Sunday, October 23, 2011

Sidang Haiwan

Pertemuan penghuni rimba memang telah dirancang sejak berlakunya pelbagai musibah. Semakin hari semakin pupus genarasi mereka. Kawasan tempat kediaman yang merupakan habitat mereka telah diteroka dan diceroboh oleh manusia. Kehidupan mereka semakin terhimpit. Makanan dan minuman mereka tidak mencukupi. Kadang-kala terpaksa masuk ke kampung-kampung mencari sisa-sisa makanan manusia. Ada beberapa kawasan hutan simpan yang diwartakan agak begitu jauh dengan habitat mereka. Semasa mereka mencari makanan dan minuman ada yang terperangkap jerat manusia, ada yang kena tembak tetapi yang paling menyanyat hati semasa mereka mencari makanan dan minuman dan perlu melintas jalanraya yang merupakan laluan habitat mereka sejak turun temurun terpaksa bersabung nyawa. Kesihan penghuni rimba habis digilis kereta, dilanggar lori, apa lagi terburailah isi perut , bersepah daging dan kulit, tiada siapa yang peduli.
   " Tolong aku, kenapa kamu semua binatang bawa aku ke dalam hutan banat ni", pinta Encik Tajri yang merupakan jurutera jalanraya kepada semua haiwan yang merenung ke arahnya. " Dengar sini Tuan Jurutera, kami bawa Tuan ke Sidang Haiwan hari ini bukan nak menyiksa atau mengapa-apakan Tuan, sebenarnya..kami nak mohon jasa baik Tuan Jurutera agar dapat membina lalu kami sama ada di bawah jalanraya atau di atas jalanraya untuk kemudahan kami menyeberangi jalanraya yang Tuan bina", jawab Sang Gajah yang mempengerusikan Sidang Haiwan. " Kami keluarga biawak sangat-sangat bersetuju laluan itu dibina segera..kerana banyak kaum keluarga kami digilis kereta..sedangkan itu laluan kami sejak dari dulu lagi", celah sang biawak. " Betul-betul kata sang biawak tu..dulu pun ibu dan ayah aku dilanggar lori semasa kami sama nak minum di Sungai Perak", tambah sang kinzer dengan tangisan teresak-resak.
   " Baiklah semua binatang, aku berjanji akan membina laluan kamu..aku minta maaf atas apa yang telah berlaku kepada keluarga kamu semua", jawab Tuan Jurutera dengan terketar-ketar. " Janji mesti ditepati Tuan Jurutera...cuba Tuan Jurutera tengok jalanraya di negara barat..kenapa mereka ada sediakan laluan kami", usik Sang Camar sambil membandingkan kebertanggungjawapan jurutera di barat.Tiba-tiba terdengar satu letupan. " Semua lari..selamatkan diri masing-masing..ada tembakan", tempek Sang Gajah kepada semua penghuni rimba. Encik Tajri lari lintang pukang lalu terjatuh. " Tolong,tolong", " Abang-abang kenapa ni abang..abang jatuh katil ni", datang isteri Encik Tajri memegang bahu suaminya " Astrafilrullahhalazim...abang bermimpi tadi". Encik Tajri mengusap mukanya sambil merenung wajah isterinya.

2 comments:

  1. tu citer baik yob .malangnye teman dah bersara ,kalo tidak boleh suruh budak pengakap buat persembahan sidang haiwan untuk malam kebudayaan pengakap.
    teman pun bersimpati dengan hewan ni . deme dah takde tempat tinggal kerana penerokaan hutan secara berleluasa untuk penanaman sawit yang menjanjikan hasil yang lumayan .banyaklah hewan masuk kampung, dah tu diburu dan dibunuh pula .pada pendapat teman , tumbuhan dan hewan adalah hiasan hidup untuk manusia .kerana itu kita dapat menyaksikan keindahan alam maya ni . jika hewan semuanya telah pupus , anak cucu kita tak akan dapat mengenalinya macam kita tengok gambar dinasour sahaja .Ok yob... selamat malam .Oh ye..baru teringat..yob ni memang peminat no. 1 dahlan zainudin ..teringat pula yob suka menyanyi lagu kisah seorang biduan .

    ReplyDelete
  2. ate apa salahnya dah pencen pun boleh buat skrip drama n bagi pada budak pengakap tu. Dari sebuah desa berbekal gitar tua datang ke ibu kota dgn penuh harapan menjadi seorang....sambung le lagu dz..tq bg komen..bg semangat pd teman..

    ReplyDelete