Monday, November 12, 2012

Sigai Juaramu Tanpaku Disisimu


6 November,2012 tepat jam 6.11 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon."Assalamuaalaikum cikgu", suara itu seperti aku kenali."Waalaikummusalam,ustazah",lantas aku menjawab."Cikgu berita amat gembira,semalam Sigai diumumkan sebagai Juara Anugerah Inovasi Negara,tapi sayang cikgu tak ada,kalau tak pasti cikgulah orang yang paling gembira", sambung ustazah.Air jernih mengalir dipipiku kerana aku terlalu gembira."Syukur alhamdulillah Sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara kategori sekolah,terima kasih ustazah,waalaikummusalam",aku menjawab salam ustazah.Aku terus menghantar sms kepada semua yang sering bertanya perkembangan sigai. Sigai adalah singkatan Sifir Garis Itamta yang mengambil sempena penggunaan garis melintang, menegak dan namaku sendiri.Kebetulan bentuk Sigai seperti tangga yang digunakan untuk memanjat sebatang pokok.Dalam kamus pelajar pun sigai bermakna sebatang buluh yang dijadikan tangga dengan menggunakan anak kayu atau pasak untuk dijadikan anak tangga.Dalam bahasa Tamil pula sigai bermakna andaman rambut. Tepat jam 7.01 pagi aku menerima panggilan telefon daripada Ustaz Taufik memaklumkan berita yang sama.Ucapan tahniah berulang-ulang melalui sms yang kuterima.Tahniah juga harus dan wajar diberikan kepada 3 pelajar dan 2 guru pengiring dan pembimbing dari SABK Addiniah AlIslamiah bersama Ustaz Taufik yang telah membawa Kaedah Sigai dan Sigai Kit ke peringkat akhir pertandingan tersebut pada malam 6 November,2012. Aku pulang awal dari KLCC pada petang 5 November,2012 kerana mendapat jemputan daripada wakil PPD Kuala Kangsar untuk merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat daerah Kuala Kangsar di SK.Kati.250 murid Tahun 6 daerah Kuala Kangsar berkumpul di Dewan SK.Kati mendengar ceramah dan diakhiri dengan Majlis Khatam AlQuran perdana." Hari ini sepatutnya saya berada di KLCC untuk membimbing dan membantu peserta Pertandingan Anugerah Inovasi Negara,tetapi sebagai tuan rumah dan perasmi Majlis ini saya perlu mengutamakannya,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga inovasi Sigai di nobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara.Ustaz Taufik Suhaimi sebagai Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak,kini berada di KLCC turut membimbing perserta dari SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas yang menyertai pertandingan tersebut berharap agar guru-guru agama dapat mencontohi seorang guru agama di SK.Seri Selamat Manjung yang mencipta inovasi Kaedah Elit dalam pembacaan Al-Quran yang menjadi juara di peringkat IPG di Melaka baru-baru ini",aku cuba menyelitkan harapanku dan pesanan ustaz semasa aku merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana. 7 November,2012 peserta team Sigai membawa kemenangan dengan merangkul tropi kejuaraan,wang tunai RM10,000.00 dan sijil-sijil ke SABK Addiniah AlIslamiah Padang Rengas.11 November,2012 berita tersiar dalam akhbar Berita Harian.12 November,2012 terpampang 2 muka surat akhbar Utusan Melayu dalam ruangan sisipan mega.Aku melihat gambar di puncak kegemilangan Sigai dalam sisipan mega.Aku terbaca ulasan Ustaz Taufik yang mengiktiraf Sigai.Sekali lagi air jernih mengalir di pipi kerana pengiktirafan Sigai. Sigai yang ku lahir menempa sejarah kejuaraan tanpaku disisimu pada malam itu .Demi keberkatan ilmu dan nama baik sigai yang insyaAllah akan diguna pakai untuk insan sejagat semoga jasadmu terus disisiku dan roh ilmu berkembang seluruh Malaysia,Taiwan,Korea...