Thursday, September 27, 2012

Taipei Ku Tidur Malammu Bersama Sigai


Sekali lagi Ustaz Taufik memberi peluang kepada aku dan kumpulan sigai mempamerkan kehebatan sigai.Hatiku risau meninggalkan isteri tersayang di tanah air."Boleh ke isteri saya ikut ustaz", tanya aku apabila ustaz mempelawa aku menyertai kumpulan sigai di Taiwan."Maaf cikgu..pakej kita hanya kumpulan sigai saja..isteri saya pun tak ikut", balas ustaz menutup harapanku."Tak apelah ustaz..saya ikut kumpulan sigai", jawabku yang tidak melepaskan peluang.Tanpa sigai aku tidak memijak bumi Taiwan Jam 4.00 pagi kumpulan sigai bergerak dari SABK Addiniah Alislamiah Padang Rengas dengan menaiki van Jabatan Pelajaran Perak.Siang tadi aku bersama cikgu Azim menyembah Tuan Hj Zainun memohon belas ehsan untuk menumpung tambang 3 pelajar dalam kumpulan sigai."JPN tak bantu apa-apa ke..dah dapat johan inovasi terbaik peringkat kebangsaan".tanya Tuan Hj.Zainun." Takat ni tiada..kami biayaai sendiri..tambang RM3260 seorang darab dengan 6 orang dalam kumpulan sigai",jawab aku sambil mengeluh."Tak apelah.. Dato Seri sumbang RM1000 untuk pelajar", sambung Tuan Hj Zainun yang begitu simpati.Perjalanan kami membelah malam yang hampir ke subuh.Kami singgah R & R Ulu Bernam menunaikan solat subuh.Sampai di LCCT jam 8.00 pagi."Assalamualikum Prof", sapa ustaz kepada Prof Ruzaidi yang sedang menunggu kami di Lapangan Terbang LCCT, ."Waalaikum salam", balas Prof. Kami terus ke bahagian pembungkusan barang dan melalui pintu masuk untuk menaiki Air Asia dengan menghulur paspot antarabangsa di bahagian Imigresen.Penerbangan sepatutnya jam 10.00 pagi oleh kerana cuaca buruk ditunda ke jam 11.00 pagi.Hujan renyai-renyai mengiringi kami menaiki pesawat Air Asia.Ramai pelancong berbangsa Cina.Hanya kami berenam dan kumpulan SMA Taayah Ipoh dan kumpulan Tawau yang kelihatan pelancong Melayu.Arah tuju pun ke Taiwan sesuai dengan bangsa Cina.Aku dan kumpulan sigai dan 2 kumpulan lagi ke Taiwan kerana menyertai 2012 Taipei International Invention Show & Technomart dengan berbekal inovasi sigai dan 4 inovasi lagi termasuk inovasi daripada Prof Ruzaidi UniMap Perlis. Pertengahan jalan cuaca begitu buruk,terasa gegaran tiupan angin.Kecut juga perut.Syukur akhirnya kami sampai di bumi Taiwan tepat jam 5.00 petang.Hari sudah hampir senja kerana waktu petang yang pendek di Taiwan.21 hingga 23.9.2012 persembahan sigai terus mendapat sambutan bersama 1000 inovasi seluruh dunia.Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah terus melayan pengunjung pameran. Para hakim menilai kehebatan sigai.Mereka memuji kehebatan sigai.Akhirnya jam 8.00 malam diumumkan sigai mendapat medal gangsa dan penghargaan special award daripada negara Kanada dan Korea Esoknya jam 4.00 petang kami berangkat pulang ke tanah air.Jam 8.00 malam kami sampai di LCCT." Tok..tok", tiba suara memanggil ke arah ku.Aku memandang ke arah suara itu.Rupanya anakku Nina,Jon,Nadia dan cucuku Aidiff menunggu kepulanganku.Aku terus mendukung cucuku sambil mencium pipinya."Sa..yang Atok",Aku menghadiahkan cucu lego,kapal terbang kertas dan sehelai pakaian.3 helai baju T ku hadiahkan untuk Nina,Jon dan Nadia. Helicopter mainan pun ada..tapi tunggu kita main di kampung.Aku bersalaman dengan anak-anak dan cucu.Kami menaiki van JPN Perak pulang ke kampung. "Cikgu tolong bank in RM3260 untuk tambang dan perbelanjaan ke Taiwan sebab KPM tidak ada peruntukan", sms Ustaz Taufik kepada aku.Inovasi sigai(sifir garis)pernah ku tiduri malam-malammu di Taipei Taiwan

2 comments:

  1. Syabas buat mu tam . Aku pun sebagai kawan KJJ(Kawan Jarah Jauh ) teringin nak tumpang bangge buat kawan lame .Tapi yang tak syoknye pemergian mu tidak mendapat peruntukan KPM walhenye ini adalah kejayaan warge KPM juge .Camnepun aku percaye , dirimu tam cukup puas di atas kejayaan ini setelah mengharung kerjaye guru selama 32 tahun setakat ini . Ande ke Taiwan bukan sebagai pelancong tam tapi membawa usahajaya seorang guru . Tahniah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitule LId..pejuangan yg belum selesai..kut ada rezeki pada 5 hingga 7.11.12 di PWTC K.lumpur.Sigai terpilih menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Negara.Johan RM10,000. Doakan kejayaaan kami.Jemput ke PWTC, IsyaAllah teman p pada 5.11.12.Sigai antara 10 inovasi terbaik negara.Moga KPM jd kaedah dalam P & P Matematik.

      Delete