Saturday, February 1, 2014
Hantu Air
Aku pernah terserempak dengan hantu raya. Ada ceritanya dalam blog ini.Kini aku ingin beralih cerita hantu air.Kira-kira 48 tahun yang lalu. Waktu itu aku masih di alam kanak-kanak.Cerita hantu ini sering aku dengari.Ada cerita hantu punjut, ada cerita hantu raya, ada cerita hantu yang tiada namanya dan ada cerita hantu air.
Aku dan rakan karib sering mandi-manda di Sungai Perak. Bila mandi terlalu lama tapak tangan jadi kecut dan mata jadi merah, Kadang-kadang kami terjun junam ke dalam sungai melalui sebatang pokok yang dahan julainya ke arah air sungai.Pernah seorang rakanku terjun ke dalam sungai dan kepalanya terkena jangkor buluh yang terdapat di dasar sungai,kami cemas kerana banyak darah yang keluar.Rakanku di bawah pulang dan di rawat dirumahnya.
"Semalam aku bermimpi berjumpa ikan duyung",celah salah seorang rakanku yang lain. "waw..bertuahlah engkau,bukan senang nak jumpa ikan duyung,cantik ke?" tanya aku untuk mengetahui cerita selanjutnya."Memang cantik..tapi sayang aku tak sempat nak tanya apa-apa pun", balas rakanku." Macam mana kita tanya tok...sebab tok kita tu ada ilmu peruang air", usul aku untuk mendapat kepastian." Moh, kita pergi rumah tok sekarang", rakanku tidak membantah.
Tok memang terkenal dengan ilmu peruang air.Pernah tok menahan bubu dalam air, bubunya dipasang dalam air sedalam 4 meter.Tok mengikat bubu dalam air melebihi 15 minit tanpa menggunakan sebarang alat bantuan penafasan tetapi boleh bekerja dalam air.Biasanya tok akan letakkan sebatang galah buluh disisinya.Cuma orang dipermukaan air akan menggoyangkan galah itu, apabila galah itu dibalas goyangan, ini menandakan tok masih bernafas.
Tok juga pernah membantu seorang tentera yang kehilangan senjata api akibat terjatuh dalam Sungai Perak.Tok dapat menemukan semula dalam beberapa minit sahaja.Siapakan yang membantu Tok.Tiada yang berani nak bertanya kepada Tok.
Aku dan rakanku cuba memberanikan diri berjumpa dengan Tok.Kebetulan tok ada di rumah.Tapi sayang apabila aku menjenguk pintu, aku lihat ramai orang duduk menghampiri Tok. Mereka semua membawa air selabu dan beberapa helai sirih bersama gambir, kapur dan pinang.Mereka meminta air penawar kepada Tok. " Lain kali ler kita jumpa Tok ",ujar aku kepada rakanku.Rakanku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.
Malam Tahun Baru Cina 2014 aku menyaksikan cerita China di mana seekor Ular Putih menyelamatkan seorang pemuda yang jatuh ke dalam air.Ular Putih itu menjelma menjadi seorang perempuan cantik..lalu terjun ke dalam air..menyelamatkan pemuda itu..cerita ini mengingatkan aku kembali cerita hantu air..
Subscribe to:
Posts (Atom)