Monday, September 12, 2011

Cucu Sulung Atok

Kegelisahan ibu menanti saat kelahiran bayi amat memeritkan, apatah lagi anak sulung. Begitu juga kerisauan bapa tidak tergambar hendak diceritakan. Opah telah berkali-kali berleter untuk mendapat simpati Atok. Atok yang membisu terlalu sebuk dengan program sekolah. " Cepatlah.. abang anak kita tu nak bersalin..abang asyik dengan sekolah..siang malam ke sekolah", leter Opah kepada Atok. " Sabarlah..kita sama-sama berdoa moga anak kita dipermudahkan bersalin", doa Atok menyabarkan Opah." Anak kita tu dah 2 hari mengerang kesakitan..tadi dia menangis semasa telefon", sms yang dihantar Opah kepada Atok yang baru hendak memulakan Majlis Bacaan Yassin bersama guru, ibubapa dan murid-murid Tahun 6. " K" jawab Atok ringkas dalam sms. 
     Atok balik dari surau sekolah jam 10.30 malam setelah selesai Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat. Opah keletihan sudah tidur semasa Atok pulang. Atok ada membawa kunci rumah supaya tidak  mengganggu tidur Opah. Tepat jam 12.15 malam anak menantu menelefon. " Mak..Na selamat bersalin..pukul 12.10 tadi", Alhamdullillah..syukur..abang anak kita selamat bersalin", ujar Opah kepada Atok. " Syukur.alhamdullilah esok kita pergi ke Putrajaya..tapi sebelah pagi abang nak berjumpa dengan murid-murid Tahun 6 sebab esok ada Program Pembugaran Minda UPSR dan Jamuan Hari Raya", balas Atok menenangkan hati Opah. 
     Setelah menghantar barang-barang salah seorang anak yang belajar di Uitm Shah Alam, Atok dan Opah terus ke Prisint 5. Putrajaya. Anak sudah keluar Hospital Putrajaya, kini berada di rumah bersama keluarga sebelah anak menantu. Kegembiraan terpancar di wajah Atok dan Opah melihat wajah yang ceria dan comel cucu sulung Atok." Bila.. Na minum air selusuh..Na terus bersalin", Nina anak Atok menceritakan saat melahirkan putera sulungnya."Syukur Alhamdulillah..Na selamat bersalin", balas Opah. Atok mengangguk-anggukkan kepala dengan memakai songkok tinggi.tanda sama-sama bersyukur kepada Allah S.W.T. " Sapa nama cucu Atok", tanya Atok. " Muhammad Airil Aidiff, ayah..Jon dah fikir 6 hari 6 malam ", balas Jon anak menantu Atok secara berseloroh. " Tarbiyah cucu Atok ke jalan reda Allah ", Atok menaip dalam gambar terpapar dalam facebook Atok. " Tengok Atok kamu.. kalau dapat facebook baju kerja pun tak sempat nak salin", usik Opah yang tersenyum simpul. Ini sikit citer sayangnya.. Cucu Sulung Atok.

2 comments:

  1. Tahniah atok dapat cucu.Tmn belum lagi.Atok nampak releks macam dulu juga macam kawan teman yang tinggal di bendang kering . hi.. hi..

    ReplyDelete
  2. Gitule lid..masa berlalu hari berganti..timekasih ingat lagi kawan lama masa di kl. Kini byk berubah tp hati seorang kawan tetap mengingati selalu. Moga kita berjumpa..selamat menempuh dunia persaraan..tak lama lg.

    ReplyDelete