Friday, January 20, 2012

Gong Pesaka

Hari Anugerah Cemerlang untuk menilai dan menghargai kejayaan murid-murid dihiasi dengan persembahan dikir barat.Pukulan gong menambahkan seri lagi persembahan dikir barat." Ini gong yang saya pinjam daripada abang ipar saya pagi tadi",Cikgu Azmil menghulurkan gong kepada cikgu Azrul.
"Wah, gong antik..pasti bunyinya sedap, terimakasih Mil', balas cikgu Azrul." Selepas persembahan nanti, cikgu bawa balik...sebab saya kena pulang awal ada urusan keluarga",sambung cikgu Azmil. " Okay..beres..janji persembahan dikir barat dapat menambat hati ibubapa", balas cikgu Azrul dalam nada kegembiraan.
Kehadiran ibubapa memenuhi ruangan dewan. Murid-murid sudah bersedia dari awal untuk menerima hadiah dan membuat persembahan dikir barat. Selepas ucapan guru besar dan perasmi,diikuti penyampaian hadiah dan persembahan dikir barat. Apabila gong dipalu bagi mengiringi nyanyian dikir barat, kehadiran ibubapa semakin bertambah hingga melimpah ruang dewan.Terpaksa pekerja menambah bilangan kerusi di luar dewan. Tapi yang pelik kehadiran ibubapa bukan dikalangan ibubapa yang mempunyai anak di sekolah itu. "Makcik ada ke anak yang belajar di sekolah ini?", tanya cikgu Zaharah kepada salah seorang ibu yang baru tiba." Makcik datang ni sebab Makcik dengar bunyi gong di sekolah ini..Makcik macam dipanggil-panggil untuk datang", jelas ibu yang separuh umur itu tanpa menghiraukan pertanyaan cikgu Zaharah. Ibubapa yang duduk berdekatan di luar dewan turut mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah jawapan ibu tadi sama seperti mereka.
Apabila selesai Hari Anugerah Cemerlang, cikgu Azrul terus membawa pulang gong ke rumahnya. " Ayah..apa ni?", tanya Adam anak cikgu Azrul yang baru berusia lima tahun. " Inilah gong..gong ini kawan ayah yang punya". jawab cikgu Azrul sambil membelai rambut anaknya dan terus menyimpan gong dalam setor. Apabila malam menjelma Adam tidak dapat tidur, dia asyik menangis. " Kenapa Adam..Adam sakit perut ke?", tanya cikgu Azrul kepada anaknya. Adam menggelengkan kepala tapi tangannya menunjuk ke arah setor tempat menyimpan gong. Bulu tengok cikgu Azrul terasa sedikit mengermang. Isterinya memandang ke arah wajah cikgu Azrul. " Abang..itulah jangan bawa barang-barang pelik ke rumah", tegur isteri Azrul dalam wajah kebimbangan. "Barang apa..itu cuma gong", ujar cikgu Azrul. Tiba-tiba satu detuman benda jatuh dalam setor. Isteri dan anak Azrul berpelukan. " Takut..mak.." suara Adam terketar-ketar. Cikgu Azrul terus menelefon cikgu Azmil. " Mil..apa benda gong kamu ni..kami sekeluarga tak dapat tidur..kau datang cepat ke rumah ku",pinta cikgu Azrul " Ha..ha..ha...tak sangka cikgu muzik pun takutkan alat muzik..kau nak tahu gong itu adalah gong pesaka", cikgu Azmil terus mengusik sambil memberi penjelasan kepada cikgu Azrul.

No comments:

Post a Comment