Friday, December 20, 2013

Anugerah Maal Hijrah 1435 Hijrah

Tiba-tiba ustaz Rosmadi mengambil contoh diri ku.Aku terkejut.Kawan-kawan dalam bilik mesyuarat memandang ke arah aku.Cikgu Pian menghantar sms tahniah kepada aku."Sebaik-baiknya calon tokoh maal hijrah adalah seorang yang telah mencapai sesuatu kejayaan di peringkat antarabangsa" kata ustaz bagi menggalakkan pencalonan tokoh maal hijrah 1435 peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Tokoh Maal Hijrah ini bukan calang-calang orang. Terasa diri ini begitu kerdil. Masih ramai lagi tokoh kepimpinan terdapat dalam negeri Perak ,apatah lagi Malaysia. " Nah cikgu..cuba isi borang ini " ustaz menghulurkan borang pencalonan tokoh maal hijrah.Aku terus menerimanya rasakan bagaikan terpukau dan bermimpi."Terima kasih ustaz" jawab aku ringkas.Balik rumah aku berbincang dengan isteri.Isteri tersenyum bagaikan tidak percaya pencalonan ini.Aku tidak berlengah mengumpul semua maklumat penglibatan aku sepanjang perkhidmatanku sebagai pendidik dan guru besar.Aku kumpul maklumat penglibatan aku dalam badan NGO di peringkat kampung, kelompok ,daerah dan negeri.Kumpul punya kumpul..wah banyak juga penglibatan aku baik di peringkat sekolah mahu pun luar sekolah.Aku mula mengisi borang itu memakan masa  hampir dua minggu baru siap.Setelah siap aku menghantar borang kepada ustaz. Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Perak..nama aku dan Ustaz Taufik Suhaimi diumumkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah 2013 masehi peringkat JPN Perak.Aku tertanya-tanya kemana perginya pencalonan peringkat kebangsaan." Hanya ada 5 negeri yang menghantar pencalonan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia" celah ustaz Taufik bila aku mengajukan persoalan." Jadi oleh kerana banyak negeri tidak menghantar pencalonan.., pencalonan yang ada dijadi tokoh maal hijrah peringkat negeri sahaja" sambung ustaz lagi. Walaubagaimana pun anugerah ini besar maknanya kepada aku yang kerdil ini. Syukur alhamdulillah Anugerah Maal Hijrah 1435 hijrah kategori kepimpinan sekolah aku terima dengan senang hati.Terima Kasih Ustaz Rosmadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan Pengarah JPN Perak.

Monday, June 3, 2013

Anugerah Hari Guru 2013

Segalanya bermula sebuah ciptaan yang dipanggil sigai.Satu inovasi membantu murid-murid yang kurang atau tidak menguasai sifir.Tahun 2001 sekadar mendapat hadiah saguhati sempena Hari Guru Negeri Perak.Tahun 2002 tercipta sigai kit yang dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh.Tahun 2003 diguna pakai 2 buah sekolah iaitu SK.Talang dan SK.Karai.Tahun 2004 diperkenalkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim.Tahun 2005 dibentang dalam Seminar Kepimpinan Pendidikan di Alison Resort Negeri Sembilan.Tahun 2012 meletop Johan Inovasi Peringkat Kebangsaan anjuran MOSTI Kuala Lumpur dan pingat gangsa peringkat antarabangsa di Taiwan.Kali ini dibantu pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Agama Addiniah AlIslamiah, Padang Rengas.Orang yang bertanggungjawab membawa team sigai ke mercu kegemilangan adalah Ustaz Taufik Suhaimi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai pegawai inovasi di Unit Kualiti Jabatan Pendidikan Perak.Kini aku perkembangkan kaedah sigai kepada anak didik tunas sigai di SK.Kati yang melibatkan sigai darab dan sigai bahagi. Itulah sebahagian retetan koronologi perkembangan sigai.Sifir garis itamta.Cecelah retetan itu tiada ramai yang tahu bahawa sigai juga dibantu oleh Pejabat Pelajaran Daerah bagi mengekalkan hak milik pencipta di mana sigai telah di copy right di Sirim Shah Alam. Di sini aku menjadi serba salah antara penciptaan dan perkembangan sigai.Akhirnya aku memilih penciptaan.Maka dengan penuh kesyukuran proses perkembangan berjalan dengan lancar.Satu liputan sigai dirakamkan oleh TV9 di Sekolah Menengah Agama Addiniah AlIslamiah, Padang Rengas.Aku diperkenalkan oleh TV9 sebagai guru pembimbing.Tak mengapalah kerana aku juga turut membimbing pelajar sekolah tersebut.Sekali lagi aku dibantu Jabatan Pendidikan Perak bagi mengekalkan hak milik penciptaan.Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar memberi pengiktirafan sigai adalah milikku.Nama aku dicalonkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah sebagai penerima pingat penghormatan guru dan Pegawai Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Perak mencalonkan aku sebagai penerima anugerah khas inovasi guru sempena Hari Guru Negeri Perak 2013.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi penerimaan kedua-dua anugerah berganda ini.Syukur alhamdullillah.

Tuesday, April 2, 2013

Generasi Z

Orang muda generasi Z berbeza cara bertindak dan berfikir jika dibandingkan dengan mereka dalam kumpulan generasi x dan y.Aku dilahirkan dalam kumpulan generasi x.Anak-anakku ada yang generasi y dan z.Yang lahir sebelum 1980 adalah generasi x.Yang lahir 1981 hingga 1990 adalah genarasi y.Yang lahir selepas 1990 adalah genarasi z. Aku cuba cantumkan ketiga-tiga generasi agar selari tindakan,sederap langkah dan seaura pemikiran.Bagaimana? "abang anak-anak kita nampaknya masih dapat dikawal dan mendengar kata serta mentaati kehendak kita",celah isteriku."Deme nak jaga hati kita",balas aku sambil membaca akhbar." Tak abang,kita lihat anak-anak kita tidak merokok,tidak pulang jauh malam dan tidak berfoya-foya..syukur alhamdulillah abang",tingkah isteriku."Cuba abang lihat ramai anak muda hari ini yang berempit dan melepak....syukur anak kita tidak terlibat", sambung isteriku."Deme tu ikut abang...abang masa muda dulu pun tak suka melepak",sahut aku."hepp..kalau tak ada saya yang kawal dan berleter macam ni..... tak tahulah anak kita", tambah isteriku." Angkatlah bakul tinggi-tinggi", balas aku sambil berseloroh. Syukur alhamdulilah yong dan angah sudah bekerja.Abang, abangcik dan adik masih belajar.Yong sudah berumahtangga dan menimang cahaya mata.Cucuku juga dalam generasi z. Jangan lebih zzzzzzz sudahlah tetapi bangun bersama negara yang maju, berpendapatan tinggi dan akhlak pun tinggi.Cemerlang dunia gemilang akhirat.

Friday, February 1, 2013

Orang Bendang

Luas mata memandang melihat kehijauan bendang yang terbentang indah.Gunung ganang membiru mengelilingi sebahagian bendang. Petani telah pulang ke rumah.Aku masih terpacak di hadapan dangau tepian bendang."Mari pulang Man, tak baik duduk di tepi bendang,matahari sudah hampir di tengah kepala" jerit ibu dari rumah. Ayah pernah berpesan waktu tengah hari tidak baik berada di bendang.Inilah pantang larang yang harus di jaga. Betul juga sebab waktu itu sudah hampir waktu zohor. Waktu maghrib syaitan berkeliaran, pun tidak baik kita bermain atau berjalan-jalan di luar rumah.Apatah lagi waktu malam yang gelap pekat,syaitan, jin mula berkeliaran.Tapi sekarang ramai orang keluar malam adakah mereka sama dengan syaitan dan jin? Pertanyaan itu terhenti seketika tanpa jawapan apabila telinga aku di tarik ibu. "Maaf bu saya berangan-angan tadi" kata ku sambil mengikut ibu."kecik-kecik dah pandai berangan" balas ibu sambil menarik tangan aku. Ayah sedang mengusap kemiyan.Mulutnya kumat kamit menjampi serapah air dan sireh pinang.Kemudian menghembus daun sireh dan melurut daun sireh ke hujungnya. " Tolonglah tok anak saya demam panas,risau saya di buatnya" pinta seorang ibu kepada ayah yang datang berubat pada petang itu." Tak apa, kau bagi air ni,sireh ni kau bagi dia makan,dia di sampok orang bendang sebab terlalu hingka bermain dekat pokok ara itu, kau tau tak Mah, dekat pokok ara tu ada orang bendang yang berbadan besar berkulit hitam menjaga bendang dekat pokok ara tu", jelas ayah kepada Makcik Mah. Aku memasang telinga perbualan ayah dengan makcik Mah itu. " Orang bendang?" aku bertanya sendirian "Ibu-ibu betulke ada orang bendang?" tanya aku kepada ibu. "Ya, betul ada..tapi kita tidak nampak", balas ayah dengan suara garaunya di belakang aku."Macam mana ayah nampak?" tanya aku lagi." Ayah nampak dalam mimpi", jawab ayah. " Ada ke lagi orang bendang ayah",aku masih tidak puas mendengar penjelasan ayah."Banyak lagi, di kawasan empang bendang kita ada seorang pemuda yang kacak dan gagah perkasa, di tengah-tengah bendang ada orang bendang yang buta sebelah mata dan jahat", sambung ayah " Tok-tok ada orang mati di tengah-tengah bendang,hidungnya di hurung semut", datang beberapa suara dari bawah rumah.Manusia dan jin hamba Allah.Adakah orang bendang itu jin???