Saturday, October 1, 2011

Rinduku Terubat Jua

Kedinginan malam yang menggigit rasa. Kadang-kadang teringat jua akan sebuah kerinduan.Rindu pada sebuah kedamaian dan ketenangan hati yang telah begitu lama aku tinggalkan. Nasib baiklah teratak itu mengembalikan nostalgia aku terhadap kedamaian itu. " Teratak ini tidak boleh dibiarkan ", terdetik di hati ku. " Kalau dibiarkan teratak ini akan dinaiki pokok kangkung dan kayunya akan dimakan anai-anai", bisik hati kecil ku. " Bagaimana kalau teratak ini aku jadikan inap desa", tanya hati ku sendiri. " Sekurang-kurangnya dapat aku dan keluarga berteduh apabila pulang ke kampung", usul ku memanjangkan bisikan hati.
    Keesokkan harinya aku berpakat dengan Pak Cik Yaakop untuk memindahkan teratak itu ke tepi jalanraya utama. Sebelum ini teratak itu dibina oleh orang tua agak jauh dari jalanraya utama di kampungku. Pak Cik Yaakop yang begitu setia dengan ku dapat mengubah dan membina semula teratak ku dengan lebih cantik dan comel. Ramai yang berminat melihat reka bentuk inap desaku. Hampir RM15,000 aku belanjakan untuk membina semula inap desa ku. Aku amat gembira kerana inap desa ku ini dapat mengembalikan kedamaian dan ketenangan hatiku. Aku menjemput para jemaah dari masjid dan jiran berdekatan untuk memohon doa restu kepada Allah agar kedamaian dan ketenangan terus mendapat keberkatan.Rinduku terubat jua apabila mengecapi kedamaian dan ketenangan di teratak inap desa ini.

3 comments:

  1. kerinduan pada kampung laman yang mempunyai banyak kenangan-cinta,suku,duka,tangis dan deritanya-dikelilingi keluarga tersayang,saudara mara yang rapat dan akrab,sahabat handai yang menghiburkan ,mungkin awek yang memandang dengan pandangan yang tajam melambaikan cinta yob sambil mengukir senyuman,tapi kini semua sudah tiada lagi kerana insan-insan dahulu telah lama pergi.kalo begitu rasa yob,nampaknya sesamelah kite ye.Nak balik ke desa , generasi lama dah tiade , yang ade pun generasi baru yang tidak mengenali kite dan biase dengan kite.Akhirnye kite rase kesepian dan penuh dalam kerinduan .Walaubagaimanapun kite bersyukurlah yob kerana dipanjangkan umur dan sihat untuk kite meneruskan ibadat kepada NYE.Alhamdullillah...Inapdesa adalah satu kata yang bagus dan sesuai digantikan dengan homestay.Selamat berkarya...terime kasih.

    ReplyDelete
  2. betui lid dah lama x balik rasa kita org asing..rakan sebaya dah p jauh..tp masih ada terlibat 2 ngo n 1 siasah di kg ku..senyuman x seindah dulu tp hati tetap rindu wlp sepi jua..nostalgia mengubatinya..syukur lid dpt mengisi usia ptg dgn nikmat kurnia Allah..kalu p kk dtg le ke inap desa..indah sawah terbentang, beburung berkicauan, kabus pg yg tebal..

    ReplyDelete