Hari Anugerah Cemerlang untuk menilai dan menghargai kejayaan murid-murid dihiasi dengan persembahan dikir barat.Pukulan gong menambahkan seri lagi persembahan dikir barat." Ini gong yang saya pinjam daripada abang ipar saya pagi tadi",Cikgu Azmil menghulurkan gong kepada cikgu Azrul.
"Wah, gong antik..pasti bunyinya sedap, terimakasih Mil', balas cikgu Azrul." Selepas persembahan nanti, cikgu bawa balik...sebab saya kena pulang awal ada urusan keluarga",sambung cikgu Azmil. " Okay..beres..janji persembahan dikir barat dapat menambat hati ibubapa", balas cikgu Azrul dalam nada kegembiraan.
Kehadiran ibubapa memenuhi ruangan dewan. Murid-murid sudah bersedia dari awal untuk menerima hadiah dan membuat persembahan dikir barat. Selepas ucapan guru besar dan perasmi,diikuti penyampaian hadiah dan persembahan dikir barat. Apabila gong dipalu bagi mengiringi nyanyian dikir barat, kehadiran ibubapa semakin bertambah hingga melimpah ruang dewan.Terpaksa pekerja menambah bilangan kerusi di luar dewan. Tapi yang pelik kehadiran ibubapa bukan dikalangan ibubapa yang mempunyai anak di sekolah itu. "Makcik ada ke anak yang belajar di sekolah ini?", tanya cikgu Zaharah kepada salah seorang ibu yang baru tiba." Makcik datang ni sebab Makcik dengar bunyi gong di sekolah ini..Makcik macam dipanggil-panggil untuk datang", jelas ibu yang separuh umur itu tanpa menghiraukan pertanyaan cikgu Zaharah. Ibubapa yang duduk berdekatan di luar dewan turut mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah jawapan ibu tadi sama seperti mereka.
Apabila selesai Hari Anugerah Cemerlang, cikgu Azrul terus membawa pulang gong ke rumahnya. " Ayah..apa ni?", tanya Adam anak cikgu Azrul yang baru berusia lima tahun. " Inilah gong..gong ini kawan ayah yang punya". jawab cikgu Azrul sambil membelai rambut anaknya dan terus menyimpan gong dalam setor. Apabila malam menjelma Adam tidak dapat tidur, dia asyik menangis. " Kenapa Adam..Adam sakit perut ke?", tanya cikgu Azrul kepada anaknya. Adam menggelengkan kepala tapi tangannya menunjuk ke arah setor tempat menyimpan gong. Bulu tengok cikgu Azrul terasa sedikit mengermang. Isterinya memandang ke arah wajah cikgu Azrul. " Abang..itulah jangan bawa barang-barang pelik ke rumah", tegur isteri Azrul dalam wajah kebimbangan. "Barang apa..itu cuma gong", ujar cikgu Azrul. Tiba-tiba satu detuman benda jatuh dalam setor. Isteri dan anak Azrul berpelukan. " Takut..mak.." suara Adam terketar-ketar. Cikgu Azrul terus menelefon cikgu Azmil. " Mil..apa benda gong kamu ni..kami sekeluarga tak dapat tidur..kau datang cepat ke rumah ku",pinta cikgu Azrul " Ha..ha..ha...tak sangka cikgu muzik pun takutkan alat muzik..kau nak tahu gong itu adalah gong pesaka", cikgu Azmil terus mengusik sambil memberi penjelasan kepada cikgu Azrul.
Friday, January 20, 2012
Tuesday, January 17, 2012
Kehilangan Bicara
Salman yang begitu penyayang terhadap keluarga tidak mengaharapkan sebarang balasan.Sebagai manusia biasa Salman juga memerlukan sedikit imbuhan buat pengubat hati dan emosi.Salman terus membiarkan keadaan itu berlarutan. "Hendak merajuk siapa nak pujuk. Hendak meminta siapa yang simpati", hati Salman berdetik.Kata-katanya tersimpan dalam sanubarinya.Terpendam dan terpadam begitu sahaja.Hari ini,esok dan selamanya dapatkah Salman bertahan dengan membisu seribu bahasa.Pesan ibu kalau marah jangan dibalas dengan kemarahan,elok beredar atau buat sesuatu yang lain.Pesan bapa kesabaran kunci utama menjadi manusia penyayang. Pesan azimat daripada ibu dan bapa tetap menjadi tangkal kehidupan Salman.
Hari demi hari telinga Salman seperti ditulikan.Hari demi hari suara Salman seperti dibisukan.Dayuskah Salman seperti tunggul di tengah laman yang hanya sebagai penyeri tetapi tiada bau dan aura.Salman cuba melihat wajahnya dicermin. "Akukah itu dalam cermin, atau imej akukah di luar cermin", hati berbisik kepiluan.Entahlah tiada jawapan yang pasti. Atau ada jawapan tetapi tiada siapa yang mengendahkan jawapan itu.Kalau pun diberi jawapan, jawapan itu akan kembali menikam dirinya. Lebih baik Salman terus menyengap dan berdiam diri.
Salman tidak pernah menyuarakan isi hatinya baik kepada rakan mahu pun pakar motivasi.Salman yakin cahaya solat dan doa dapat mengembalikan ketenangan jiwa dan hati dalam mencari sinar dek kehilangan bicara.

Friday, January 13, 2012
Sigai
Pohon besar yang ingin di tebang memerlukan sebilah beliung dan sigai. Beliung hampir sama dengan kapak cuma bezanya dari segi bentuk mata dan ulu. Sigai pula di buat daripada sebatang buluh yang menggunakan kayu-kayu kecil untuk dijadikan anak tangga.Anak-anak tangga itu dipasang pada batang buluh tadi. Sigai akan disandarkan pada pohon besar dan seterusnya para penebang pokok akan memanjat menggunakan sigai untuk menebang menggunakan beliung.Sigai juga adalah singkatan cantuman perkataan sifir garis dan namaku iaitu si itu singkatan perkataan sifir, ga singkatan perkataan garis dan i singkatan namaku itamta.
Aku dan Encik Mohd Fadli hampir setiap Sabtu menziarahi sekolah-sekolah di bawah 50% penguasaan Matematik dalam peperiksaan akhir tahun.Program ziarah ini telah dirancang oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku tertanya-tanya kenapa bangsaku lemah Matematik jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain. Bangsa Cina dipengaruhi suasana keluarga yang berkait rapat dengan aktiviti matematik iaitu perniagaan. Bangsaku jarang membicarakan dunia matematik, apatah lagi dunia perniagaan. Sebenarnya di sekeliling kita di penuhi dengan dunia matematik jika kita bijak memanfaat. lihat syiling ada bentuk segiempat,lihat tudung saji seperti kon, lihat air dalam kolah ada isipadu. Malah hampir keseluruhan hidup kita dipenuhi dengan dunia matematik.
"Cikgu, macam mana jika murid tak dapat menghafal sifir?" tiba-tiba terpancul soalan daripada seorang guru pengirng yang turut sama dalam Program Ziarah. Aku tergamam nak menjawabnya. "Cuba hafal berkali-kali,kemudian minta murid itu membaca secara lisan tanpa melihat sifir', aku cuba menjawab pertanyaan cikgu.Perbincangan dengan murid terhenti seketika. " Saya dah cuba cara itu, tetapi tidak berkesan", balas cikgu itu tanpa menghargai cadangan ku. " Kalau begitu,cikgu minta murid menyalin sambil menghafal", aku cuba memperkukuhkan cadanganku. " Tak mahu..saya dah cuba semuanya", balas cikgu itu lagi. Pertanyaannya satu tamparan yang hebat kepadaku kerana murid-murid yang bermasalah dalam hafalan sifir ada di hadapanku. " Tak apa cikgu bagi saya tempoh seminggu untuk mencari formula menghafal sifir yang berkesan", aku sambut cabaran itu.
Malam itu aku lewat tidur. Aku cuba berfikir dan menganalisis jadual sifir 0 hingga 12. Sifir 0 jawapan semua 0, sifir 1 semua jawapan kembali kepada nombor yang di darab. Sifir 2 perlu hafal 2 X 2 = 4 hingga 2 X 9 = 18. Begitulah sehingga sifir 9 hanya perlu hafal 9 X 9 = 81. Sifir 10.11 dan 12 tidak perlu hafal kerana sifir 10 adalah sifir 1 dan 0, sifir 11 adalah sifir 1 dan sifir 12 hanya perlu hafal sifir 1 dan 2.Inilah sifir tirus yang pernah ku temui dalam sebuah buku matematik.Ini pun kaedah menghafal sifir. Murid-murid tidak mahu mengafal sifir secara lisan dan bertulis.
Aku cuba melakar dan menggaris di atas kertas. Sifir 2 ku garis 2 garisan. Aku cuba cantumkan garis itu dengan menindih 3 garis yang menjadi 2 X 3 = 6. Enam itu datangnya daripada jumlah titik-titik persilangan. Murid-murid suka melukis dan menggaris dengan pensel warna. Aku sudah dapat formula menghafal sifir tanpa lisan dan tulisan tetapi perlu melukis beberapa garisan. Aku namakan Sifir Garis. Aku tidak sabar-sabar lagi menelefon cikgu yang mencabar minda dan perasaan aku dengan memberi satu tamparan yang hebat kepadaku siang tadi. Aku sahut cabaran itu.Aku terlalu gembira kerana mendapat ilham yang bakal menjadi inovasi dalam rekreasi matematik . Aku pamerkan persembahan sifir garis kepada guru pengiring bersama-sama murid yang menyertai Program Ziarah hari Sabtu yang berikutnya. Murid juga turut gembira dan seronok belajar Kaedah Sigai..Sifir Garis Itamta..berbantukan Sigai Kit..
Alhamdullilah Kaedah Sigai pernah dibentang semasa aku melanjutkan pengajianku dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UPSI, Konvensyen Pendidikan Kebangsaan di Hotel Alison Negeri Sembilan, Program Nilam di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Kursus Linus di Pantai Dalam Resort Pulau Pangkor.Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan terciptanya inovasi Kaedah Sigai dan Sigai Kit.Sigai Kit dibangunkan oleh sebuah syarikat milik bangsa Cina di Ipoh Perak. Tiba-tiba telefon di mejaku berdering."Assalamualaikum, cikgu..apa khabar?" suara itu seperti pernah aku dengari. "Waalaikumussalam..oh Ustaz Taufik Suhaimi..alhamdullillah sihat," jawabku kepada ustaz yang merupakan bekas anak didikku semasa di SK Rambai Tujuh.Kini beliau memegang jawatan penting di Unit Inovasi Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Perbualan kami diteruskan tentang inovasi sigai. Keesokan harinya beliau berkunjung ke sekolahku untuk membawa sigai ke persada antarabangsa. Aku bersetuju sigai menyertai International Engineering Invention and Innovation Enhibition (I-Envex 2012) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada 26 hinggga 28.4.2012 bertempat di Dewan 2020 Kangar Perlis.Penyertaan ini memerlukan wakil pelajar sekolah menengah. SABK Ad-Diniah Al-Islamiah Padang Rengas dipilih mewakili Jabatan Pelajaran Perak. Siti Syafiqah, Nurul Atikah dan Kaiyisah merupakan pelajar bertuah membentangkan Sigai.Aku bersama cikgu Wahida,cikgu Mohd Faris, cikgu Hazim dan cikgu Esmalia sebagai penasihat dan pembimbing mengiringi ketiga-tiga pelajar.Para hakim bertubi-tubi mengajukan pelbagai soalan kepada ketiga-tiga pelajar.Siti Syafiqah pintar meningkah hebat menjawab soalan Sigai Darab dan Bahagi.Nurul Atikah dan Kaiyisah bijak berbicara mengukuhkan pemahaman konsep Kaedah Sigai.Para berkunjung tidak jemu-jemu datang dengan penuh minai sambil membeli Sigai Kit.Pada hari kemuncak 29.4.2012 diumumkan pengiktirafan sigai sebagai inovasi peringkat 'high school' menerima sebutir medal emas dan dua anugerah daripada Korea Invention News dan Asia Invention Association.Sigai juga menerima 2 pingat emas dan inovasi terbaik peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Inovasi dan penyelidikan di UPM. Pada 19 hingga 24.9.2012 sigai akan terbang ke Taipei Taiwan menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Siti Syafiqah,Nurul Atiqah dan Kaiyisah tersenyum lebar merangkul anugerah tertinggi dan teristimewa.Sigai di Taiwan mendapat hadiah pingat gangsa dan anugerah best award daripada Taiwan,Korea dan Kanada.Kemuncak kejayaan sigai pada 6.11.2012 sigai dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Negara daripada Mosti KLCC K.Lumpur.Baru-baru ini PPD K.Kangsar memberi anugerah khas (inovasi dan kreatif) sempena mesyuarat bulanan di Resort Sg.Perak K.Kangsar pada 11.12.2012.Satu lagi anugerah sedang menunggu di peringkat penciptaan dunia.Inikah yang dikatakan guru inovatif sempena Hari Guru 2012?

Saturday, December 31, 2011
2012 = 5
Tahun 2012 menjelang tiba. Ramai anak muda menunggu saat itu.Detik 12.00 tengah malam akan bergema dengan laungan kegembiraan dan percikan bunga api. Sorak sorai di sana-sini. Pekan kecil dan bandar besar menyambut ketibaan detik itu. Siaran langsung melalui kaca televisyen terus menghiasi sambutan tahun baru 2012.
Aku dan isteri masih bersama komputer riba masing-masing.Aku asyik menaip cerpenterpen dan isteriku sedang menaip tovheadcount. Lima anakku adalah anugerah Ilahi.Yong baru pulang ke Putrajaya bersama anaknya dengan menaiki keretapi laju pagi tadi. Suaminya tiada cuti menunggu di KL Central untuk mengambil mereka untuk di bawa ke Putrajaya.Angah masih belajar di tahun akhir di Uitm Shah Alam. Abang juga baru ku hantar bersama Yong pagi tadi tetapi arahnya menghala ke utara dengan menaiki bas.Kini abang di tahun dua belajar di Uitm Arau Perlis. Anak keempatku abang cik masih bercuti di rumah. Dia belajar di MRSM Taiping. Tahun 2012 naik ke tingkatan lima.Anak yang bongsu merupakan anak kelima juga masih bercuti di rumah dan belajar di MRSM Gerik.Tahun 2012 adik akan belajar di tingkatan dua. Siang tadi mereka belajar tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar Diraja Kuala Kangsar bagi persiapan 2012.
Harapan ku 2012 = 5 adalah kepada kelima-lima anakku akan cemerlang dalam meneruskan perjuangan sebagai ibu hendaknya menjadi ibu yang mithali dan menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suami. Begitu juga anak-anakku yang masih menimba ilmu agar terus mencipta kecemerlangan dan taat kepada perintah Allah.
" 5,4,3,2,1...selamat tahun baru..." pekikan dan laungan orang ramai yang membanjiri Laman Budaya Kuala Kangsar. Laungan dan pekikan itu diikuti pula percikan bunga api yang menghiasi bandar Diraja Kuala Kangsar,Yong ketika itu sedang mengikuti kursus di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar sebagai memenuhi syarat bidang pengajiannya dalam kejuruteraan ICT di Uitm Shah Alam telah diberi kepercayaan memprogramkan count down bagi sambutan tahun baru menjelang detik 12 malam. Aku,isteri dan 4 anak turut sama meraikan sambutan tahun baru beberapa tahun lalu yang kini menjadi kenangan.

Friday, November 11, 2011
Tanggal 11.11.11
Tanggal 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat yang merupakan tarikh keramat kerana tarikh itu begitu unik jika dilihat dari segi susunan nombor 1 terdapat enam digit. Subuh tadi aku menunaikan solat berjemaah di Masjid Jamek Kg Loh Karai. Selepas solat aku bersembang panjang dengan mantan ketua Kg. Loh Karai. " Jadi ke Ustaz Kazim menyampaikan ceramah di masjid kita pada 22.11.11?", terpancul soalan aku ajukan kepada mantan ketua kampung. " InsyaAllah jadi..tapi yang paling merisaukan tok.. berapa ramai jemaah yang dapat hadir..tengoklah sembahyang subuh hari ni pun ada berapa kerat yang hadir", keluh mantan ketua kampung. " Tak apelah Tok..kita sama-sama berkempen,..jemput seluruh penduduk kampung dan kampung-kampung berdekatan..kalau boleh jemput semua penduduk di daerah kecil Sg. Siput(U)". balas aku bagi menenangkan keluhan hati mantan ketua kampung.Kami beredar meninggalkan perkarangan masjid.
Hari ini juga sekolah aku dapat cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah SK.Kati 2011. Aku tidak mengambil cuti rehat kerana ada mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Aku masih ingat kata-kata perasmi Hari Anugerah Cemerlang semalam. " Anak-anak yang belajar di sekolah bukan diukur dari segi kejayaan mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga tetapi apa yang pentingnya ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam kehidupannya", pesan perasmi membakar semangat murid dan ibu bapa yang hadir.Perasmi merupakan bekas pelajar cemerlang SK.Kati 33 tahun yang lalu. Kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Nazlin Trade Resourses. Beliau kembali ke akar umbi. Beliau adalah Ir. Ahmad Zainal bin Abd Rani. Aku terus memandu ke arah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.
Setiba di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar aku dipanggil seorang rakan sejawat. " Ta..Ta..jamuan meraikan PPD di Pesisiran Sayong ditangguhkan", " Kenapa?" tanya aku sambil menutup pintu kereta. " PPD ada urusan yang tidak dapat dielakkan..kau telefon pembekal makanan", pinta rakan sejawatku. " Okay nanti aku bagi tahu". balas aku sambil menelefon pembekal makanan." Helo..Encik .Jo..maaf jamuan meraikan PPD ditangguhkan ke satu tarikh lain", " Okay...", balas Encik Johari. Tarikh 1 + 1 + 1 + 1 + 1 + 1 = 6 ( solat, ceramah, motivasi, akar umbi, ilmu, makan )
Thursday, November 10, 2011
Tarik Buaian Cucunda Atok
Kelahiran Aidiff menyebabkan ibu berpantang selama 44 hari.Temuni Aidiff telah dicuci dan ditanam di hadapan rumah Atok. Setiap petang Atok membuat ungun api kecil di atas tanah tanaman temuni. "Apabila temuni kering Aidiff tidak menangis", kata Wan Sun yang membersihkan temuni. Temuni dibersihkan menggunakan kapur barus, limau dan air.Hampir 7 petang Atok membuat ungunan api kecil. Ibu Aidiff terus berpantang. Pantang makan,minum dan melakukan sebarang kerja.Malahan keluar rumah pun tidak boleh kecuali ke klinik atau ke hospital. " Mak , mata Aidiff kuning", kata ibu kepada Opah. " Kita bawa ke klinik ", balas Opah. Aidif dibawa ke klinik kemudian ke hospital kerana kuningnya tinggi. Sehari semalam Aidiff di hospital. Kuning mata Aidiff beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
Opah membantu ibu menyediakan sebarang keperluan. Atok turut membantu meringankan tugas Opah. Setiap pagi ibu perlu bertungku. Opah akan membakar dua tungku besi selama 15 minit. Tungku yang panas akan dibalut dengan daun lengkuas dan dibungkus dengan kain. Ibu akan bertungku di bahagian perut setiap pagi dan petang selama 44 hari. Ayah Aidiff yang pulang sekali seminggu akan mengambil alih tugas Opah. Ayah bertugas jauh dari kampung Atok.
Aidiff makin membesar dan ceria. Aidiff menjadi tali pengikat kasih sayang ibu dan ayah. Aidiff menambah ceria rumah Atok dan Opah. Tangisannya ditunggu-tunggu. Gerak gerinya jadi perhatian.Rambut Aidiff telah dicukur sehingga botak. Wajahnya makin ceria. Kini rambut mulai tumbuh tetapi berbelang-belang. Ada bahagian berambut dan yang masih licin tanpa rambut. Kata orang rambutnya dimakan bantal.
Setelah genap 44 hari ibu berpantang, Atok dan Opah merancang akan membuat Majlis Tarik Buaian. Majlis ini ada juga disebut Majlis Berendoi. Sekitar tahun 60an majlis ini digabungkan Majlis Berzikir. Ada juga orang mengatakan habis pantang buang dapur." Na dah habis pantang, mak nak buat Majlis Tarik Boyan ni dengan Majlis Marhaban" usul Opah dalam perbincangan keluarga. " Dulu Majlis Tarik Boyan didendangkan dengan Majlis Berjikio", tambah Atok. " Apa Majlis Berjikio ayah?" tanya ibu kepada Atok. " Berjikio tu berzikir, biasanya orang lelaki yang berjikio dengan suara yang lantang hingga tegang urat leher", jawab Atok. " Kalau gitu kita buat macam cadangan mak tadi, bukan senang nak cari kumpulan berjikio", balas ibu memutuskan perbincangan keluarga.
Hari kedua Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah, Majlis Tarik Buaian dengan dendangan kumpulan marhaban bergema dalam rumah Atok. Aqiqah untuk Aidiff disempurnakan dalam Majlis Korban di pagi hari Raya Aidil Adha. Takbir dan tahlil turut bergema di bawah khemah di hadapan rumah Atok. Ramai jemputan dan jiran memenuhi ruang rumah dan khemah. Aidiff lena dalam buaian.
Sunday, October 23, 2011
Sidang Haiwan
Pertemuan penghuni rimba memang telah dirancang sejak berlakunya pelbagai musibah. Semakin hari semakin pupus genarasi mereka. Kawasan tempat kediaman yang merupakan habitat mereka telah diteroka dan diceroboh oleh manusia. Kehidupan mereka semakin terhimpit. Makanan dan minuman mereka tidak mencukupi. Kadang-kala terpaksa masuk ke kampung-kampung mencari sisa-sisa makanan manusia. Ada beberapa kawasan hutan simpan yang diwartakan agak begitu jauh dengan habitat mereka. Semasa mereka mencari makanan dan minuman ada yang terperangkap jerat manusia, ada yang kena tembak tetapi yang paling menyanyat hati semasa mereka mencari makanan dan minuman dan perlu melintas jalanraya yang merupakan laluan habitat mereka sejak turun temurun terpaksa bersabung nyawa. Kesihan penghuni rimba habis digilis kereta, dilanggar lori, apa lagi terburailah isi perut , bersepah daging dan kulit, tiada siapa yang peduli.
" Tolong aku, kenapa kamu semua binatang bawa aku ke dalam hutan banat ni", pinta Encik Tajri yang merupakan jurutera jalanraya kepada semua haiwan yang merenung ke arahnya. " Dengar sini Tuan Jurutera, kami bawa Tuan ke Sidang Haiwan hari ini bukan nak menyiksa atau mengapa-apakan Tuan, sebenarnya..kami nak mohon jasa baik Tuan Jurutera agar dapat membina lalu kami sama ada di bawah jalanraya atau di atas jalanraya untuk kemudahan kami menyeberangi jalanraya yang Tuan bina", jawab Sang Gajah yang mempengerusikan Sidang Haiwan. " Kami keluarga biawak sangat-sangat bersetuju laluan itu dibina segera..kerana banyak kaum keluarga kami digilis kereta..sedangkan itu laluan kami sejak dari dulu lagi", celah sang biawak. " Betul-betul kata sang biawak tu..dulu pun ibu dan ayah aku dilanggar lori semasa kami sama nak minum di Sungai Perak", tambah sang kinzer dengan tangisan teresak-resak.
" Baiklah semua binatang, aku berjanji akan membina laluan kamu..aku minta maaf atas apa yang telah berlaku kepada keluarga kamu semua", jawab Tuan Jurutera dengan terketar-ketar. " Janji mesti ditepati Tuan Jurutera...cuba Tuan Jurutera tengok jalanraya di negara barat..kenapa mereka ada sediakan laluan kami", usik Sang Camar sambil membandingkan kebertanggungjawapan jurutera di barat.Tiba-tiba terdengar satu letupan. " Semua lari..selamatkan diri masing-masing..ada tembakan", tempek Sang Gajah kepada semua penghuni rimba. Encik Tajri lari lintang pukang lalu terjatuh. " Tolong,tolong", " Abang-abang kenapa ni abang..abang jatuh katil ni", datang isteri Encik Tajri memegang bahu suaminya " Astrafilrullahhalazim...abang bermimpi tadi". Encik Tajri mengusap mukanya sambil merenung wajah isterinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)