Saturday, February 12, 2011

Main Hantar-Hantar

Sejak awal Ramadan, Asan mula mengumpul tempurung. Asan satu-satunya anak lelaki Mak Itam Temah dan Pak Abu Talib. Tempurung dipungut dan dikumpul untuk dijadikan panjut. Panjut tempurung  akan dipasang keliling rumah. Panjut tempurung diselang seli dengan panjut buluh. Suasana Ramadan begitu indah. Indah di laman rumah dan indah laluan ke masjid. Ramai penduduk kampung yang memasang panjut. Ada juga yang membuat panjut daripada tin susu dan tin ikan sadin. Sumbu pelita panjut dibuat daripada kain buruk atau tali guni.Pelita panjut menggunakan minyak gas atau minyak tanah. Kemeriahan Ramadan memang dinanti-nantikan seluruh penduduk kampung.
     Jiran Asan, Ji dan Asma sudah bersedia dengan juadah berbuka puasa. Kuih-muih untuk berbuka puasa seperti pelita talam, limas, puteri mandi, bubur gandum, bubur gunting dan pelbagai kuih-muih yang enak akan dihidang untuk juadah berbuka puasa.Pak Cik Di bapa kepada Asma yang begitu handal mencipta kuih muih sering mengajar anak-anak dan jiran membuat kuih muih untuk juadah berbuka puasa. Bubur gunting adalah ciptaan Pak Cik Di. Kadang-kadang kuih-muih dan bubur dihantar ke rumah jiran. " Ma..ma..apa kata kita anto kuih ke rumah Asan malam ni " ujar Ji kepada Asma. " Aku takut nanti Asan kejo aku." Asma menolak cadangan Ji. " Tak ape....kita jangan bagi tahu dia, kita anto lepas Maghrib" Ji cuba menyakinkan Asma. "Habeh..nak anto macam mana, dia tak tahu kita yang anto" Asma masih kurang yakin. " Ikut aku..nanti aku cari pelepah pisang..masa kita letak kuih di depan tangga rumahnya....kita pukul kuat-kuat pelepah pisang..Asan akan buka pintu..kita larilah.." balas Ji untuk menyakinkan Asma.
    Apabila azan Maghrib bergema..Ji dan Asma berbuka puasa.Malam itu Asma berbuka puasa di rumah Ji. Satu talam kuih muih yang bertutup dengan sange sudah sedia untuk di hantar ke rumah Asan. Ibu dan Ayah Ji tidak tahu apa yang telah dirancang oleh anaknya dan Asma. Selepas berbuka puasa mereka solat berjamaah. Ayah Ji solat di masjid. Asan sudah mengesyaki  sesuatu akan berlaku kerana dia nampak Ji dan Asma memotong beberapa pelepah pisang. Asan juga bersedia kalau-kalau ada berlaku sesuatu.di luar jangkaannya.
    Maghrib telah berlalu, Ji dan Asma keluar pelahan-lahan dari rumah terus menuju ke rumah Asan. Asan nampak dua bayangan lembaga menuju ke rumahnya. " Bulan puasa mana ada hantu..semua hantu syaitan sudah diikat" bisik hati Asan untuk menghilangkan rasa takut. Dua bayangan lembaga itu kian hampir. Asan bersembunyi di balik pero di bawah rumah. Kebetulan dekat pero ada kerancah yang belum dicuci. Asan menggosok perlahan-lahan arang yang terdapat pada kerancah.Kedua-dua bayangan lembaga itu meletakkan sesuatu di hadapan tangga rumah Asan. Kemudian kedua-dua lembaga itu memukul dengan menggunakan sesuatu. " Lepak-lepak-lepak.." bunyi pukulan bertalu-talu. " Orang nganto..orang nganto " teriak Ani dan An, kedua-dua kakak Asan dari dapur. Mak Itam Temah membuka pintu " Hoi..orang nganto koi.orang nganto koi...kejo-kejo " sorak Mak Itam Temah . Asan  terus mengejar dan menangkap lalu melumuri muka Ji dan Asma dengan arang kerancah. Ji dan Asma dapat melepaskan diri lalu lari pulang ke rumah. Inilah satu-satunya permainan bagi mengeratkan hubungan jiran dikampungku yang kini tidak berlaku lagi. TV9 pernah mengumpul khazanah budaya ini.."Main Anto-Anto " ..Main Hantar-Hantar untuk tatapan rakyat 1 Malaysia. Pelakon utama di TV9 iaitu Abang Mat Hadri dan Kak Semilan..dan ramai lagi.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bila kita imbau kembali nostalgia masa silam kita...ianya penuh dengan keceriaan dan kedukaan penuh dengan tawa dan tangis.... Tersenyum sendiri bila watak diri terpapar..tertera nama kawan kawan dimasa kecil ku...terbayang watak watak tua yang telah pergi mendahului kita...sekalong Alfatihah..buat mereka....Inilah NOSTALGIA dan PENGALAMAN yang tidak ada dijual dipasaraya.... YOPE KIDE ( ASAN )

    ReplyDelete
  3. nape org anto koi nk kejo plak..pelik

    ReplyDelete
  4. leh hilal sebarkan pd aabk...tu dah budaya daerah kk cheq_ x pelik..kerabat diraja pun pernah main anto-anto dulu

    ReplyDelete
  5. hahaha lawak2..bleh kabo kat buhe nih

    ReplyDelete
  6. malam 27 or malam 7 likur malam ni.ada citer kenangan n nostalgia yg semakin hilang dlm budaya kita.tatapilah..

    ReplyDelete
  7. malam 27 or malam 7 likur malam ni.ada citer kenangan n nostalgia yg semakin hilang dlm budaya kita.tatapilah..

    ReplyDelete
  8. malam 27 or malam 7 likur malam ni.ada citer kenangan n nostalgia yg semakin hilang dlm budaya kita.tatapilah..

    ReplyDelete