Sunday, September 18, 2011

Sambal Tempoyak Ulam Petai

Tempoyak sejenis makanan warisan di negeri Perak. Ia dibuat daripada isi durian yang dilenyek dan disimpan dalam botol atau balang kaca. Lagi lama tempoyak disimpan, ia akan lebih enak dimakan kerana rasa masam dan baunya sungguh menusuk kalbu dan membuka selera makan. Tempoyak boleh dijadikan masakan berkuah yang dicampur dengan ikan air tawar. Tempoyak boleh dimasak tanpa kuah yakni digaul dengan cili tumbuk dan dimasak hingga kering. Tempoyak juga boleh dijadikan sambal dengan mencampurkan kelapa parut dan cili api, kemudian ditumbuk dalam lesung batu.Tempoyak boleh juga disimpan dalam peti ais untuk mengekalkan rasa manis durian. Sambal tempoyak boleh dimakan dengan pelbagai ulaman. Ulam yang paling sedap dimakan dengan sambal tempoyak adalah petai.
 " Encik suka makan petai", tanya doktor kepada aku. " Ya..doktor..saya suka makan petai dengan sambal tempoyak", balas aku kepada doktor yang sedang merawat aku. " Betul..doktor..suami saya ni bukan saja suka makan petai dengan sambal tempoyak..tapi kekadang dia suka meratah petai begitu saja", celah isteri yang berada disisiku. " Inilah yang saya nak bagi tahu encik..batu karang yang terdapat dalam pundi kencing encik bukan berasal daripada makanan laut tetapi makanan daripada beberapa jenis sayur-sayuran dan ulaman seperti petai", jelas doktor setelah melakukan pemeriksaan melalui ct-scan.Terkejut aku kerana petai adalah ulaman kegemaranku.

2 comments:

  1. hi....hi....yob pun macam teman juge hantu petai.ingatkan teman aje yang suke meratah petai.elok juge kite adekan pertandingan makan petai ye.tapi aku tak pasti pule boleh datangkan batu karang.ini kene kaji ni , bio bebeno .

    ReplyDelete
  2. Ya, betul. Ada masuk dalam mainstream newspaper pada bulan Julai, "Jering boleh sebabkan batu karang". Petai pun sama la jugak.

    Encik suka tulis cerpen ya? Bagus. Saya pun suka juga.

    P/s: Kalau boleh buat la perenggan sikit. Baru senang nak baca.

    Terima kasih kerana sudi follow blog saya. Saya follow balik ya.

    ReplyDelete