Sunday, September 25, 2011

Citer Mak Zaman Darurat

Mak memang pandai bercerita. Aku sentiasa menunggu cerita mak. Mak selalu menceritakan kisah anak dan keluarga. Suaranya nyaring menyebabkan ramai yang memberi perhatian kepada ceritanya. " Masa tu abang, encik dan yang kamu masih kecik lagi, mak terdengar bunyi letupan senapang dari arah baruh kampung kita", mak memulakan ceritanya.Aku, yop,kak dan adik-adik ternganga bercampur takut mendengar cerita mak. " Apak kamu menarik mak, abang, encik dan yang kamu ke arah bendang dalam gelap gelita, mak, abang,encik dan yang bersembunyi di celah pokok padi yang sedang masak", sambung cerita mak. "Habis, tak miang ke mak duduk malam-malam dalam sawah", celah aku dalam cerita mak." Apa nak di kata, mak takutkan komunis sedang mengamuk masuk dalam kampung kita", balas mak. "Apak pergi mana mak masa itu?" tanya kak. " Apak kamu berkawal dengan kawan-kawan, takut  komunis menyerang dan menceroboh rumah-rumah dalam kampung kita", ujar mak. " Masa tu tembakan bertalu-talu dalam kampung kita, mak cukup takut, abang dan encik kamu mengeletar takut sangat, mak risaukan Apak kamu, takut ditembak komunis, malam tu mak,abang, encik dan yang sepicen pun langsung tak tidur", mak menyambung cerita lagi.
   " Besok pagi baru Apak kamu datang mengajak mak pulang ke rumah, syukur Apak kamu selamat", mak mengesat air mata mengenangkan betapa perit zaman darurat." Mak tanya apak kamu, apa yang belaku malam tadi, Apak kamu kata tiga buah rumah diceroboh komunis iaitu rumah Hj Lamin, Hj Kasim dan Hj Jihin, yang sedihnya Hj.Lamin dan isterinya ditembak komunis sebab Hj. Lamin tidak mahu buka pintu rumah dan mencabar komunis kalau bunuh dia barulah pintu rumah terbuka, isteri Hj Lamin bersembunyi bawah katil, bila tengok suaminya terbunuh, dia menjerit, kemudian isterinya pun ditembak komunis", cerita mak yang begitu menyayat hati. Aku dan adik-adik menjadi lebih takut. " Habis macam mana Hj Kasim dan Hj Jihin?" tanya Yop. " Hj Kasim dan Hj Jihin selamat sebab dia bagi komunis masuk rumah", jawab mak. " Komunis tu nak cari apa mak?" celah adik. " Komunis tu dik, dia nak beras dan makanan yang ada di rumah kita", balas mak. " Komunis tak masuk ke rumah kita", tanya adik yang bongsu. " Komunis tu cari rumah orang yang pernah bekerja menoreh getah ketiga-tiga pak aji tu , deme tu pernah jadi kuli kepada Hj. Lamin, Hj Jihin dan Hj Kasim ", jawab mak." Kejam......komunis tu", serentak aku dan yop bertempik.

4 comments:

  1. aku pun pernah dengo citer kekejaman kominis dari atok dan opah aku.mak mentua aku yang tingge kat tanjung karang pun citer macam tu juga.dia kate kominis ambik bereh so orang kampong terpaksele makan ubi kayu campor pisang.pade pendapat aku le yob,orang kominis tu berjuang untuk bina negara kominis dibawah naungan cina kominis bukan bela bangse melayu.ce seme kite ni pikeow..betui tak..

    ReplyDelete
  2. betui semua tu..kesian org tua kite di zaman kominis..tp pelik juga negara china now yg berfahaman kominis maju pulak..tp x sama kominis di tanah melayu dulu..kejam x de peri kemanusiaan

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ...

    ada komunis baik dan ada komunis jahat demikian jugalah yg terjadi keatas mana2 individu yg meyakini akan idealoginya. kebaikkan dan kejahatan adalah sikap individu. kominis yg jahat harus dihukum, kominus yg baik wajar dibuka seluasnya ruang untuk individu tersebut menyampaikan fikirannya selagi dia berada dalam garis undang-undang. terdapat bukti parti komunis malaysia melakukan tindak kekejaman maka individu yg mengarahkan tindakan tersebut wajib dihukum. pada pandangan saya idalogi komunis dan PKM jgn diharamkan. analoginya mudah ada anggota polis yg melakukan kejahatan seperti kejam terhadap tersangka penjenayah hingga membawa maut. apakah seluruh pasukan polis akan kita tamatkan perkhidmatannya. harus dapat dibezakan antara tindakan individu dan tindakan kumpulan dan tindakan yg diizinkan oleh idealoginya. sesungguhnya komunis murni tidak memerlukan kezaliman untuk berkuasa seharusnya kita serahkan kepada akal sihat rakyat untuk menilai idealogi komunis jika ternyata busuk masakan rakyat mahu menerimanya. dalam sejarah islam sendiri terdapat khalifah yg memaksa rakyat meyakini sebuah faham agama dan sebarang pendapat yg berbeza keras hukumannya. apakah kita boleh tolak islam hanya kerana merujuk kepada peristiwa tersebut. seperkara lagi sewaktu jepun menjajah tanah melayu bukankah british menggunakan pejuang komunis untuk memerangi tentera jepun. kita semua pernah mendengar akan kekejaman jepun di tanah melayu apakah kerana banyaknya pelaburan jepun di negara ini kita bersikap lunak terhadap kekejaman jepun keatas orang malaya pada waktu itu.kenapa british membiayai komunis untuk memerangi jepun dan kemudian mengharam idealogi tersebut. yg wajar dihukum dalam peristiwa kekejaman komunis adalah pelaku dan yg mengarahkan tindak kejahatan tersebut.

    maafkan saya cikgu jika ada pilihan kata-kata yg kurang enak. saya bekas nak murid cikgu di sekolah menora dan rambai tujuh.

    ReplyDelete
  4. Sejarah kekejaman komunis di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan..komunis dulu adalah musuh utama negara..apabila mereka telah berkubur..musuh utama negara adalah dadah..wajar kita perangi dadah secara habis-habisan..komunis di Tanah Melayu hanya tinggal bahan sejarah..terimakasiah respon citer cg.

    ReplyDelete