Thursday, June 26, 2014

Muara Berlumpur

Setiap kali Didin  keluar dari pusat serenti, pasti akan berlaku kecurian dalam kampung.Semua orang kampung menuduh dan  mengesaki Didin.Kekadang ibu Didin menangis sendirian kerana tidak tahan  mendengar umpatan  orang kampung yang menuduh anaknya memecah masuk rumah orang kampung. “ Didin ,mak tak sanggup mendengar banyak orang kampung menuduh Didin mencuri barang tembaga milik Mak Ensah semalam, betul ke Didin? Tanya ibu kepada Didin. “Sumpah mak, Didin tak curi barang tembaga Mak Ensah,lagi pun Didin nak jual ke mana?” Didin cuba membela dirinya.” Jangan main dengan sumpah Didin, nanti sumpah tu makan diri kamu,” ibu meragui jawapan Didin.” Semasa Didin di pusat serenti mak, banyak ilmu yang Didin pelajari daripada ustaz,Didin akan cuba  baiki diri Didin, tapi masyarakat memandang serong kepada Didin.Didin masih ingat lagi mak, kata ustaz orang akan memandang hina kepada penagih dadah kerana mereka menganggap penagih dadah itu seperti seekor anjing yang dijauhkan dengan najis tetapi apabila berjumpa dengan najis ia akan makan atau menjilat najis..kata ustaz lagi mak adakah kamu mahu dianggap seperti anjing apabila keluar daripada pusat serenti?” jelas Didin untuk menyakinkan ibunya. Ibu Didin mula mempercayai sedikit perubahan sikap anaknya terhadap najis dadah.
  Didin dibesarkan dalam keluarga yang merokok.Tabiat merokok telah diteladani anak-anak. Termasuk Didin yang merokok sejak dari sekolah rendah dan terperangkap dengan najis dadah apabila dia bertemu dengan kawan-kawan yang terlibat dengan najis dadah.Agak sukar untuk berhenti kerana telah menjadi ketagihan. Ayah  Didin telah lama meninggal dunia akibat barah paru-paru.Ayah Didin adalah perokok tegar. Ketagihan rokok menggunakan pelbagai istilah perokok tegar yang dikaitkan perkataan putus berhubung yakni menghisap rokok tanpa henti dengan merokok tiga atau empat kotak sehari.Ada juga ungkapan yang menyatakan ketagihan rokok dengan ungkapan biar putus kawan jangan putus rokok.Abang Didin juga seorang perokok tegar. Rakan Didin pernah mencabar Didin “ kalau lelaki tak merokok tiada gentlemen”.Cabaran itu menyebabkan Didin juga menjadi perokok tegar dan akhirnya terjebak dalam kancah najis dadah.
   Semasa di pusat serenti ramai remaja Melayu yang layu dengan dadah.Kenapa ramai Melayu? Didin pernah bertanya dalam hatinya.Siapa yang merancang kehancuran remaja Melayu? Didin bertanya lagi tapi tiada jawapan.Kemana hala tuju masa depan remaja Melayu seperti aku? Bisik hati Didin terasa malu.Didin terbayang masa persekolahan banyak Didin menipu ibunya.Didin ponteng sekolah kerana terikut-ikut cara ponteng rakan-rakan di sekolah.Ponteng dan melepak di stesyen bas dan di bawah jambatan. Merokok dan bertukar sebatang rokok adalah agenda utama ponteng sekolah.Dia pernah ditangkap ponteng sekolah oleh sekumpulan guru kaunseling bersama PIBG dan pasukan polis yang membuat gerak gempur ponteng sekolah. Didin telah diambil tindakan tatatertib kerana sering ponteng sekolah dan ponteng kelas.Bayangan kesilapan Didin sering datang semasa di pusat serenti.Ustaz yang membimbing Didin di pusat renti banyak mengubah sikap Didin.
   ” Kami tidak boleh menangkap budak ponteng”, kata wakil polis yang hadir dalam satu mensyuarat bersama pihak polis di sekolah Didin. “ Gerakan Anti Dadah Kebangsaan peringkat daerah wajar diperkasakan dengan melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta” jelas pegawai anti dadah daerah dalam mesyuarat itu.” Dengan ada kerjasama polis, gerakan kita akan lebih berkesan” sambung pegawai itu. “ Kita ada pegawai perhubungan polis setiap sekolah, gunakalah khidmat pegawai perhubungan polis untuk mengatasi masalah pelajar ponteng, namun begitu kami perlukan kerjasama PIBG sekolah untuk bersama-sama membenteras ponteng sekolah”, sambung lagi pegawai anti dadah daerah.” Tuan pegawai polis, saya pernah mendengar tindakan pihak polis yang berkesan bersama PIBG sekolah di mana pihak polis menangkap pelajar yang ponteng dan dibawa ke balai polis. Apabila sampai di balai polis, pelajar tersebut dikena denda membaca buku.Tindakan ini pernah berlaku dalam sebuah daerah di negara kita”, jelas wakil PIBG Sekolah yang membawa satu contoh.” Itu yang saya kata awal tadi, pihak polis tiada kuasa menangkap pelajar ponteng, baik yang melepak,merokok, menghidu gam dan yang terbaru menghisap daun ketum.Namun begitu atas dasar kerjasama, insyaAllah pihak polis akan cuba membantu”, balas wakil polis.Perbincangan ahli jawatan anti dadah daerah sebelum diadakan gerak gempur penangkapan pelajar ponteng sekolah, termasuk yang tertangkap dalam gerak gempur itu adalah Didin.

   Didin dilahirkan dalam muara berlumpur.Keluarganya termasuk arwah ayah dan abangnya adalah perokok tegar.”Didin, ibu harap cuba dekati Allah, insyaAllah akan melembutkan hati dan fikiran kamu supaya lebih cintakan kehidupan tanpa rokok dan tanpa najis dadah..dulu atok kamu pernah berpesan pada ibu..carilah kawan-kawan yang baik..insyaAllah hidup kamu menjadi baik..jika berkawan dengan rakan yang jahat..sedikit sebanyak kejahatan kawan kamu itu akan berpindah kepada kamu”, nasihat ibu sebelum melelapkan mata untuk tidur malam itu.Tiba-tiba pintu rumah Didin di ketuk dengan kuat.”Buka pintu makcik, mana Didin”, suara itu bertalu-talu dengan kuat.Didin dan ibunya bingkas bangun.”Ini anak makcik dia baru nak tidur..dia bersembang dengan selepas kami menunaikan solat isyak tadi,dia tidak ke mana-mana malam ini”, jelas ibu Didin.Didin tunduk dia sering dicemuh dan dituduh sebegitu.” Habis siapa yang memecah kedai saya tadi, banyak barang kedai saya yang hilang”, tengking taukeh kedai itu.” Abang Adam..ini budak yang memecah kedai abang”, tiba-tiba datang suara ramai dari halaman rumah Didin.Mereka dapat menangkap pencuri sebenar iaitu Tausi yang sering melakukan kecurian apabila Didin pulang dari pusat serenti.Dia mengambil peluang melakukan kecurian apabila Didin pulang dari pusat serenti supaya tiada orang menyesaki Tausi sebaliknya Didin yang jadi mangsa. ”Minta maaf makcik..selama ini kami menyangkakan Didin yang mencuri di kampung kita”, Taukeh kedai memohon maaf kepada ibu Didin.”Aku telah lama memaafkan kamu semua..hari ini kamu baru tahu siapa yang selama ini mencuri di kampung kita.. kamu menuduh,menghina dan mencemuh anak aku.....”, ibu Didin tidak dapat meneruskan ungkapannya dan menangis teresak-esak.Didin kaku dan memeluk ibunya.” Kami semua minta maaf makcik”, suara ramai di halaman rumah Didin.Pencuri sebenar di bawa ke rumah Tok Ketua Kampung. 

Saturday, February 1, 2014

Hantu Air

Aku pernah terserempak dengan hantu raya. Ada ceritanya dalam blog ini.Kini aku ingin beralih cerita hantu air.Kira-kira 48 tahun yang lalu. Waktu itu aku masih di alam kanak-kanak.Cerita hantu ini sering aku dengari.Ada cerita hantu punjut, ada cerita hantu raya, ada cerita hantu yang tiada namanya dan ada cerita hantu air. Aku dan rakan karib sering mandi-manda di Sungai Perak. Bila mandi terlalu lama tapak tangan jadi kecut dan mata jadi merah, Kadang-kadang kami terjun junam ke dalam sungai melalui sebatang pokok yang dahan julainya ke arah air sungai.Pernah seorang rakanku terjun ke dalam sungai dan kepalanya terkena jangkor buluh yang terdapat di dasar sungai,kami cemas kerana banyak darah yang keluar.Rakanku di bawah pulang dan di rawat dirumahnya. "Semalam aku bermimpi berjumpa ikan duyung",celah salah seorang rakanku yang lain. "waw..bertuahlah engkau,bukan senang nak jumpa ikan duyung,cantik ke?" tanya aku untuk mengetahui cerita selanjutnya."Memang cantik..tapi sayang aku tak sempat nak tanya apa-apa pun", balas rakanku." Macam mana kita tanya tok...sebab tok kita tu ada ilmu peruang air", usul aku untuk mendapat kepastian." Moh, kita pergi rumah tok sekarang", rakanku tidak membantah. Tok memang terkenal dengan ilmu peruang air.Pernah tok menahan bubu dalam air, bubunya dipasang dalam air sedalam 4 meter.Tok mengikat bubu dalam air melebihi 15 minit tanpa menggunakan sebarang alat bantuan penafasan tetapi boleh bekerja dalam air.Biasanya tok akan letakkan sebatang galah buluh disisinya.Cuma orang dipermukaan air akan menggoyangkan galah itu, apabila galah itu dibalas goyangan, ini menandakan tok masih bernafas. Tok juga pernah membantu seorang tentera yang kehilangan senjata api akibat terjatuh dalam Sungai Perak.Tok dapat menemukan semula dalam beberapa minit sahaja.Siapakan yang membantu Tok.Tiada yang berani nak bertanya kepada Tok. Aku dan rakanku cuba memberanikan diri berjumpa dengan Tok.Kebetulan tok ada di rumah.Tapi sayang apabila aku menjenguk pintu, aku lihat ramai orang duduk menghampiri Tok. Mereka semua membawa air selabu dan beberapa helai sirih bersama gambir, kapur dan pinang.Mereka meminta air penawar kepada Tok. " Lain kali ler kita jumpa Tok ",ujar aku kepada rakanku.Rakanku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Malam Tahun Baru Cina 2014 aku menyaksikan cerita China di mana seekor Ular Putih menyelamatkan seorang pemuda yang jatuh ke dalam air.Ular Putih itu menjelma menjadi seorang perempuan cantik..lalu terjun ke dalam air..menyelamatkan pemuda itu..cerita ini mengingatkan aku kembali cerita hantu air..

Friday, January 31, 2014

Melangkah Usia 2aku

Belum sempat aku merancang untuk menyambut ulang tahun kelahiranku pada 28.1.2014.Dua tiga orang rakan fb mula mengucapkan happy birtday,selamat hari lahir dan bermacam ucapan dan doa kesejahteraan hidup.Amin..dan terima kasih kekawan fb. Kalau tak fb cuma anak-anak yang mengucapkan selamat hari jadi.Ada juga anak-anak yang dah kerja memberi hadiah.Terima kasih Nina..Yong,Nadia..Angah, Asyril..Abang, Ainal..Bangcik, Nadhirah..Adik. Aku telah menempah nasi ayam untuk guru dan staf sekolah ku.27.1.2014 aku minta pkhem mewakiliku menjemput guru dan staf makan nasi ayam sebagai tanda kesyukuran. 27.1.2014 aku pk1 dan pap hadir ke taklimat pencen di dewan jubli perak kuala kangsar.28.1.2014 sampai di sekolah, ramai guru dan pk dan staf termasuk staf swasta pun ucap selamat hari jadi.Malam sebelum 28.1.2014, aku terima bertalu-talu ucap selamat daripada anak,adik,anak saudara, cucu,anak murid, rakan-rakan melalui fb.Adikku Aien Jamli dan anak murid hantar gambar kek.Yang menarik anak muridku Al-Khair menghantar kad kreatif lengkap 2 gambar aku dalam fb.Aku share.Aku juga menghantar gambar terbaharu.Wah melebihi 50 yang like dan ucap selamat.Termasuk isteri kesayanganku Pn.Rabiatul Adawiah yang baru bersara pada 1.12.2013. Pagi 28.1.2014 sempat aku bersama pkhem dan guru kaunselur ke RHB bank mengambil wang bantuan awal persekolah sebanyak RM100 setiap murid.Jam 12.00 tengahari majlis penyampaian mok cek disempurnakan oleh yb tn Hj. Zainun bin Mat Nor Adun Kawasan Chenderuh.Aku makan bersama yb,pkhem dan pkkk.Ramai ibubapa yang hadir.Kuso Bagan memasukkan peristiwa ini ke dalam fbnya..Sk.Kati diserang oleh ibubapa kerana menyambut hari jadi guru besar..sebenar ibubapa datang mengambil wang RM100.00 Syukur alhamdulillah dapat aku meraikan hari melangkah usia 2aku dengan penuh rasa terharu kerana masih ramai lagi yang mahu berhubung dan mengucapkan Selamat Hari Lahir.Semalam 31.1.2013 tepat jam 12.20 tengah malam anakku Angah yang baru pulang dari Putrajaya mengejutkan dari tidur."Ayah Selamat Hari Jadi,,ini hadiah untuk ayah".aku terkejut dari tidur.Ku lihat hadiah sebuah cover hp." Terimakasih Angah" aku hantar bersama gambar cover hp berlapikkan t-shirt yang dihadiahkan kepada aku sebelum ini melalui wattsap pukul 5.00 pagi sebelum aku terus kebilik air untuk mandi dan bersiap sedia solat subuh.