Setiap kali Didin keluar dari pusat serenti, pasti akan berlaku
kecurian dalam kampung.Semua orang kampung menuduh dan mengesaki Didin.Kekadang ibu Didin menangis
sendirian kerana tidak tahan mendengar
umpatan orang kampung yang menuduh
anaknya memecah masuk rumah orang kampung. “ Didin ,mak tak sanggup mendengar
banyak orang kampung menuduh Didin mencuri barang tembaga milik Mak Ensah
semalam, betul ke Didin? Tanya ibu kepada Didin. “Sumpah mak, Didin tak curi
barang tembaga Mak Ensah,lagi pun Didin nak jual ke mana?” Didin cuba membela
dirinya.” Jangan main dengan sumpah Didin, nanti sumpah tu makan diri kamu,”
ibu meragui jawapan Didin.” Semasa Didin di pusat serenti mak, banyak ilmu yang
Didin pelajari daripada ustaz,Didin akan cuba
baiki diri Didin, tapi masyarakat memandang serong kepada Didin.Didin
masih ingat lagi mak, kata ustaz orang akan memandang hina kepada penagih dadah
kerana mereka menganggap penagih dadah itu seperti seekor anjing yang dijauhkan
dengan najis tetapi apabila berjumpa dengan najis ia akan makan atau menjilat
najis..kata ustaz lagi mak adakah kamu mahu dianggap seperti anjing apabila
keluar daripada pusat serenti?” jelas Didin untuk menyakinkan ibunya. Ibu Didin
mula mempercayai sedikit perubahan sikap anaknya terhadap najis dadah.
Didin dibesarkan dalam keluarga yang merokok.Tabiat merokok telah
diteladani anak-anak. Termasuk Didin yang merokok sejak dari sekolah rendah dan
terperangkap dengan najis dadah apabila dia bertemu dengan kawan-kawan yang terlibat
dengan najis dadah.Agak sukar untuk berhenti kerana telah menjadi ketagihan.
Ayah Didin telah lama meninggal dunia
akibat barah paru-paru.Ayah Didin adalah perokok tegar. Ketagihan rokok
menggunakan pelbagai istilah perokok tegar yang dikaitkan perkataan putus
berhubung yakni menghisap rokok tanpa henti dengan merokok tiga atau empat
kotak sehari.Ada juga ungkapan yang menyatakan ketagihan rokok dengan ungkapan
biar putus kawan jangan putus rokok.Abang Didin juga seorang perokok tegar. Rakan
Didin pernah mencabar Didin “ kalau lelaki tak merokok tiada gentlemen”.Cabaran
itu menyebabkan Didin juga menjadi perokok tegar dan akhirnya terjebak dalam
kancah najis dadah.
Semasa di pusat serenti ramai remaja Melayu yang layu dengan
dadah.Kenapa ramai Melayu? Didin pernah bertanya dalam hatinya.Siapa yang
merancang kehancuran remaja Melayu? Didin bertanya lagi tapi tiada
jawapan.Kemana hala tuju masa depan remaja Melayu seperti aku? Bisik hati Didin
terasa malu.Didin terbayang masa persekolahan banyak Didin menipu ibunya.Didin
ponteng sekolah kerana terikut-ikut cara ponteng rakan-rakan di sekolah.Ponteng
dan melepak di stesyen bas dan di bawah jambatan. Merokok dan bertukar sebatang
rokok adalah agenda utama ponteng sekolah.Dia pernah ditangkap ponteng sekolah
oleh sekumpulan guru kaunseling bersama PIBG dan pasukan polis yang membuat
gerak gempur ponteng sekolah. Didin telah diambil tindakan tatatertib kerana
sering ponteng sekolah dan ponteng kelas.Bayangan kesilapan Didin sering datang
semasa di pusat serenti.Ustaz yang membimbing Didin di pusat renti banyak
mengubah sikap Didin.
” Kami tidak boleh menangkap budak ponteng”, kata wakil polis yang hadir
dalam satu mensyuarat bersama pihak polis di sekolah Didin. “ Gerakan Anti
Dadah Kebangsaan peringkat daerah wajar diperkasakan dengan melibatkan semua
agensi kerajaan dan swasta” jelas pegawai anti dadah daerah dalam mesyuarat
itu.” Dengan ada kerjasama polis, gerakan kita akan lebih berkesan” sambung pegawai
itu. “ Kita ada pegawai perhubungan polis setiap sekolah, gunakalah khidmat
pegawai perhubungan polis untuk mengatasi masalah pelajar ponteng, namun begitu
kami perlukan kerjasama PIBG sekolah untuk bersama-sama membenteras ponteng
sekolah”, sambung lagi pegawai anti dadah daerah.” Tuan pegawai polis, saya
pernah mendengar tindakan pihak polis yang berkesan bersama PIBG sekolah di
mana pihak polis menangkap pelajar yang ponteng dan dibawa ke balai polis.
Apabila sampai di balai polis, pelajar tersebut dikena denda membaca buku.Tindakan
ini pernah berlaku dalam sebuah daerah di negara kita”, jelas wakil PIBG
Sekolah yang membawa satu contoh.” Itu yang saya kata awal tadi, pihak polis
tiada kuasa menangkap pelajar ponteng, baik yang melepak,merokok, menghidu gam
dan yang terbaru menghisap daun ketum.Namun begitu atas dasar kerjasama,
insyaAllah pihak polis akan cuba membantu”, balas wakil polis.Perbincangan ahli
jawatan anti dadah daerah sebelum diadakan gerak gempur penangkapan pelajar
ponteng sekolah, termasuk yang tertangkap dalam gerak gempur itu adalah Didin.
Didin dilahirkan dalam muara berlumpur.Keluarganya
termasuk arwah ayah dan abangnya adalah perokok tegar.”Didin, ibu harap cuba
dekati Allah, insyaAllah akan melembutkan hati dan fikiran kamu supaya lebih
cintakan kehidupan tanpa rokok dan tanpa najis dadah..dulu atok kamu pernah
berpesan pada ibu..carilah kawan-kawan yang baik..insyaAllah hidup kamu menjadi
baik..jika berkawan dengan rakan yang jahat..sedikit sebanyak kejahatan kawan
kamu itu akan berpindah kepada kamu”, nasihat ibu sebelum melelapkan mata untuk
tidur malam itu.Tiba-tiba pintu rumah Didin di ketuk dengan kuat.”Buka pintu
makcik, mana Didin”, suara itu bertalu-talu dengan kuat.Didin dan ibunya
bingkas bangun.”Ini anak makcik dia baru nak tidur..dia bersembang dengan
selepas kami menunaikan solat isyak tadi,dia tidak ke mana-mana malam ini”,
jelas ibu Didin.Didin tunduk dia sering dicemuh dan dituduh sebegitu.” Habis
siapa yang memecah kedai saya tadi, banyak barang kedai saya yang hilang”,
tengking taukeh kedai itu.” Abang Adam..ini budak yang memecah kedai abang”,
tiba-tiba datang suara ramai dari halaman rumah Didin.Mereka dapat menangkap
pencuri sebenar iaitu Tausi yang sering melakukan kecurian apabila Didin pulang
dari pusat serenti.Dia mengambil peluang melakukan kecurian apabila Didin
pulang dari pusat serenti supaya tiada orang menyesaki Tausi sebaliknya Didin
yang jadi mangsa. ”Minta maaf makcik..selama ini kami menyangkakan Didin yang
mencuri di kampung kita”, Taukeh kedai memohon maaf kepada ibu Didin.”Aku telah
lama memaafkan kamu semua..hari ini kamu baru tahu siapa yang selama ini
mencuri di kampung kita.. kamu menuduh,menghina dan mencemuh anak aku.....”,
ibu Didin tidak dapat meneruskan ungkapannya dan menangis teresak-esak.Didin
kaku dan memeluk ibunya.” Kami semua minta maaf makcik”, suara ramai di halaman
rumah Didin.Pencuri sebenar di bawa ke rumah Tok Ketua Kampung.