Saturday, October 20, 2012

Dangau kecil Pondok tua

Semasa aku kecil waktu usia kanak-kanak, aku suka bermain dangau dengan kakak dan rakan-rakan sebaya.Aku masih ingat kakakku membuat dangau daripada 4 batang buluh untuk dijadikan tiang.Dangau beratapkan daun pisang dan berdindingkan plastik.Bentuk bembung atap dangau seperti bentuk bumbung atap rumah moden sekarang.Waktu itu kami panggil bentuk lepap.Agaknya mungkin jurutera yang mencipta bentuk lepap itu pernah bermain dangau seperti aku.Yang paling aku tidak lupakan sampai sekarang dalam dangau itu aku disandingkan dengan rakan 2 tahun lebih muda daripada aku.Rakan aku itu tidak ada jodoh dengan aku, sekarang dia cukup bahagia dengan pasangan.Jodoh ditangan Tuhan.Kini aku ditemukan dengan pasangan yang telah ditentukan Allah.Alhamdulilah aku juga bahagia dan dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.Zuriatku berkembang puteri sulungku telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 1 putera.Syukur aku bergelar datok dan isteri ku bergelar opah kerana mempunyai 1 cucu setakat ini. Apabila aku sudah tua begini, aku ditemukan dengan seorang rakan yang lebih tua daripada aku."Baru-baru ni kami dapat 20 lot tanah.Setiap lot berukuran 10 kaki x 10 kaki.Kami akan mendirikan pondok setiap lot" cerita kawan selepas solat Maghrib di masjid baru Kg.Kota Lama Kiri."Ada ke lot yang kosong?" tanya aku mencelah."Sudah penuh, setiap lot dikenakan bayaran sebanyak RM15,000.00.Pihak kontruktur terpilih akan membina pondok.Kami akan tinggal di situ dan seterusnya mendalami ilmu akhirat sebelum kita sampai ke sana,"jawab rakan panjang lebar."Tanah itu sudah saya wakafkan" balas seorang lagi rakanku." Itulah kemanisan iman yang dikecapi oleh seorang yang telah menggengam ijazah taqwa..hatinya suci,ikhlas dan menolak semua sumpahan dan janji syaitan kepada manusia,"tiba-tiba aku mencelah lagi.Telah lama hasrat hati hendak mendirikan pondok tapi tak kesampaian.Inilah kaedah mendirikan pondok untuk melengkap diri di usia tua.Dangau kecil Pondok tua.Aminnn

No comments:

Post a Comment