Tuesday, August 21, 2012
Homestay Itra
Homestay Itra bukan sebuah CERPEN tapi sebuah inap desa yang boleh menerima sesiapa sahaja yang memerlukan tempat penginapan.Pada Hari Raya ketiga pada 22.8.2012 sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur telah menginap di Homestay Itra.23.10.2012 seorang pensyarah Uitm Arau menginap.25.10.2012 sekeluarga dari Putrajaya menginap.11-12.1.2014 sekeluarga dari Ipoh menginap di sini.Mereka amat berpuas hati layanan dan kemudahan menginap di Homestay Itra.InsyaAllah pada 8-9 dah ada sekumpulan gadis Kuala Lumpur nak menginap.Maklumat lengkap seperti berikut;
1. Nama : Homestay Itra
2.Alamat : No.92, Kg.Kuala Karai,33600 Enggor, Perak
3.Kemudahan penginapan: 2 bilik tidur (berhawa dingin),1 ruang tamu, 1 dapur, 1 bilik air dan luas ruang parking kereta.(Bangunan batu dan baru dibina dalam tahun 2012 )
4.Bayaran sewa : RM160.00 ( sehari semalam) ( 1 bilik RM80.00)
5.Hubungi untuk tempahan: En.Itamta 0125780975 dan Pn.Rabiatul Adawiah 0125149039
6.Email: itamtaharun@yahoo.com.my
7.Jarak masa dari Kuala Kangsar dengan kenderaan : 10 minit ( 3 minit ke Pekan Karai)
8.Keistimewaan: Menikmati keindahan suasana desa dan kenyamanan udara segar serta jauh dari hirok pikuk kota.Boleh melawat Jambatan Victoria (Jambatan keretapi) semasa melalui Pekan Karai yang tidak jauh dari Homestay Itra.
Selamat Datang Tuan/Puan ke Home Stay Itra
Sunday, August 19, 2012
Ramadan Pergi Syawal Menanti
Sebulan menjalani ibadah Ramadan bagi seorang ayah memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam setiap detik dilalui terutamanya waktu siang hari.Apa tidaknya kekadang mulut,telinga dan seluruh anggota perlu dikawal supaya tidak menjejaskan pahala puasa.Ujian dalam madrasah Ramadan lebih mencabar kerana latihan lebih kepada pembinaan jiwa dan rohani ke arah muslim sejati."Bulan Ramadan kita harus mengawal suara,diam kita penuh dengan zikir" kata ustaz yang diimpot dari Indonesia dalam majlis tazkirah Jumaat.
Pada 7.8.2012 Masjid Jamek Kg. Loh Karai telah dipilih sebagai tempat persinggahan Kembara Jalur Gemilang Ramadan yang melibatkan 20 tenaga belia berkonvoi dari Kg.Perik ke Kg.Loh Karai.Mereka menunggang motosikal mengiringi 8 kenderaan pemacu 4 roda yang membawa jalur Gemilang dari Ipoh. Pengerusi K1M menyambut ketibaan kumpulan kembara di halaman Masjid Jamek Kg.Loh Karai bersama penduduk 3 kampung iaitu Kg.Loh Karai,Kg.Periang dan Kg.Enggor. Perasmian dilakukan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sg.Siput(U).Sumbangan dihulurkan kepada fakir miskin,ibu tunggal,warga emas,anak yatim dan para belia.Program ini dapat mengeratkan silatulrahim dan mendekatkan para belia kepada program ihyah Ramadan di masjid.Mereka menunggu sehingga majlis berbuka puasa, 2 tazkirah, solat maghrib,isyak,tarawih dan solat sunat witir
Solat sunat tarawih 8 rokaat dan solat sunat witir 3 rokaat yang disempurnakan di Masjid Jamek Kg.Loh Karai sepanjang Ramadan nampak ada peningkatan baik para jemaahnya mahu pun para imam yang mengimamkan solat, kebetulan ada seorang pelajar hafiz dari Thailand dapat bersama hingga 15.8.2012. Terasa kekusyukan semasa mengerjakan solat isyak,solat sunat tarawih dan solat sunat witir.
Sepanjang Ramadan masjid dihiasi dengan bacaan Al-Quran yang kebetulan ramai pekerja Indonesia turut sama bertadarus.Kutipan mengaji roh disedekahkan kepada yang terlibat tadarus Al-Quran.Majlis Khatam Quran diakhiri dengan majlis tahlil.Ramai penduduk kampung membawa air dalam majlis tahlil.Air itu akan disiram dipusara pada pagi raya 1 Syawal.Takbir, tahmid dan tahlil berimbauan..Allahuakbar Allahuakbar..Allahuakbar.... ziarah dari rumah ke rumah (berderau)..
Subscribe to:
Posts (Atom)