat bidang pengajiannya dalam kejuruteraan ICT di Uitm Shah Alam telah diberi kepercayaan memprogramkan count down bagi sambutan tahun baru menjelang detik 12 malam. Aku,isteri dan 4 anak turut sama meraikan sambutan tahun baru beberapa tahun lalu yang kini menjadi kenangan.
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-23760633891946695582011-11-11T07:09:00.000-08:002011-11-11T15:59:32.352-08:00Tanggal 11.11.11
Tanggal 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat yang merupakan tarikh keramat kerana tarikh itu begitu unik jika dilihat dari segi susunan nombor 1 terdapat enam digit. Subuh tadi aku menunaikan solat berjemaah di Masjid Jamek Kg Loh Karai. Selepas solat aku bersembang panjang dengan mantan ketua Kg. Loh Karai. " Jadi ke Ustaz Kazim menyampaikan ceramah di masjid kita pada 22.11.11?", terpancul soalan aku ajukan kepada mantan ketua kampung. " InsyaAllah jadi..tapi yang paling merisaukan tok.. berapa ramai jemaah yang dapat hadir..tengoklah sembahyang subuh hari ni pun ada berapa kerat yang hadir", keluh mantan ketua kampung. " Tak apelah Tok..kita sama-sama berkempen,..jemput seluruh penduduk kampung dan kampung-kampung berdekatan..kalau boleh jemput semua penduduk di daerah kecil Sg. Siput(U)". balas aku bagi menenangkan keluhan hati mantan ketua kampung.Kami beredar meninggalkan perkarangan masjid.

Hari ini juga sekolah aku dapat cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah SK.Kati 2011. Aku tidak mengambil cuti rehat kerana ada mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku masih ingat kata-kata perasmi Hari Anugerah Cemerlang semalam. " Anak-anak yang belajar di sekolah bukan diukur dari segi kejayaan mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga tetapi apa yang pentingnya ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam kehidupannya", pesan perasmi membakar semangat murid dan ibu bapa yang hadir.Perasmi merupakan bekas pelajar cemerlang SK.Kati 33 tahun yang lalu. Kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Nazlin Trade Resourses. Beliau kembali ke akar umbi. Beliau adalah Ir. Ahmad Zainal bin Abd Rani. Aku terus memandu ke arah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.

Setiba di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar aku dipanggil seorang rakan sejawat. " Ta..Ta..jamuan meraikan PPD di Pesisiran Sayong ditangguhkan", " Kenapa?" tanya aku sambil menutup pintu kereta. " PPD ada urusan yang tidak dapat dielakkan..kau telefon pembekal makanan", pinta rakan sejawatku. " Okay nanti aku bagi tahu". balas aku sambil menelefon pembekal makanan." Helo..Encik .Jo..maaf jamuan meraikan PPD ditangguhkan ke satu tarikh lain", " Okay...", balas Encik Johari. Tarikh 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 = 6 ( solat, ceramah, motivasi, akar umbi, ilmu, makan )
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-80316843316886530212011-11-10T07:41:00.000-08:002011-11-12T16:00:53.918-08:00Tarik Buaian Cucunda Atok
Kelahiran Aidiff menyebabkan ibu berpantang selama 44 hari.Temuni Aidiff telah dicuci dan ditanam di hadapan rumah Atok. Setiap petang Atok membuat ungun api kecil di atas tanah tanaman temuni. "Apabila temuni kering Aidiff tidak menangis", kata Wan Sun yang membersihkan temuni. Temuni dibersihkan menggunakan kapur barus, limau dan air.Hampir 7 petang Atok membuat ungunan api kecil. Ibu Aidiff terus berpantang. Pantang makan,minum dan melakukan sebarang kerja.Malahan keluar rumah pun tidak boleh kecuali ke klinik atau ke hospital. " Mak , mata Aidiff kuning", kata ibu kepada Opah. " Kita bawa ke klinik ", balas Opah. Aidif dibawa ke klinik kemudian ke hospital kerana kuningnya tinggi. Sehari semalam Aidiff di hospital. Kuning mata Aidiff beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Opah membantu ibu menyediakan sebarang keperluan. Atok turut membantu meringankan tugas Opah. Setiap pagi ibu perlu bertungku. Opah akan membakar dua tungku besi selama 15 minit. Tungku yang panas akan dibalut dengan daun lengkuas dan dibungkus dengan kain. Ibu akan bertungku di bahagian perut setiap pagi dan petang selama 44 hari. Ayah Aidiff yang pulang sekali seminggu akan mengambil alih tugas Opah. Ayah bertugas jauh dari kampung Atok.

Aidiff makin membesar dan ceria. Aidiff menjadi tali pengikat kasih sayang ibu dan ayah. Aidiff menambah ceria rumah Atok dan Opah. Tangisannya ditunggu-tunggu. Gerak gerinya jadi perhatian.Rambut Aidiff telah dicukur sehingga botak. Wajahnya makin ceria. Kini rambut mulai tumbuh tetapi berbelang-belang. Ada bahagian berambut dan yang masih licin tanpa rambut. Kata orang rambutnya dimakan bantal.

Setelah genap 44 hari ibu berpantang, Atok dan Opah merancang akan membuat Majlis Tarik Buaian. Majlis ini ada juga disebut Majlis Berendoi. Sekitar tahun 60an majlis ini digabungkan Majlis Berzikir. Ada juga orang mengatakan habis pantang buang dapur." Na dah habis pantang, mak nak buat Majlis Tarik Boyan ni dengan Majlis Marhaban" usul Opah dalam perbincangan keluarga. " Dulu Majlis Tarik Boyan didendangkan dengan Majlis Berjikio", tambah Atok. " Apa Majlis Berjikio ayah?" tanya ibu kepada Atok. " Berjikio tu berzikir, biasanya orang lelaki yang berjikio dengan suara yang lantang hingga tegang urat leher", jawab Atok. " Kalau gitu kita buat macam cadangan mak tadi, bukan senang nak cari kumpulan berjikio", balas ibu memutuskan perbincangan keluarga.

Hari kedua Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah, Majlis Tarik Buaian dengan dendangan kumpulan marhaban bergema dalam rumah Atok. Aqiqah untuk Aidiff disempurnakan dalam Majlis Korban di pagi hari Raya Aidil Adha. Takbir dan tahlil turut bergema di bawah khemah di hadapan rumah Atok. Ramai jemputan dan jiran memenuhi ruang rumah dan khemah. Aidiff lena dalam buaian.
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-8014495858174467732011-10-23T08:30:00.000-07:002011-11-12T15:52:46.645-08:00Sidang Haiwan
Pertemuan penghuni rimba memang telah dirancang sejak berlakunya pelbagai musibah. Semakin hari semakin pupus genarasi mereka. Kawasan tempat kediaman yang merupakan habitat mereka telah diteroka dan diceroboh oleh manusia. Kehidupan mereka semakin terhimpit. Makanan dan minuman mereka tidak mencukupi. Kadang-kala terpaksa masuk ke kampung-kampung mencari sisa-sisa makanan manusia. Ada beberapa kawasan hutan simpan yang diwartakan agak begitu jauh dengan habitat mereka. Semasa mereka mencari makanan dan minuman ada yang terperangkap jerat manusia, ada yang kena tembak tetapi yang paling menyanyat hati semasa mereka mencari makanan dan minuman dan perlu melintas jalanraya yang merupakan laluan habitat mereka sejak turun temurun terpaksa bersabung nyawa. Kesihan penghuni rimba habis digilis kereta, dilanggar lori, apa lagi terburailah isi perut , bersepah daging dan kulit, tiada siapa yang peduli.

" Tolong aku, kenapa kamu semua binatang bawa aku ke dalam hutan banat ni", pinta Encik Tajri yang merupakan jurutera jalanraya kepada semua haiwan yang merenung ke arahnya. " Dengar sini Tuan Jurutera, kami bawa Tuan ke Sidang Haiwan hari ini bukan nak menyiksa atau mengapa-apakan Tuan, sebenarnya..kami nak mohon jasa baik Tuan Jurutera agar dapat membina lalu kami sama ada di bawah jalanraya atau di atas jalanraya untuk kemudahan kami menyeberangi jalanraya yang Tuan bina", jawab Sang Gajah yang mempengerusikan Sidang Haiwan. " Kami keluarga biawak sangat-sangat bersetuju laluan itu dibina segera..kerana banyak kaum keluarga kami digilis kereta..sedangkan itu laluan kami sejak dari dulu lagi", celah sang biawak. " Betul-betul kata sang biawak tu..dulu pun ibu dan ayah aku dilanggar lori semasa kami sama nak minum di Sungai Perak", tambah sang kinzer dengan tangisan teresak-resak.

" Baiklah semua binatang, aku berjanji akan membina laluan kamu..aku minta maaf atas apa yang telah berlaku kepada keluarga kamu semua", jawab Tuan Jurutera dengan terketar-ketar. " Janji mesti ditepati Tuan Jurutera...cuba Tuan Jurutera tengok jalanraya di negara barat..kenapa mereka ada sediakan laluan kami", usik Sang Camar sambil membandingkan kebertanggungjawapan jurutera di barat.Tiba-tiba terdengar satu letupan. " Semua lari..selamatkan diri masing-masing..ada tembakan", tempek Sang Gajah kepada semua penghuni rimba. Encik Tajri lari lintang pukang lalu terjatuh. " Tolong,tolong", " Abang-abang kenapa ni abang..abang jatuh katil ni", datang isteri Encik Tajri memegang bahu suaminya " Astrafilrullahhalazim...abang bermimpi tadi". Encik Tajri mengusap mukanya sambil merenung wajah isterinya.
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-89872248112013238132011-10-11T07:27:00.000-07:002011-10-11T07:27:46.562-07:00Ketebang ( Kereta Terbang )
28 Januari 2040 merupakan tarikh keramat kepada negara. Rumah dan bangunan tidak banyak menggunakan bahan konkrit seperti batu dan simen, Kebanyakan rumah dan bangunan menggunakan bahan logam,kaca dan getah untuk menggelakkan berlakunya runtuhan yang membahayakan keselamatan pengguna apabila berlaku gempa bumi atau tsunami. Bukit-bukau dan gunung-ganang yang menjadi paksi bumi telah lama digondolkan sejak tahun 1970an lagi.Pepatah Melayu ada mengatakan, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Begitulah keadaaan bumi kita yang sudah botak dan semakin kecil saiznya menyebabkan putaran menjadi lebih laju. Ini amat dirasai hari demi hari pusingan jam siang dan malam terasa begitu cepat. Jalanraya yang sering rosak akibat gempa bumi yang begitu kerap menyebabkan dua orang pakar inovasi penciptaan kereta negara iaitu Ir.Asyril Syazwan dan Ir. Ainal Syazwan telah mencipta kereta terbang atau singkatannya ketebang. Jabatan Lalu Lintas Udara diwujudkan bagi mempastikan lalu lintas udara terkawal dengan rapi.

" Abang bersama Perdana Menteri akan memulakan pelancaran penerbangan pertama ketebang", kata Ainal yang seperti mencemburui peluang pertama ciptaan inovasi bersama. " Tak pe lah dik nama pun ketebang jadi kereta terbang tu kete abanglah", usik abang sebelum mereka melelapkan mata dalam rumah kaca yang berangkakan besi dan aluminium. " Kalaulah ayah kita masih hidup, pasti dia yang paling gembira sebab dialah yang mencetuskan idea inovasi ini, semasa dia menceritakan kepada kita masa kecil dulu". sambung Ainal sambil mengimbau kenangan bersama ayah. " Betul dik, abang masih ingat kata ayah parking kereta tidak lagi digaraj atau halaman rumah..tapi parking kereta terbang semua di atas bumbung..tengoklah rumah kita pun parking di atas bumbung, begitu juga rumah-rumah yang lain", balas abang sambil menoleh ke arah adiknya yang sudah mula berdengkur. " Heh...dah tidor rupanya adikku..penat abang bercakap seorang", keluh Asyril sendirian dan terus menekan punat gebar bagi menyelimuti tubuh kedua-dua beradik yang pintar.
Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-514722654963422577.post-1958415561442347232011-10-01T05:45:00.000-07:002012-08-25T08:05:25.566-07:00Rinduku Terubat Jua
Kedinginan malam yang menggigit rasa. Kadang-kadang teringat jua akan sebuah kerinduan.Rindu pada sebuah kedamaian dan ketenangan hati yang telah begitu lama aku tinggalkan. Nasib baiklah teratak itu mengembalikan nostalgia aku terhadap kedamaian itu. " Teratak ini tidak boleh dibiarkan ", terdetik di hati ku. " Kalau dibiarkan teratak ini akan dinaiki pokok kangkung dan kayunya akan dimakan anai-anai", bisik hati kecil ku. " Bagaimana kalau teratak ini aku jadikan inap desa", tanya hati ku sendiri. " Sekurang-kurangnya dapat aku dan keluarga berteduh apabila pulang ke kampung", usul ku memanjangkan bisikan hati.

Keesokkan harinya aku berpakat dengan Pak Cik Yaakop untuk memindahkan teratak itu ke tepi jalanraya utama. Sebelum ini teratak itu dibina oleh orang tua agak jauh dari jalanraya utama di kampungku. Pak Cik Yaakop yang begitu setia dengan ku dapat mengubah dan membina semula teratak ku dengan lebih cantik dan comel. Ramai yang berminat melihat reka bentuk inap desaku. Hampir RM15,000 aku belanjakan untuk membina semula inap desa ku. Aku amat gembira kerana inap desa ku ini dapat mengembalikan kedamaian dan ketenangan hatiku. Aku menjemput para jemaah dari masjid dan jiran berdekatan untuk memohon doa restu kepada Allah agar kedamaian dan ketenangan terus mendapat keberkatan.Rinduku terubat jua apabila mengecapi kedamaian dan ketenangan di teratak inap desa ini.

Itamtahttp://www.blogger.com/profile/13296289956273877130noreply@blogger.com3